Harga Kabinet Dapur

Harga Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet Prices) – Anda mencari kabinet dapur dengan harga yang berpatutan dan mampu milik? Ketahui cara bagaimana mendapatkan harga kabinet dapur murah melalui perkongsian maklumat di bawah.

Berapakah harga kabinet dapur pada hari ini, dan bagaimana anda boleh mencari tawaran yang terbaik untuk harga kabinet dapur anda? Bukan menjadi rahsia lagi bahawa harga kabinet dapur boleh menjadi sangat mahal, bergantung kepada di mana anda membelinya.

Pertama sekali, berkenaan dengan harga, harga bagi sesebuah kitchen cabinet bermula antara beberapa ribu ringgit sehingga boleh mencapai harga 6 angka! Hal ini kerana semakin besar dan luas kabinet maka harganya turut ‘membesar’. Maka dengan itu jelas sekali, untuk mengetahui berapa banyak yang anda perlu bayar sebahagian besarnya bergantung kepada berapa banyak kabinet yang anda perlukan.

Semakin besar dapur anda, semakin banyak kabinet yang akan anda perlukan, dan semakin mahal jugalah harganya nanti. Namun begitu, walaupun harga kabinet dapur diketahui boleh menjadi agak mahal, masih terdapat beberapa kaedah yang anda boleh gunakan untuk menjimatkan wang anda.


Harga Kabinet Dapur

Pastikan anda membeli kabinet (RTA – Ready to Assemble) yang sedia untuk dipasang, untuk itu anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan menggunakan peralatan yang mencukupi untuk memasangnya sendiri. Sebab saya sarankan anda membeli kabinet jenis ini, kerana ia dapat menghalang anda daripada dikenakan bayaran kos pemasangan tambahan untuk memasangkan kabinet yang dibeli, upah pemasangan yang dikenakan boleh menjadi mahal. Oleh itu, kabinet RTA adalah salah satu cara yang berkesan untuk berjimat sebanyak mungkin pada harga kabinet dapur anda.

Satu lagi cara adalah dengan membeli kabinet terpakai yang sudah digunakan. Jelas sekali, tahap kualitinya akan berbeza dengan ketara berbanding kabinet RTA. RTA biasanya adalah pilihan yang lebih baik, kerana anda mendapat kualiti jenama baru berbanding kabinet terpakai, jadi saya syorkan agar anda memberi tumpuan kepada jenis RTA.

Juga, jangan sesekali membeli kabinet dapur di kedai peralatan rumah tempatan di tempat anda, kerana pasti anda perlu membayar mahal untuk harga kabinet dapur. Ya, saya tahu ianya adalah lebih mudah, kerana anda boleh melihat sendiri kabinet yang dipamerkan. Walau bagaimanapun, anda akan membayar harga markup lebih tinggi dari harga pasaran. Bukan itu sahaja, jika mereka tidak mempunyai kabinet yang tertentu yang anda mahukan, anda perlu baut tempahan berasingan, yang pastinya akan menjadi lebih mahal.


Harga Kabinet Dapur

Penyelesaiannya saya syorkan anda memberi tumpuan untuk menempah secara atas talian di internet, dan kemudian pastikan membeli kabinet RTA. Apabila anda mengambil kesempatan daripada dua faktor ini, anda boleh pastikan diri anda mendapat harga kabinet dapur semurah seperti yang ditawarkan di kedai online.

Antara kedai online yang ada menjual kabinet dapur secara atas talian dan saya pasti anda biasa mendengarnya adalah seperti di:

1) Lazada.com.my
2) Ikea.Com
3) Opsh.com.my

Juga, saya ingin ingatkan anda supaya jangan lupa untuk memeriksa model terkini dan lihat samada anda tidak perlu cat semula dan dapat selamatkan diri anda daripada perlu membeli peralatan yang baru. Banyak kali orang berfikir mereka perlukan kabinet baru, padahal apa yang dibeli adalah kabinet FL (face lift) yang hanya ditukar reka bentuk mudah dan ditambah sedikit yang kemudiannya dijadikan sebagai model terkini mereka.

Realitinya mengenai harga, saya tidak boleh memberi anda anggaran yang tepat berapa banyak anda perlu membayarnya. Walaupun saya tahu betapa besar dapur anda, saya masih tidak tahu jenis kayu yang anda mahukan, atau samada anda ingin mendapatkan keluli tahan karat, kaca, dan lain-lain.

Semua faktor-faktor ini mempunyai impak yang besar kepada harga kabinet dapur yang akan anda bayar. Walau bagaimanapun, apabila anda menggunakan tips di atas, tidak kiralah di mana anda membelinya, anda sudah tahu bahawa anda mampu mendapatkannya dengan kos minimum dan berjimat sebaik mungkin.

Leave a Comment