Software Aplikasi TV Online

Software Aplikasi TV Online – Samada anda sedar atau tidak, sebenarnya selain daripada menonton siaran langsung di televisen anda juga boleh menonton acara live atau secara langsung hanya dengan online menerusi internet. Ya, mungkin anda dah tahu cuma tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Menerusi artikel ini saya akan kongsikan beberapa perisian atau software aplikasi tv online yang boleh anda gunakan untuk menonton TV secara atas talian secara percuma. Dengan adanya software ini dalam PC anda, maka anda bolehlah menonton siaran tv pilihan anda samada channel sukan, berita dan sebagainya. Bahkan aplikasi tv online tidak hanya tertumpu pada siaran satu negara sahaja, bahkan siaran dari seluruh negara di seluruh dunia pun ada, hebatkan? Macam-macam ado (pinjam tagline Astro).

Buat pengetahuan anda, saya sendiri ada memasang software aplikasi tv online di laptop saya, bukan baru lagi, lama dah. Sebagai peminat tegar bolasepak terutamanya daripada pasukan luar negara, selain daripada menonton daripada siaran ASTRO saya kadang-kadang menonton terus daripada PC ini. Yelah, kena pula siaran tertunda, memang TV online lah jawapnya. Pertama kali saya guna software ini semasa berlangsunya perlawanan Piala Dunia tahun 2010 yang lalu.


Software Aplikasi TV Online

Tak kenal maka tak tonton – Saya pasti mesti anda nak tahu apa sofware ‘gempak’ yang saya gunakan tu kan? Software tersebut bernama Readon TV Movie Radio Player. Anda pernah dengar atau tengok? Ok, di bawah ini adalah rupa software tersebut setalah disiap pasang atau install di komputer anda:

Ini gambar tumbnail yang akan muncul apanila anda memasangnya di komputer desktop:

Manakala di bawah ini pula gambar rupa sebenar software tersebut setelah di buka dengan lakukan 2 klik pada gambar tumbnail tadi:

software aplikasi tv online

Rujuk gambar – Kalau anda perasan di sebelah kanan gambar di atas tu, ada senarai nama negara yang bermula dari huruf A – Afghanistan. Sebenarnya jika anda scroll akan ada banyak lagi channel dari pelbagai negara sehingga akhir sekali channel dari negara Zambia. Untuk membangkitkan lagi keterujaan anda, sila dapatkan gambaran yang lengkap yang Anda boleh tonton daripada video preview yang saya buat di bawah ini.

Keupayaan & Ciri-ciri


Ciri-ciri pada Readon TV Movie Radio Player:

1) Mengandungi beribu-ribu channel saluran TV dan radio dari seluruh dunia.
2) Anda dapat menonton dan memuat turun filem-filem terbaru (walaupun filem sedang ditunjuk di pawagam sekarang!)
3) Ada channel sukan Live (NBA, bola sepak Eropah, Tennis, dll).
4) Terdapat pelbagai genre termasuk filem, komedi , berita, TV umum, kanak-kanak, muzik , pop, jazz , klasik dan lain-lain
5) Perkongsian muzik dalam talian dan fungsi rekod fail audio MP3.
6) Rakaman TV ke dalam pelbagai fomat fail video. Anda boleh melihat acara yang direkodkan melalui iPhone dan Windows Mobile telefon anda.
7) Mampu bekerja sebagai penukar video.
8) Plugin enjin carian permainan Flash ( Beribu-ribu permainan).
9) Plugin Muzik atas permintaan enjin carian ( Berjuta-juta MP3)
10) Plugin enjin carian filem.
11) Kata laluan pengguna dilindungi untuk melumpuhkan paparan kandungan dewasa.
12) Berita dan laporan cuaca.
13) Percuma untuk digunakan.
14) Kemaskini senarai saluran secara automatik.
15) Dan banyak lagi.

Cara download software aplikasi TV online

Screenshot dan video anda dah lihat, jadi sekiranya anda berminat untuk memasangkannya di komputer anda, boleh muat turun perisian ini melalui pautan berikut: Readon TV Movie Radio Player 7.6.0.0 (Fail adalah dalam format .zip, perlu Unzip dahulu sebelum menggunakannya)

Pengalaman saya menggunakan perisian ini: Kadang kala tidak semua channel dapat ditonton secara terus, ada sesetengah channel yang memerlukan anda untuk daftar terlebih dahulu sebelum menonton. Satu lagi, line internet anda kena laju agar tidak selalu buffering dan dapat menonton dengan smooth tanpa gangguan.

Selain daripada ReadonTV, masih ada banyak alternatif Software aplikasi TV online yang boleh anda cuba dan lihat perbezaaannya, anda boleh melihat senarai alternatif yang saya maksudkan di SINI.

Baiklah, saya harap perkongsian maklumat ini bermanfaat dan dapat membantu anda. Sekadar ini dahulu, selamat menonton.



Leave a Comment