Skim Harga Maksimum (SHM)

Skim Harga Maksimum (SHM) – Perlaksanaan Skim Harga Maksimum dan Senarai Harga Barang Kawalan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), telah menguatkuasakan Skim Harga Maksimum (SHM) bermula 15 April sehingga 28 April 2020. Pemantauan harga di bawah skim SHM hanya dilakukan terhadap barangan tertentu yang mendapat permintaan tinggi.

Terdapat 25 barangan keperluan harian yang diletakkan dibawah skim ini akan dikawal termasuk ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, biskut, sardin, mi segera, makanan sejuk beku dan sayur-sayuran. Barang lain, telur, bawang, susu segar, air mineral, milo, kopi, teh, tisu basah, tisu tandas, lampin bayi, lampin dewasa serta panadol.


TUJUAN SKIM HARGA MAKSIMUM SHM PKP

  • Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (Mencatut)
  • Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan
  • Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan

Skim Harga Maksimum pada musim PKM dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan atau langkah awal untuk mengawal perilaku peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Ianya berbeza berbanding skim sama yang dilaksanakan pada musim perayaan yang akan menyaksikan permintaan barangan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran naik mendadak. Manakala pada musim PKP restoran, kedai makan dan hotel tidak memerlukan banyak ayam dan menyebabkan permintaan ayam turun.


KEWAJIPAN PENIAGA

Setiap peniaga yang menjual barangan yang diletakkan di bawah skim harga maksimum harus mengikuti ketetapan berikut:

  • Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
  • Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
  • Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.

KESALAHAN

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya peniaga barangan terkawal melakukan kesalahan berikut:

  • Menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum
  • Gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal
  • Tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan

DENDA

Sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan seperti yang disenarikan di atas, denda akan dikenakan:

  • Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000

Sepanjang tempoh PKP fasa ke-3 ini berlangsung, sekiranya pengguna dan orang ramai mengesan mana-mana peniaga sengaja menaikkan harga barang, mereka boleh terus memaklumkan kepada penguatkuasa KPDNHEP menerusi WhatsApp 019-2794317.

Leave a Comment