Semak Tracking Number Poslaju Malaysia Online

Semak Tracking Number Poslaju Malaysia Online – Cara check pos laju tracking no menggunakan laman web rasmi semakan pos Malaysia track and trace.

Bagaimana nak jejaki item atau barang yang anda beli atau hantar melalui Pos Laju? Untuk semua penghantaran dalam negeri di dalam Malaysia, ramai dikalangan rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier Pos Laju bagi penghantaran barangan dengan cepat dan boleh dipercayai ke mana-mana lokasi beralamat samada rumah, sekolah, universiti ataupun jabatan kerajaan.

Semasa proses pengeposan barang, anda dikehendaki mengisi borang penghantaran. Setiap borang yang diisi masing-masing mengandungi kod penjejaknya yang tersendiri. Selepas barangan anda dihantar, pihak pos laju akan mengaktifkan nombor kod penjejak (tracking number) untuk menjejaki lokasi terkini barangan Pos Laju anda. Anda boleh menggunakan kod nombor tersebut untuk menjejaki dan mengesan bungkusan anda melalui laman web khas yang disediakan pihak Poslaju.


Di bawah admin terangkan secara terperinci langkah demi langkah melakukan semakan tracking nombor.

TIPS 1: JANGAN jarakkan nombor tracking yang diberi.
TIPS 2: kod EM***MY = Tracking Number Poslaju manakala kod LG***MY = Pos Express, jangan tersilap masukkan.
TIPS 3: Kadangkala laman tracking pos laju lambat update, jadi diharap bersabar dan cuba lagi.

Semak Tracking Number Poslaju

Pos Laju Tracking Number

Sekiranya sewaktu penghantar surat aka posmen tiba di alamat penghantaran anda, tetapi anda tidak berada di rumah sewaktu serahan barang dibuat, cuba lihat dalam peti surat anda samada anda terima Sorry Note yang ditinggalkan oleh pekerja Pos Laju atau tidak. Kemudian, jika ada sila hubungi talian bantuan pelanggan Pos Laju dan mereka akan membuat penghantaran semula barang untuk anda secara percuma.

No talian Pos Laju: 1 300 300 300

Di bawah ini adalah rupa sebenar Sory Note Pos Laju yang saya maksudkan tu. Mereka biasanya akan melekat Nota Maaf ni pada peti surat anda, dan kadang-kadang pada dinding atau pada pintu rumah anda.

check pos laju tracking no


Maklumat Tambahan

Untuk makluman, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas SMS untuk check tracking number pos laju barang anda, caranya ikut langkah mudah di bawah ini:

PLTRACKING NUMBER dan hantar kepada 33333

Tracking Number Poslaju

Bagi memudahkan anda, di bawah saya sediakan tutorial video cara melakukan semakan tracking no poslaju langkah demi langkah:

1) Vimeo
2) Youtube

Di bawah ini adalah pautan ke laman semakan:

1) https://poslaju.com.my/track-trace-v2/

ATAU

2) https://www.pos.com.my/postal-services/quick-access/?track-trace

Sekadar ini dahulu perkongsian maklumat daripada saya, sekiranya ada sebarang masalah tentang link, sila komen di bawah agar saya dapat lakukan kemaskini. Sekian.

Leave a Comment