Catut Harga Barang Dikenakan Kompaun Maksimum RM50,000

Catut Harga Barang Dikenakan Kompaun Maksimum RM50,000

Bulan Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau KPDNEP mengingatkan kepada peniaga agar tidak mencatut harga barang terutamanya barang keperluan asas menjelang bulan Ramadhan.

Hal ini kerana jika didapati ada peniaga mencatut harga maka kompaun maksimum sebanyak RM50,000 akan dikenakan kepada peniaga terbabit. Amaran keras ini dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP bertujuan bagi mengelakkan rakyat Malaysia di negara ini dan pengguna menanggung beban kenaikan harga barang ketika melakukan persiapan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Peniaga yang melakukan kesalahan terbabit akan dikenakan kompaun dan perlu membayarnya. Sekiranya didapati mereka tidak mampu membayar, makan tangkapan ke atas mereka akan dilakukan dan boleh didakwa di mahkamah.


PEMANTAUAN KHUSUS

Menurut sumber, sebanyak 4,957 aduan telah diterima pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama berlangsung, dan sebanyak 4,571 aduan pada fasa kedua PKP. Antara aduan mengenai hal catut harga yang diterima adalah berkaitan barangan kegunaan seperti topeng muka penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman / pensanitasi, beras, telur, sayur, bawang, produk makanan dan barangan asas kegunaan harian.

Pihak KPDNHEP melakukan pemantauan khusus kepada 23 barangan terpilij di peringkat pengilang, pemborong dan peruncitan.

Antara 23 barangan terpilih di peringkat pengilang, pemborong dan peruncitan:

  • Minyak masak
  • Tepung gandum
  • Biskut
  • Sardin
  • Ayam
  • Makanan sejuk beku
  • Sayur

Namun begitu, barang-baragan yang tidak dikenakan penetapan harga masih boleh diperiksa atau disiasat mengikut perundangan pencatutan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 serta Seksyen 53A AKHAP 2011.


PUNCA CATUT HARGA BERLAKU

Pencatutan harga berlaku jika terdapat sesetengah peniaga yang menaikkan harga secara melulu dan mendadak dengan kenaikan harga tersebut telah melebihi tahap kelayakan untung bagi barangan dijual dalam suatu tahun semasa.

Walaupun kenaikan harga barangan tidak semestinya dikira sebagai mencatut harga tetapi ia tetap akan disiasat secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum peniaga disabitkan kesalahan dan dikenakaun kompaun.

VIDEO BERITA BERKAITAN ISU CATUT HARGA BARANG

Leave a Comment