Cerita rakyat Melayu – Koleksi cerita rakyat kaum Melayu

Cerita rakyat Melayu – Koleksi cerita rakyat kaum Melayu. Kali ini perkongsian mengenai cerita masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak cerita-cerita ini lebih kepada klasik yang berkisar cerita pahlawan (contoh: Hang Tuah), legenda (contoh Mahsuri), atau jenaka (Pak Pandir). Cerita-cerita ini sama ada disampai secara lisan ataupun bertulis, cerita yang panjang pun ada, pendek pun ada.

Jadi macamana nak dapatkan koleksi cerita rakyat Melayu ni? Kebiasaannya ianya mudah dan boleh dapati daripada kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, dan lain-lain.

Selain daripada itu, anda juga boleh cari melalui internet sahaja. Macamana caranya tu? Mudah saja, anda buka pelayar web dan pergi ke halaman Google Book dan taip apa sahaja tajuk buku atau genre yang anda suka, nanti di keputusan laman carian akan paparkan senarai buku-buku yang berkaitan dengan katakunci pencarian anda. Ikut langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Pergi ke https://books.google.com.my/
Langkah 2: Masukkan tajuk, pengarang, ISBN, atau kata kunci pilihan anda di kotak kosong halaman tersebut dan klik butang “Search Book”.

Cerita rakyat Melayu


Antara tajuk-tajuk yang popular cerita rakyat melayu yang boleh anda dapati daripada Google Books adalah seperti berikut:

  • Pelanduk Berani Negeri Terbilang Melaka 1 Siapa Lebih Bijak? ~ Kedah
  • Awang yang Lurus ~ Perlis
  • Asal Usul Pekan Teluk Sengat ~ Johor
  • Pekasam Mata Harimau ~ Selangor
  • Tuan Puteri Si Helang Bakau ~ Johor
  • Tempua Bersarang Rendah ~ Nasional
  • Seuncang Padi ~ Pahang
  • Gajah Bermata Kecil ~ Negeri Sembilan
  • Bayagong ~ Sabah
  • Si Luncai dengan Labulabunya ~ Nasional
  • Tuk Raja Bertemu Taring ~ Terengganu
  • Padi Berbuah Emas ~ Selangor
  • Tersalah Tangkap ~ Nasional
  • Kurakura di Kubang Emas ~ Kelantan
  • Asal Nama Kuala Kangsar ~ Perak
  • Angin dari Gunung ~ Sabah
  • Puteri Tupai ~ Nasional
  • Batu Penyu ~ Terengganu
  • Kerana Budi ~ Melaka

Senarai ini saya dapat daripada 366 cerita rakyat Malaysia, siap dikategorikan mengikut negeri-negeri di Malaysia.


Buat pengetahuan anda, daripada Google Books, ada di antara buku sesetengahnya dapat dibaca separuh sahaja kerana dijual dan ada juga yang boleh dibaca lengkap keseluruhan cerita. Jadi sebelum baca sila scroll dulu sehingga ke bawah untuk pastikan samada buku online yang anda baca tu lengkap atau tidak.

Di bawah ini saya masukkan salah satu buku berkaitan yang saya perolehi hasil pencarian di Google Books. Ia boleh terus di baca di halam ini.

Bahan bacaan seperti ini bagus dibaca kerana ada unsur-unsur pengajaran di akhir ceritanya. Saya sendiri dulu selalu beli buku-buku cerita jenis macam nie sebelum saya terjebak dengan arena bacaan komik (ahaha).

Baiklah, sekadar itu dahulu perkongsian bertajuk Cerita rakyat Melayu kali ini, kita berjumpa dengan perkongsian seterusnya dari Afiffuddin.com nanti. Sekian.



Leave a Comment