Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion untuk PKS Mikro

Geran Khas PRIHATIN untuk PKS Mikro – Pakej PRIHATIN Tambahan, Geran Khas PRIHATIN sebanyak RM2.1 bilion untuk bantu semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

Bagi menangani impak kewangan yang melanda syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah bersetuju menerusi pembentangan Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) oleh Perdana Menteri, untuk mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion.


Geran Khas RM3,000 untuk PKS Mikro

Melalui inisiatif geran tersebut, sebanyak RM3,000 disediakan oleh kerajaan untuk setiap syarikat mikro. Geran Khas ini bakal memberi manfaat kepada hampir 700,000 PKS mikro di seluruh Malaysia.

Syarat Kemudahan Geran Khas PRIHATIN

Untuk melayakkan PKS Mikro memperolehi dan menikmati kemudahan ini, PKS mikro haruslah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerajaan akan mengambil dan mengumpul data untuk Geran Khas Prihatin melalui senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Di bawah rakaman video sedutan ucapan Perdana Menteri mengenai Geran Khas PRIHATIN untuk PKS Mikro yang diumumkan pada 4 petang 6 April 2020.

TERKINI: KEMASKINI 1 MEI 2020

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://gkp.hasil.gov.my

Maklumat lanjut mengenai kaedah bagaimana Geran Khas PRIHATIN ini disalurkan serta butiran lanjut permohonan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

11 thoughts on “Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion untuk PKS Mikro”

  1. Assalammualaikum sy zarina Dr bkt Sentosa Rawang Selangor ibu tunggal anak 3 nak mohon geren prihatin utk pnjaje kecik RM 3000 krn hilang sumber pndapatan sjak PKP mule

    Reply
  2. Sy adalh peniaga kecil antara yg sgt terkesan pkp covid dan tak sempat mohon utk geran khas perihatin,lesen perniagaan sy br dpt ambik Dr pihak berkuasa tempatan setelah tamat tempoh utk memohon

    Reply

Leave a Comment