Rumah Lelong – Kisah Saya dan Rumah Lelong Keluarga

rumah lelong alma jaya

Rumah lelong – Bila sebut tentang rumah lelong ni, saya teringat kisah mak dan ayah saya beli rumah lelong teres 1 tingkat lot tepi beberapa tahun lepas. Rumah lelong tu jaraknya 40 meter sahaja dari rumah ayah di Penang. Biasalah bila rumah taman, jarak antara rumah jiran dekat-dekat sama ada berhadapan dan apalagi bersebelahan, dan rumah mak dan ayah saya ni letaknya di corner lot, rumah lelong tu pula bertentangan dengan rumah kami. Dekat sangat, keluar saja pintu rumah terus nampak. Anda dapat bayangkan tak? kalau tak dapat di bawah ni saya siap letakkan gambar.

rumah lelong alma jaya

Oleh kerana rumah lelong ni betul-betul bersebelahan dengan pagar Sekolah Kebangsaan Alma Jaya (nampak tak dalam gambar tu?), haha..memang menjadi rebutan lah masa kena lelong dulu. Jiran sebelah rumah lelong nie pun asalnya berhasrat nak beli, Pak Cik Latib saya panggil dia, cuma entah kenapa tidak jadi kot. Daripada cerita mak saya, pada mulanya rumah ini kena lelong mak saya buat endah tak endah saja, tak berniat atau berhasrat pun nak beli, bila ada orang atau kawan-kawan mak atau ayah saya tanya, mak dan ayah saya kata suruh beli cepat rumah tu sebab memang ramai orang bila lalu depan rumah saya mesti yang tanya tentang rumah lelong tu.

Kemudian masa mak dan ayah saya balik kampung sembang-sembang perihal rumah lelong tu dengan 3 orang bapa saudara saya. Mereka cadang suruh beli, tentang duit bayaran muka mereka boleh bagi pinjam. Tidak lama selepas tu, maka dipendekkan cerita mak dan ayah saya pun masuklah mahkamah untuk membida bagi mendapatkan rumah lelong tersebut, harga lelongan dibuka adalah RM58,000 manakala untuk masuk bida duit muka perlu dibayar dalam 10% dari harga lelongan iaitu RM5,800.

Masa dalam mahkamah tu, cuma ada seorang jutawan Cina saja yang datang sebagai pesaing, memang gementar juga lah masa tu, mak dan ayah saya cuma akan bida sehingga RM65,000 sahaja. Tapi kalau ada pesaing yang bida lebih daripada tu maka jawapnya tak dapatlah rumah tu. Tok saya siap baca Yasin lagi pagi tu agar dipermudahkan urusan bida, dan alhamdulillah berkat doa dan tawakal, jutawan Cina tu cuma duduk dengar saja tanpa cakap apa-apa, masa habis maka dapatlah beli rumah lelong tu dengan harga RM58,000. Memang rezeki Allah nak bagi.

Jadi bayaran bulanan untuk pinjaman rumah yang dikenakan adalah RM370. Mak dan ayah saya sewakan kepada orang lain dengan sewaan RM300, jadi cuma kena tambah RM70 sajalah untuk bayaran sebulan. Penyewa pertama adalah mak saudara kawan satu taman dengan saya, kemudian tidak lama kemudian dia keluar dan disewa pula oleh kawan mak saya, penyewa terakhir adalah jiran hadapan rumah yang pindah ke rumah sewa kami sehinggalah sekarang nie.

Menurut info yang saya dapat hasil borak-borak dengan mak dan ayah saya. Rumah teres yang sama bahagian tengah pernah dibeli dengan harga RM83,000 pada 2 tahun lepas, manakala ada sebuah lagi rumah lot tepi jenis sama yang sederet dengan rumah lelong yang mak dan ayah saya beli tu harganya dalam RM138,000 (mahal cuma kelebihan lebih tanah). Kalau dibandingkan dengan rumah lelong yang kami dapat nie memang jauh bezanya lebih murah, jadi sekiranya dijual dengan harga semasa memang boleh untung banyak. Tapi mak dan ayah saya tidak berhasrat nak jual sebab nak jadikan sebagai ‘gaji pencen’ katanya.

Macam tu lah kisah rumah lelong (yang pertama) keluarga saya beli, untung sebenarnya kalau beli rumah nie, sebab harga hartanah macam rumah memang akan sentiasa naik, tambahan bagi sewa pula, seolah-olah anda dapat rumah tu percuma saja, mana taknya katakan Anda dapat beli sebuah rumah lelong RM58,000 kemudian sewa RM300 sebulan selama 17 tahun: (RM300 x 12 bulan x 17 tahun = RM61,200) dah dapat balik modal beli rumah, itu baru sebuah rumah.

Saya bukan cakap kosong, sebab rumah pertama mak ayah saya dulu (rumah di taman perumahan juga, sebelum pindah ke rumah kedua sekitar tahun 1996-1997) memang dapat keuntungan macam yang saya sebutkan dalam perenggan atas nie, cuma bezanya rumah tu bukan rumah lelong lah, mula mak ayah saya beli harga rumah masa tu dalam RM45,000 camtu, rumah teres 1 tingkat dan tinggal beberapa tahun kemudian sewakan kepada orang lain. Sewa yang terkumpul pun dalam RM40,000 lebih kurang sikit dari harga beli dulu, dan baru saja dijual 1 bulan lepas dengan harganya mencapai RM158,000. Rumah yang saya maksudkan, saya ada iklankan dalam Facebook dulu ~> Rumah Teres 1 Tingkat Kos Sederhana Lot Tepi.

Sekarang keluarga aktif buat bisnes jual beli rumah dan tanah, sebelum ni beli juga cuma tak aktif dan kerap. Ayah saya pula nak pencen tahun depan, sebagai pekerja di UDA semenjak berpuluh tahun itu insya-Allah dia dapat guna untuk majukan lagi untuk bisnes nie. Saya pun boleh tumpang sekaki cedok ilmu ayah saya, hehe.

Kalau nak buat bisnes hartanah nie, mesti ramai yang fikir kena ada banyak modal lah, kena buat banyak urusanlah dan macam-macam lagi. Sebenarnya menurut cerita pengalaman ayah saya, ianya mudah saja, cuma masih ramai yang tak nampak peluang dan tak tahu cara. Kena belajarlah dari pakar dan pergi ke seminar-seminar hartanah atau pun dari pembacaan. Baru-baru nie saya ada jumpa satu ebook ‘baik punya’ tentang “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal” oleh saudara Saufi Karim aka SK. Jadi kepada anda yang masih baru dan newbie macam saya ni dan tak ada modal besar boleh belajar melalui ebook yang SK buat nih yang menurut beliau merupakan panduan terkini bagaimana nak membuat pelaburan hartanah tanpa modal satu sen pun. Dapatkan ebook beliau di SINI.

Sampai sini sahaja perkongsian aku tentang rumah lelong kali ini. Semoga bermanfaat kepada Anda. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *