Perniagaan Internet tanpa Modal

Perniagaan Internet tanpa Modal – Apabila menyebut tentang perniagaan tidak kiralah melalui atas talian (internet) atau luar talian (kedai sendiri atau tepi jalan), anda mesti perlu ada produk. Untuk perniagaan internet, produk tidak semestinya tertumpu pada produk fizikal, di internet capaiannya lebih luas, selain produk fizikal anda juga boleh menjual produk digital. Kedua-dua jenis produk ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan internet tanpa modal atau percuma yang saya kongsikan ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahwasanya ramai yang suka benda percuma termasuk saya, asalkan benda percuma itu dapat memberi pulangan yang baik. Namun kalau sebaliknya, percuma pun orang tak mahu. Inilah yang saya nak kaitkan dan kongsi kepada anda mengenai tajuk di atas iaitu bagaimana hendak menjalankan perniagaan internet tanpa modal atau percuma walau tanpa satu sen pun. Yelah kan, bukan semua orang ada modal untuk mulakan biz internet, kalau ada pun mungkin tidak mencukupi dan perlu pertambahan lagi. Jadi untuk mengeluarkan anda daripada situasi atau dilema seperti itu, maka di bawah ini saya kongsikan beberapa idea perniagaan internet tanpa modal wang ringgit mahupun dollar USD.


Perniagaan Affiliate.

Dalam blog ini sudah banyak kali saya terangkan tentang affiliate; Apa itu affiliate dan cara jana wang dengan affiliate bahkan saya juga turut senaraikan program-program affiliate tempatan yang boleh anda sertai. Sekiranya anda mengikuti dan mejadi pembaca blog ini sebelum ni pastinya pernah baca namun kepada anda yang baru pertama kali lawat blog saya dan baca artikel ini, jangan risau, di bawah ni saya sertakan pautan-pautan ke artikel-artikel sebelum ini yang membicarakan tentang perniagaan affiliate:

~ Buat duit dengan affiliate
~ Senarai program affiliate di Malaysia

Kebanyakan program affiliate membuat bayaran secara bulanan, maksudnya sekiranya anda mendapat jualan kelmarin dan hari ini anda tidak terus dibayar tetapi jualan yang anda lakukan akan dikumpul dan dibayar pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Namun ada juga program affiliate yang membuat pembayaran secara harian, anda boleh lihat di pautan ini: Klik Sini, affiliate yang ni memang sempoi sebab anda boleh beli produknya melalui link affiliate anda sendiri, cubalah.

Perniagaan blog.

Aik, blog pun boleh buat berniaga ka? Yup, konsepnya mudah saja, bina blog percuma, post artikel-artikel di blog, dapat trafik dan pelawat beribu-ribu lemon kemudian berikan perkhidmatan pengiklanan di blog tersebut. Untuk bina blog percuma boleh bina menggunakan platform Blogger.com yang terkenal tu. Manakala untuk perkhidmatan iklan pula samada:

– Pengiklanan Sewa Banner.
– Pengiklanan review produk.
– Sertai program pengiklanan tempatan atau global seperti adsense, nuffnang, innity dan sebagainya.
– (kalau ada lagi saya akan letak kemudian.)

Daripada pengiklanan tu anda dapat menjana wang setiap bulan samada pengiklanan oleh Anda sendiri atau iklan tempek dari syarikat lain. Ada faham, maaf saya ringkaskan sikit untuk memberi laluan kepada senarai idea lain perniagaan internet tanpa modal yang seterusnya.

Jual blog anda – Ya, pabila sudah banyak trafik dan ramai pengunjung yang datang ke blog anda melalui organic source iaitu daripada enjin carian secara automatik, maka nilai blog anda menjadi tinggi. Cuma bila guna platform percuma seperti blogger.com Anda perlu jual sekali dengan akaun blogger lah baru dapat jual blog tu, lainlah kalau Blogger ada sediakan fungsi untuk pushing blog ke akaun blogger lain, setakat yang saya tahu fungsi nie belum ada lagi.

Sekiranya anda menggunakan platform WordPress macam blog saya ni, aktiviti jual beli blog adalah lebih mudah. Anda boleh membuat jualan blog-blog milik anda di laman web Flippa.com

Perniagaan Dropship.

Melalui dropship Anda cuma perlu cari penjual produk dan jual produk mereka melalui harga Anda sendiri dan mengambil keuntungan hasil daripada (harga Anda – harga penjual produk = untung). Ia nampak macam sama dengan affiliate cuma bezanya melalui dropship Anda boleh letakkan harga keuntungan Anda sendiri, berbanding produk affiliate dimana harga keuntungannya atau komisyen telah ditetapkan.


Satu lagi perbezaannya adalah mengenai konsep bayaran dan komisyen, melalui dropship: Pelanggan bayar kepada Anda, kemudian Anda bayar kepada pembekal produk (+- komisyen segera), dan pembekal produk uruskan penghantaran produk kepada pelanggan. Manakala affiliate, pelanggan beli produk melalui link anda dan bayar kepada pemilik produk, kemudian pemilik produk memberi komisyen kepada Anda pada masa yang telah ditentukan.

Nak pasarkan perniagaan dropship nie tanpa modal pun ada, anda boleh guna platform seperti akaun Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, Blog, Youtube, Forum-forum dan sebagainya untuk promosi dan iklankan barang dropship anda. Boleh juga cuba Mudah.my atau Lelong.com.my

Untuk mencari dropshipper (pembekal), anda boleh cari di Google menggunakan katakunci ini: supplier (nama produk), sebagai contoh: supplier baju baby, supplier jersey, supplier t.shirt.

Perniagaan Jual Perkhidmatan 5 dollar.

Anda boleh cuba daftar di Fiverr.com untuk tawarkan pengkhidmatan anda di sana, kat Fiverr nie perkhidmatan disebut sebagai ‘gigs’. Apa saja perkhidmatan yang boleh Anda berikan anda boleh iklankan di sana, dan sekiranya ada yang berminat dan beli perkhidmatan (gig) Anda maka anda akan dibayar sebanyak USD5. Saya sendiri sudah mencuba Fiverr.com nie dan alhamdulillah boleh la buat tampung bayar hosting VPS saya setiap bulan.

Kalau tak tahu nak tawar perkhidmatan apa, anda boleh lihat contoh-contoh perkhidmatan yang orang lain tawarkan, sekiranya Anda juga dapat tawarkan gigs yang sama, so tawarkanlah dengan bina gigs yang sama.

Penutup

Demikian 4 idea perniagaan internet tanpa modal buat masa ini untuk saya kongsikan bersama anda. Sekiranya direnungkan betul-betul, untuk jalankan perniagaan samada online melalui internet atau offline memang memerlukan modal, walaupun perniagaan tersebut adalah perniagaan tanpa modal seperti yang saya senaraikan di atas, kenapa? sebab dengan adanya modal anda dapat mencepatkan lagi perjalanan bisnes anda untuk mendapatkan keuntungan, juga dapat menjimatkan masa dan tenaga Anda. Cuma anda kena bijak menguruskan perbelanjaan modal anda, benda murah kadang-kadang jadi mahal jika silap dibelanjakan. Sebagai contoh:

1. Domain: Untuk nampak lebih profesional dalam blogging, saya sarankan agar anda beli domain sendiri, hanya RM6-RM40 sahaja setahun (bergantung kepada jenis domain .com, .net, .org, .info), masa nak beli tu gunalah kupon untuk dapat lebih murah.

2. Produk: Untuk mencepatkan pembelajaran anda tentang jana wang online terutamanya kepada pemula (newbie), saya juga sarankan untuk anda dapatkan produk-produk tempatan yang ajar mengenai bisnes online, kena keluarkan modal sikit lah. Kemudian jangan terus beli, cari dahulu offer atau bonus daripada affiliater produk tersebut, kadang-kadang ada juga bonus affiliater lebih baik daripada produk tersebut. Cara nak cari, search saja di Google: “Bonus (nama produk)”.

Setakat ini dahulu perkongsian saya mengenai perniagaan internet tanpa modal. Insya-Allah, sekiranya saya temui lagi atau jumpa idea lain akan saya tambah yang ke-5 dan seterusnya. Kepada anda yang ada idea boleh kongsikan di bahagian komen di bawah artikel ni. Idea anda adalah dialu-alukan dan amat saya hargai.

Leave a Comment