8 Aplikasi Yang Menyekat Media Sosial Supaya Anda Boleh Kekal Fokus dan Lebih Produktif

8 Aplikasi Yang Menyekat Media Sosial Supaya Anda Boleh Kekal Fokus dan Lebih Produktif – Sepanjang masa yang diambil untuk menulis artikel ini, saya telah menyemak Facebook sekurang-kurangnya lima kali, Instagram sepuluh kali, dan Tiktok terlalu banyak kali untuk dikira. Bukan mahu melawak. Keinginan saya untuk melihat apa yang dilakukan oleh seluruh dunia boleh dianggap gangguan berterusan dan selalu menganggu tumpuan saya. Selain itu, saya mengambil masa yang lebih lama untuk menulis artikel ini daripada yang diperlukan.


Kepada anda di luar sana termasukklah saya yang ‘tidak mengaku’ mengalami ketagihan media sosial, bolehlah sama-sama menggunakan aplikasi yang menyekat media sosial dari telefon pintar dan komputer. Nasib baik, wujud segelintir pakar yang membangunkan aplikasi untuk melakukan perkara itu. Mungkin ada kebaikan untuk kita aktifkan salah satu aplikasi ini untuk berhenti menggunakan aplikasi media sosial selama sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

1. Offtime

Aplikasi ini mengasah kesedaran dengan membenarkan anda menyekat perkara yang paling mengganggu perhatian anda: media sosial, permainan dan juga mesej teks. Anda juga boleh asingkan perkara yang anda boleh dan tidak boleh akses untuk masa tertentu seperti pada Waktu Kerja, Keluarga, atau Masa Saya, menjadikannya lebih mudah untuk memisahkan kerja dan perkara lain. Aplikasi ini malah menunjukkan kepada anda berapa kali anda menggunakan telefon anda dan aplikasi tertentu, yang mungkin boleh anda selaras dan sesuaikan semula pada amsa akan datang.

Dapatkan Offtime untuk iOS ($2.99) dan Android (Percuma)

2. Moment

Moment menjejaki berapa banyak anda menggunakan telefon atau tablet anda setiap hari, dan hasilnya mungkin membimbangkan anda. Sebaik sahaja anda mengetahui sejauh mana anda menggunakan aplikasi tertentu, anda boleh menetapkan had harian dan mendapatkan pemberitahuan atau memaksa diri anda untuk berhenti berlengah-lengah dengan banyak notifikasi. Ianya agak menjengkelkan tetapi berkesan. Malah terdapat pilihan “Momen Keluarga”, yang membolehkan anda menjejaki penggunaan keluarga anda dan juga menetapkan had semasa makan malam atau waktu kerja rumah.

Dapatkan Moment untuk iOS (Percuma)


3. Flipd

Bagi mereka yang memerlukan dorongan besar dalam hal mengurangkan masa di skrin, Flipd mungkin aplikasi yang sesuai untuk tugas itu. Sebaik sahaja anda mengunci aplikasi tertentu pada telefon anda untuk tempoh masa yang ditetapkan, anda tidak akan dapat kembali semula. Anda mungkin boleh melumpuhkan aplikasi lain dengan memulakan semula telefon anda, tetapi bukan Flipd, menjadikannya penghalang gangguan yang muktamad. Ia mungkin kedengaran tegang, tetapi sebaik sahaja anda menyelesaikan kerja anda, anda pasti akan lebih menghargai masa yang anda habiskan tanpa gangguan.

Dapatkan Flipd untuk iOS dan Android (Percuma)

4. Freedom

Aplikasi ini berfungsi untuk telefon, tablet atau komputer anda, membolehkan anda menyekat mana-mana laman web, aplikasi atau e-mel yang mengganggu. Freedom menggunakan VPN untuk menghentikan aplikasi ini daripada menerima kandungan baharu dan membanjiri anda dengan notifikasi. Menurut laman webnya, memandangkan VPN tidak pernah menyambung ke pelayan browser, maklumat browsing anda tidak akan pernah meninggalkan telefon anda, menjadikan data anda selamat dan peribadi.

Dapatkan Freedom untuk iOS atau MacOS ($6.99/bulan)


5. AppBlock

AppBlock membenarkan pengguna Android menyekat sementara aplikasi yang mengganggu pada telefon mereka, memberikan anda lebih masa untuk memfokus pada perkara yang sebenarnya memerlukan perhatian anda. Ia adalah salah satu aplikasi yang lebih mudah yang kami temui dan tidak akan menjejaki kadar penggunaan anda. Tetapi anda masih boleh menjadualkan masa tertentu untuk mengunci diri anda daripada aplikasi tertentu untuk mengelakkan gangguan sebelum ia berlaku.

Dapatkan AppBlock untuk Android (Percuma)

6. SelfControl

Komputer anda ialah mesin terbaik untuk menyelesaikan kerja, tetapi ia juga merupakan sumber gangguan terbesar. SelfControl ialah aplikasi untuk MacOS yang membolehkan anda menyekat akses kepada tapak web, pelayan emel anda atau apa-apa sahaja di Internet. Dengan membuat senarai hitam tapak dan memilih jumlah masa yang ditetapkan untuk disekat, anda akan meningkatkan produktiviti sehingga masa tamat. Amaran: Pada masa ini anda tidak akan dapat mengakses perkara yang anda sekat walaupun anda restart semula komputer anda atau memadamkan aplikasi.

Dapatkan SelfControl untuk MacOS (Percuma)

7. FocusMe

Seperti kebanyakan aplikasi lain, FocusMe membenarkan anda menyekat tapak web dan aplikasi tertentu untuk masa yang terhad atau selama-lamanya, jika anda benar-benar cuba mengelak sesuatu. Untuk menambahkan lagi produktiviti, FocusMe mengingatkan anda untuk berehat dengan kerap. Ibu bapa juga boleh menggunakan aplikasi itu untuk menetapkan had masa permainan anak-anak mereka serta mengawal tapak yang dibenarkan untuk mereka lawati.

Dapatkan FocusMe untukMacOS atau Windows ($9/bulan)

8. Focus

Kadang-kadang anda memerlukan sedikit motivasi untuk menjadi produktif. Focus ialah aplikasi yang menyekat tapak web yang mengganggu seperti Facebook dan Reddit pada semua penyemak imbas untuk jangka masa tertentu. Apabila anda cuba melawat tapak ini, petikan motivasi muncul sebaliknya — memberi anda dorongan tambahan untuk benar-benar menyelesaikan kerja anda.

Dapatkan Fokus untuk MacOS ($19.99)

Harga adalah tepat pada masa penerbitan, tetapi mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Sebenarnya ada banyak lagi aplikasi untuk menyekat media sosial dan laman web tertentu yang boleh anda dapatkan. Boleh dikatakan, setiap bulan ada saja aplikasi terbaru yang berkaitan. Sekiranya anda salah seorang pengguna aplikasi jenis ini, sila kongsikan pendapat anda tentang aplikasi pilihan anda di ruangan komen di bawah.

1 thought on “8 Aplikasi Yang Menyekat Media Sosial Supaya Anda Boleh Kekal Fokus dan Lebih Produktif”

Leave a Comment