Telefon Pintar Percuma YTL Foundation

Telefon Pintar Percuma YTL Foundation – Pemberian Telefon Pintar Percuma. Mohon bantuan telefon pintar percuma dari YTL Foundation untuk pelajar golongan B40.

Berita baik kepada pelajar sekolah, YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications memberi tawaran menarik berupa telefon pintar percuma khas kepada pelajar sekolah kerajaan yang datang dari golongan berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar / bimbit atau peranti mudah alih untuk tujuan sesi pembelajaran di rumah.

Telefon pintar percuma ini merupakan inisiatif ‘Belajar Dari Rumah’ dan sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar yang ditawarkan akan dilengkapi dengan satu kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.


INISIATIF BELAJAR DARI RUMAH – TELEFON PINTAR PERCUMA DENGAN DATA

Sebagai salah satu inisiatif Belajar Dari Rumah , YTL Foundation bekerjasama dengan Yes dan FrogAsia dalam penyediaan data dan bahan pembelajaran yang selaras dengan sukatan pembelajaran Malaysia supaya para pelajar di sekolah kerajaan dapat meneruskan pembelajaran dari rumah sewaktu musim PKP.

Inisiatif Belajar Dari Rumah – Telefon pintar percuma dengan data adalah merupakan peringkat kedua kepada inisiatif Belajar Dari Rumah, khas untuk menyokong para pelajar dari golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada alat peranti supaya dapat terus belajar dari rumah.

YTL akan memberikan telefon pintar percuma kepada keluarga yang layak dikalangan komuniti B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti atau telefon pintar. Setiap telefon pintar akan dilengkapi dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan)

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses:

  • Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.
  • Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
  • 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah.


TELEFON PINTAR PERCUMA YTL

Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan:

  • Data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan)
  • Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan
  • Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES

Sekiranya memerlukan lebih data dan panggilan suara, tambah nilai boleh dilakukan di aplikasi MyYes4G.

KRITERIA KELAYAKAN

  • Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  • Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Sesiapa sahaja yang mengenali murid dari keluarga B40 yang benar-benar memerlukan bantuan boleh membuat pencalonan.
  2. Sebelum mengesyorkan murid, pencalon harus menghubungi ibubapa pelajar terlebih dahulu bagi mendapatkan keizinan dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penyerahan borang pengesyoran
  3. Anda boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.
  4. Anda boleh mencalonkan seorang murid bagi satu keluarga.
  5. Sekiranya pencalonan berjaya, anda akan dimaklumkan menerusi e-mel.
  6. Ibubapa pelajar akan turut dimaklumkan melalui emel berserta langkah seterusnya sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)
  7. Pendaftaran adalah khusus untuk ibubapa sahaja
  8. Ibubapa perlu mengikuti proses proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:
    – Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
    – Satu salinan MyKad ibubapa
    – Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
  9. Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
[email protected]
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

PAUTAN PERMOHONAN TELEFON PINTAR YTL DI SINI

45 thoughts on “Telefon Pintar Percuma YTL Foundation”

  1. Saya nak satu telefon bimbit. Saya hendak belajar mengunakan telefon tersebut untuk kemudahan belajar saya di kampung.

    Reply

Leave a Comment