Pendaftaran i-Akaun KWSP

Pendaftaran i-Akaun KWSP – Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Mudah. Pelajari langkah-langkah bagaimana mendaftar i-Akaun KWSP.

Untuk makluman Anda, pendaftaran i-Akaun KWSP boleh dilakukan samada dengan cara melalui emel, kaunter, kiosk dan telefon. Kepada ahli sedia ada dan majikan yang mempunyai akaun KWSP, pendaftaran i-Akaun KWSP secara atas talian menjadi satu keperluan dan amat penting terutamanya untuk memantau aktiviti transaksi caruman, selain daripada juga memudahkan kita untuk melakukan permohonan e-Pengeluaran.

Buat pengetahuan anda, dengan i-Akaun juga dapat membina hubungan 2 hala yang berkesan antara pihak KWSP dan ahli dari segi tinjauan maklum balas serta kaji selidik tentang apa sahaja penambahbaikan atau skim terkini yang ditawarkan oleh KWSP kepada ahli.

Melalui artikel ini dikongsikan beberapa perkara penting berkaitan panduan mudah cara daftar i-Akaun KWSP Online termasuk kaedah Pengaktifan Akaun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Sebelum anda memulakan pendaftaran, perlu di ketahui bahawa terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi untuk memudahkan proses pendaftaran anda diterima.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP

  1. Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  2. Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah


CARA MENDAFTAR I-AKAUN KWSP MELALUI KAEDAH KAUNTER ATAU TELEFON

Sila ikuti langkah-langkah mendaftar i-Akaun bagi tahun terkini dan tahun sebelumnya secara atas talian seperti di bawah:

Ahli KWSP

1. Dengan menggunakan ID Ahli anda yang sah, kunjungi mana-mana Kios KWSP atau Kaunter KWSP berhampiran tempat anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

2. Kemudian, layari laman sesawang rasmi KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda dengan menggunakan Kod Pengaktifan yang diperolehi sebelum ini.

Majikan

1. Majikan yang telah melantik Wakil untuk menguruskan i-Akaun boleh mewakilkan mereka dengan menggunakan nombor KWSP Majikan yang sah untuk mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)

2. Layari laman sesawang rasmi KWSP di dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.

Laman Rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/

Cara Aktifkan Kod TAC

Bagi menjamin keselamatan data pemilik i-Akaun KWSP, TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun. Sebagai contoh, apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. Maka, sistem TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan. Cara bagaimana untuk mengaktifkan TAC adalah seperti di bawah:

  • Ahli atau Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP, ATAU
  • Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang


TERLUPA ID & KATA LALUAN (PASSWORD) I-AKAUN KWSP

Sekiranya ahli atau majikan terlupa ID atau kata laluan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman sesawang rasmi KWSP melalui pautan: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun (Ahli)
  3. Klik “Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?”
  4. Kemudian, pilih bantuan yang anda perlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  6. Klik Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
  7. Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
  8. Mengira Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad dan nombor (contoh: klmn7654)
  9. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Klik Hantar

CARA MENDAFTAR I-AKAUN KWSP MELALUI KAEDAH EMEL

Selain daripada kaedah pendaftaran secara kaunter/kiosk KWSP dan melalui panggilan telefon, ahli atau majikan juga boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel.

Ahli perlu menghantar borang pendaftaran i-Akaun (Ahli) beserta dokumen sokongan ke alamat emel [email protected]. Berikut dikongsikan borang pendaftaran beserta senarai dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Muat turun Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang boleh didapati di laman sesawang rasmi KWSP melalui PAUTAN INI.
  2. Lampiran MyKad (depan dan belakang);
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
    • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
    • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  4. Salinan Buku/ Penyata Akaun Bank Simpanan/ Semasa yang aktif milik Ahli

Contoh Dokumen yang diperlukan

cara daftar i-Akaun KWSP

Jika pengesahan berjaya, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli), seterusnya ahli hendaklah mengemaskini kata laluan yang baru.

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. SIla rujuk pautan di bawah untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli) :-

Untuk mengemaskini nombor telefon untuk tujuan penerimaan TAC, ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel untuk mengemaskini nombor telefon. Langkah-langkah untuk membuatnya adalah samada seperti kaedah pendaftaran dalam perenggan di atas. Langkah yang sama juga perlu dibuat jika ahli ingin mendapatkan kembali ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang telah tamat tempoh.

KELEBIHAN I-AKAUN (AHLI) KWSP ONLINE

Dengan mempunyai akses i-Akaun (Ahli) KWSP, pencarum boleh melakukan pelbagai perkhidmatan lain secara online diantaranya ialah:

  • Perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
  • Semakan status permohonan pengeluaran
  • Semakan sejarah pengeluaran
  • Semakan status penamaan
  • Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini

Leave a Comment