Laptop untuk Game – 10 Laptop untuk Games Sesuai Terbaik

Laptop untuk Games – Kepada kaki game samada secara perseorangan atau beregu, maka alatan penting bagi memuaskan hobi gaming pastilah memiliki sebiji laptop yang sesuai untuk games. Jika tidak, pastilah mereka akan ke CyberCafe secara berjemaahlah jawabnya.

Agar sebuah laptop itu mendapat julukan laptop game terbaik ia hendaklah memiliki spesifikasi yang lengkap, bagus lagi mantap. Barulah jenama dan panggilan laptop terunggul selayaknya dijulang dan sentiasa disebut-sebut oleh gamers di seantero dunia. Apakah perasaan gamers sekalian sekiranya anda memiliki sebuah laptop game yang berspesifikasi lengkap dan hebat? Jawapannya anda sendirilah yang lebih mengetahui, tapi yang pastinya, mesti anda berasa tidak sabar untuk menggunakannya.

Tak kenal maka tak cinta, melalui artikel ini aku hendak mengajak anda mengenali dengan lebih mendalam ciri-ciri laptop yang sesuai untuk games, di akhir artikel pula aku akan senaraikan 10 laptop games pilihan ramai yang memenuhi ciri dan spesifikasi yang bakal aku kongsikan nanti.

Sungguh, pengetahuan mengenai spesifikasi laptop adalah penting apabila anda hendak memilih laptop yang sesuai, macam nak pilih bakal isteri pula ya. Harap tidaksalah faham, bukan maksud aku nak samakan bakal isteri diluar sana dengan laptop tetapi cara pemilihan lebih kurang sama, nanti marah pula bakal isteri-isteri kalian, erk terguna perkataan jama’ pula pada perkataan ‘isteri’ tu.

Laptop untuk Game

Berikut aku senaraikan keperluan spesifikasi dan perkasaan yang penting bagi sesebuah laptop game:

1) Pemproses (CPU)

Kelajuan pemproses (CPU) merupakan aspek penting dalam pemilihan laptop. Ia berfungsi sebagai otak kepada laptop itu sendiri dimana prestasi permainan game anda bergantung pada kelajuan CPU. Jika prestasi CPU anda rendah maka prestasi anda juga boleh terganggu dan hilang mood, lainlah kalau prestasinya tinggi dan laju, Syamsul Yusuf pun mahu mencelah! Biasanya laptop game yang CPU laju ni harganya pun tinggi dan lebih mahal.

laptop untuk game amd a series vs 4 th gen intel i7

Terdapat 2 jenis CPU yang mendominasi pasaran dari dahulu sampai sekarang, tidak lain dan tidak bukan adalah CPU daripada Intel dan AMD. Ker ada lagi CPU dari syarikat lain yang lebih power dari kedua musuh ketat nih? Bagi keluaran terkini, dapatkan model atau jenama yang dilengkapi CPU generasi ke-4 iaitu samada Intel i7 atau AMD Siri A. Dengan memiliki CPU jenis ini mampu meningkatkan prestasi laptop game anda terbaik dengan kelajuannya yang optimum.

2) Memori (RAM)

Bagi memastikan laptop anda mampu menampung lebih banyak program yang berat-berat seperti game maka kapasiti memori (RAM) kena tinggi dimana game anda dapat dibuka atau dimainkan secara berterusan tanpa memperlahankan laptop. Spesifikasi RAM yang minimum adalah 8G. Kalau bawah pada 8G dikhuatiri permainan game anda akan sangkut dan tersekat-sekat. Jadi, laptop yang memiliki RAM tinggi ini, games yang beresolusi tinggi pun anda dapat main dengan tenang kerana ia bertindak balas tepat pada masanya.

3) Grafik

Memandangkan kebanyakan Cip pemprosesan Grafik (GPU) dalam laptop tidak boleh diupgrade secara manual seperti PC desktop, maka sebelum beli laptop anda perlu ambil berat mengenai cip grafik terkini atau yang berprestasi tinggi. Jangan lepas beli baru nak upgrade memang susahlah, tidak sama macam PC desktop. Diharap anda take note ya.

Laptop untuk Game

Buat pengetahuan anda juga, GPU yang tinggi ni dia makan bateri sikit (banyak kot), jadi sila pilih laptop dengan grafik yang bersepadu bagi menjimatkan bateri. Kebiasaannya, grafik bersepadu (Integrated Graphics) ni adalah keluaran Intel. Bagi mendapatkan prestasi grafik dengan resolusi 3D yang lebih baik dan sempurna, pilihlah laptop dengan GPUnya yang lebih hebat. Buat masa sekarang, GPU daripada NVIDIA atau ATI/AMD adalah pilihan terbaik anda.

4) Storan

Kapastiti storan pemacu cakera keras (HDD) yang lebih besar adalah lebih baik kerana ia berfungsi untuk menyimpan data-data penting anda seperti dokumen, perisian, games, video/audio dan sebagainya. Bagi laptop untuk gaming, kapasiti yang bagus adalah yang serendah 500 Gigabyte. Manakala kelajuan pemprosesannya pula ialah 7,200 RPM.

Laptop untuk Game

HDD vs SSD. Apa itu SSD? SSD adalah singkatan kepada Solid State Drive atau Pemacu keadaan pepejal. Secara umumnya konsepnya sama seperti HDD, iaitu sebagai storan untuk menyimpan data. Kebanyakan laptop untuk game sekarang memakai SSD berbanding HDD kerana prestasinya lebih tahan lasak, laju, senyap, dan jimat tenaga. Anda boleh lihat ramai membandingkan antara laptop SSD vs laptop HDD di Youtube. Menurut laman LifeHacker, bagi meningkatkan lagi kelajuan SSD ini, pasangkan dalam RAID 0 bagi tingkatkan kelajuannya.

5) Paparan

1920 x 1080 pixel merupakan resolusi terbaik bagi laptop games kerana resolusi seperti ini dapat memberikan paparan yang baik untuk permainan games. Jadi untuk memilih laptops untuk games pilihlah yang bersaiz 15 inci dan ke atas. Namun anda harus ingat bahawa skrin laptop yang lebih besar menjadikannya lebih berat.

6) Bateri

Jangka hayat bateri yang lebih panjang dan stabil adalah penting terutamanya laptop yang melibatkan aktiviti permainan games kerana boleh menyebabkan kuasa bateri menyusut dengan pantas. Jadi anda dinasihatkan agar dapatkan laptop games yang baterinya mampu tahan lebih lama antara 3 hingga 4 jam penggunaan tanpa henti.

Demikian 6 spesifikasi penting laptop untuk games yang anda perlu tahu agar anda tidak membuta tuli ‘merembat’ laptop di pasaran begitu sahaja. Sedikit sebanyak perkongsian spesifikasi dan tips membeli laptop gaming di atas ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak. Jadilah pengguna yang bijaksana, dan jangan jadi orang yang selepas guna dia suka komplen padahal tidak semak dan kaji dahulu sebelum membeli.

10 jenama laptop sesuai untuk game

Bagi memudahkan pilihan anda di bawah ini aku senaraikan 10 model laptop berkuasa tinggi yang menjadi pilihan ramai gamers dan kebanyakannya sudah pun ada di pasaran Malaysia, jadi pilihlah yang mana anda berkenan.

  • Razer Blade Pro
  • Digital Storm Veloce
  • Dell Alienware 17
  • Cyberpowerpc Fangbook Evo HX7-200
  • MSi GT72 2PE Dominator Pro
  • Asus ROG G750JX
  • Origin EON17-SLX
  • Chillblast Helium 14
  • Lenovo Y50 Touch
  • Toshiba Qosmio X70

Tonton video amatur yang aku edit di bawah untuk melihat rupa serta gambar laptop-laptop yang disenaraikan di atas dengan lebih lanjut satu persatu.

Video 10 Laptop Untuk Games 2014

Update: Video sudah siap dibuat tetapi tak dapat upload pula ke Youtube. Aku akan edit kembali dan upload semula dan kongsi di sini. Agar anda tidak ketinggalan, dijemput untuk subscribe channel Youtube aku di http://www.youtube.com/user/AfiffuddinVEVO.

Demikian 10 jentera unggul lagi bermutu bagi menggempur permainan games kesukaan anda. Dengan spesifikasi masing-masing yang tinggi wajar dikategorikan mereka sebagai laptop terbaik masakini. Permainan games anda pasti akan lancar dan tidak tersekat-sekat ditambah pula dengan resolusi paparan berkualiti lagi memberansangkan.

Semoga perkongsian ini berguna kepada anda, sila kongsikan bersama rakan anda dengan klik mana-mana butang share di sebelah kiri jika anda rasakan perkongsian aku ini bermanfaat. Sharing is caring. Sekian.

Leave a Comment