Ejaan Rumi ke Jawi

Ejaan Rumi ke Jawi – Alat Terjemahan Rumi ke Jawi kami dikuasakan oleh API Ejawi Online 2.2. Anda boleh mula menaip dalam bahasa Rumi di kawasan teks sebelah kiri dan kemudian klik pada butang “Terjemah”. Apl kami kemudian menterjemah perkataan, frasa atau ayat Rumi anda ke dalam ejaan jawi. Anda juga boleh gunakan fungsi di bawah untuk menaip dalam bahasa Rumi.


Tukar Rumi ke Jawi

Terjemahan hanya mengambil masa beberapa saat dan membenarkan sehingga 25 perkataan sahaja untuk diterjemahkan dalam satu permintaan. Walaupun convert terjemahan ini tidak 100% tepat, anda boleh mendapatkan idea asas dan dengan sedikit pengubahsuaian, ia boleh menjadi agak tepat. Perisian terjemahan ini berkembang dari hari ke hari dan Ejawi Online 2.2 sering mengusahakannya untuk menjadikan terjemahan Rumi ke Jawi lebih pintar dan tepat. Semoga suatu hari nanti ia akan menghasilkan terjemahan yang hampir sempurna!

Pada era kurun ke-17 sehingga pertengahan tahun 1900 tulisan Jawi digunakan secara meluas di Tanah Melayu. Kebanyakan penduduk Nusantara dan masyarakat di seluruh Malaysia menggunakan tulisan ini dalam kitab dan naskah akhbar. Bagi penutur bahasa Melayu yang penulisan Jawinya tidak kuat, menukar ejaan Rumi ke jawi mungkin agak sukar. Banyak laman web menyediakan perkhidmatan untuk menukar ejaan Rumi ke Jawi. Ianya satu idea dan perkhidmatan yang baik tanpa anda perlu membayar untuk menukar banyak teks (seperti buku, artikel) dan untuk perkhidmatan profesional serta mesej ucapan dan penggunaan tidak formal yang lain. Untuk tujuan ini, alat ini boleh digunakan.

Anda boleh menyalin teks yang ditukar dan kemudian berkongsinya sama ada di media sosial seperti Facebook, Twitter atau e-mel kepada rakan atau keluarga anda. Mereka mungkin menganggap anda adalah seorang yang pandai menulis Jawi.


Frasa Ejaan Rumi ke Jawi yang Biasa Digunakan

Apa khabar – اڤ خبر
Khabar baik – خبر باءيق

Apa nama kamu? – اڤ نام كامو؟
Nama saya Afiffuddin: نام ساي عفيف الدين

Di mana kamu tinggal? – د مان كامو تيڠڬل؟
Saya tinggal di Arau, Perlis – ساي تيڠڬل د اراو، ڤرليس

Terima kasih – تريما كاسيه
Sama-sama – سام-سام

Akhir sekali, jika anda mempunyai sebarang cadangan, dan ayat yang diterjemahkan terlalu lucu, sila kongsi dengan kami di ruang komen. Akhir sekali, jangan lupa untuk kongsi info ini di laman sosial anda dengan orang yang anda sayangi.

BACA JUGA: Nama dalam Tulisan Jawi


Soalan Lazim Fungsi Alat Ejaan Rumi ke Jawi

Bagaimanakah alat tukar Rumi ke Jawi berfungsi?

Perkhidmatan tukar ejaan Rumi ke Jawi ini menggunakan widget dari sistem pihak ke 3 iaitu Ejawi 2.0 untuk menterjemah teks yang telah anda taip dalam tulisan Rumi.

Setiap kali anda menaip perkataan, ayat atau frasa dalam ejaan Rumi – kami menghantar permintaan API kepada tool Ejawi untuk ditukar. Sebagai balasan, mereka menghantar semula respons dengan teks yang ditukar ke dalam ejaan dan tulisan Jawi.

Sistem mereka menggunakan teknologi bahasa mesin untuk menghimpunkan beberapa teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (pembelajaran mendalam), data besar, API Web, pengkomputeran awan dan lain-lain untuk melaksanakan terjemahan berkualiti tinggi.

Adakah alat terjemahan ini PERCUMA?

Ya. Alat terjemahan teks Rumi ke Jawi ini adalah PERCUMA. Anda boleh menggunakan alat terjemahan ini untuk kegunaan peribadi dan komersial.

Walau bagaimanapun, terdapat sekatan berikut:

Had Setiap Permintaan: Pada bila-bila masa anda boleh menterjemah sehingga maksimum 25 patah perkataan bagi setiap permintaan. Walau bagaimanapun, tiada sekatan pada bilangan permintaan yang boleh anda hantar.

Had Harian : Walaupun anda boleh membuat beberapa permintaan untuk terjemahan, anda tidak akan dapat menterjemah jika kehabisan kuota bandwith harian. Sekatan ini diletakkan untuk memastikan robot atau perisian automatik tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

Sumber alat: Ejawi Online 2.2

Leave a Comment