Cara semak baki akaun CIMB Online – Sebelum ini saya ada kongsikan kepada anda cara bagaimana untuk semak atau cek baki akaun Maybank, kali ini saya akan kongsikan pula tips yang sama cuma berbeza platform bank iaitu CIMB.
Kepada anda baru membuka akaun bank, anda tidak boleh terus untuk membuat semakan baki duit secara online melainkan anda membuat pendaftaran terlebih dahulu. Pendaftaran CIMB online account ini mudah sahaja, pertamanya anda perlu ke mesin ATM untuk masukkan nombor telefon bimbit anda dan sahkan, kemudian baru anda boleh membuat pendaftaran online. Satu code akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda untuk disahkan. Kemudian anda sudah boleh login akaun CIMB anda.
Tentang cara bagaimana mendaftar akaun CIMB online saya tidak dapat kongsikan selengkapnya kecuali secara ringkas seperti yang telah saya terangkan dalam perenggan di atas, bagi memudahkan lagi proses pendaftaran anda saya nasihatkan agar anda daftar terus di cawangan CIMB tempat anda buka akaun, di sana ada disediakan komputer untuk pelanggan daftar secara online. Selalunya selepas pelanggan baru buka akaun pihak bank akan suruh daftar terus online bank in. Tetapi kepada anda yang ter’skip’ atau terlepas pandang oleh pihak bank, sila minta bantuan staff mereka untuk melakukan pendaftaran.
Ok, kita kembali kepada tajuk asal iaitu cara melakukan semakan baki akaun CIMB online. Melalui tutorial ini saya anggap anda sudahpun selesai mendaftar akaun dan sudah boleh login. Ikut langkah di bawah berikut untuk melakukan semakan.
Langkah 1:
Pergi ke Google.Com dan search kata kunci “CIMBClicks”. Selalunya bila anda taip di ruangan kosong kotak carian ia secara automatiknya akan terus membawa anda ke laman keputusan carian. Kemudian klik link CIMB atau boleh klik pautan pantas ini: https://www.cimbclicks.com.my/. Rujuk gambar di bawah.
Langkah 2:
Sekarang sepatutnya anda berada di halaman web CIMB Malaysia, sekiranya masih belum, mungkin anda sedang alami kelambatan internet. Di halaman CIMB, untuk login akaun anda sila klik butang “Login” berwarna merah di sebelah kiri atas seperti gambar ini:
Langkah 3:
Masukkan Username/ID anda. Pastikan anda ingat ID nama pengguna tersebut.
Langkah 4:
Masukkan katalalauan anda. Pastikan ianya katalaluan yang betul, jika tidak lihat ‘hint’ gambar di atas kotak katalaluan untuk anda refresh kembalikan ingatan anda.
Langkah 5:
Sekiranya Username dan Katalaluan anda sepadan seperti dalam maklumat yang telah anda daftarkan, maka anda akan berjaya ke halaman akaun CIMB anda. Di muka pertama akaun CIMB anda itu juga dipaparkan baki akaun semasa anda. Namun sekiranya anda mempunyai lebih dari satu akaun maka baki yang dipaparkan hanyalah daripada akaun UTAMA anda. Untuk melihat baki kesemua akaun-akaun CIMB anda sila klik pada bar pilihan: My Accounts > View All Accounts.
Langkah 6:
Di halaman ini akan memaparkan kesemua akaun anda beserta rekod transaksi. Pilih mana-mana akaun untuk melihat butiran dan sejarah transaksi keluar masuk wang beserta baki terkini.
Kesemua langkah-langkah beserta gambar yang admin kongsikan di atas boleh juga dilihat melalui video Youtube yang saya buat khas di bawah:
Setelah anda berpuas hati melihat baki akaun anda, melalui akaun CIMB Clikcs anda juga boleh melakukan pembayaran bil, topup kredit handphone tanpa perlu ke kaunter yang berkenaan. Mudah bukan?
Perlu anda ketahui juga bahawa CIMB Clikcs seringkali melakukan pembaikpulihan sistem mereka setiap hari sekitar pukul 11.45 malam sehingga 12.45 pagi. Jadi dalam masa itu anda tidak akan dapat login akaun anda, nasihat admin sekiranya anda ingin melakukan apap-apa transaksi online sila buat sebelum atau selepas masa berkenaan.
Setakat ini dahulu tips serta tutorial mengenai Cara semak baki akaun CIMB Online. Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda. Sekian.