Satu dozen berapa biji?

Satu dozen berapa biji? – Soalan nampak mudah saja kan? Tapi anda juga pastinya seperti saya yang dahulunya tertanya-tanya apa maksudnya apabila telinga menangkap bicara cikgu di sekolah, sekarang dari tidak tahu apa itu dozen dan dah tahu berapa jumlah sedozen tu. Mungkin ada juga dikalangan anda tersilap sebut antara dozen, dozeen atau dosen. Mana satu betul?

Baiklah, kita tinggalkan pasal sebutan tu dan berbalik kepada soalan: 1 dozen sama dengan berapa biji/buah?
Jawapannya: 1 dozen = 12 biji

Apa itu dozen?

Ini hasil pencarian yang saya buat:

Satu dozen berapa biji

Perkataan dozen ini boleh digunakan secara formal atau tidak formal.

Secara formalnya dozen ini menunjuk kepada jumlah 12, contoh ayat: Saya jual 2 dozen telur, maksudnya dia jual 24 biji telur.

Untuk kegunaan tidak formal pun boleh, contoh ayat: Saya ada berdozen barang kemas cantik-cantik, maksudnya: Saya ada berlambak/banyak barang kemas. Ada pertambahan “ber..” untuk penggunaan ayat tidak formal.

Saya rasa penerangan ringkas di atas cukup dan memadai untuk membantu anda memahami serta menggunakan perkataan dozen ini terutamanya dalam perbualan. Untuk penerangan lebih terperinci tentang asal usul perkataan dozen anda boleh rujuk web Wikipedia.

Sekian perkongsian untuk kali ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *