Cara nak semak baki akaun Maybank – Artikel ini khas untuk anda yang baru sahaja dapat daftar akaun online Maybank. Manakala kepada anda yang masih belum, sila lakukan pendaftaran terlebih dahulu.
Bauiklah, untuk tutorial ini saya anggap sahja akaun online anda sudah pun didaftarkan, jadi sekarang bagaimana pula cara nak semak baki akaun Maybank tersebut? Kepada anda yang pertama kali menggunakan sistem Maybank2u akan sedikit kekok menggunakannya, tetapi jangan risau, saya sendiri pun pernah mengalami pengalaman pertama kali menggunakannya. Tambahan pula pada waktu itu (sekitar tahun 2010) tidak ada tutorial online seperti masa sekarang. Tambahan pula bagi tahun 2018, Maybank sudah melakukan kemaskini terbaru laman web mereka.
Sebagai langkah alternatif agar anda tidak mengalami kesulitan seperti saya maka di bawah ini saya tunjukkan langkah-langkahnya beserta dengan gambar tentang cara semak baki akaun Maybank supaya dapat memudahkan anda untuk memahaminya.
Sila ikuti langkah demi langkah macamana nak cek duit dalam maybank secara online:
Langkah 1:
Login akaun anda di https://www.maybank2u.com.my/ menggunakan nama dan katakunci pendaftaran sebelum ini. Pastikan anda ingat frasa keselamatan serta gambar yang telah anda tetapkan sebelum ini adalah sama. Klik YES jika anda yakin ianya adalah pilihan yang betul.
Langkah 2:
Setelah anda berjaya login, di muka hadapan halaman akaun anda akan memaparkan maklumat Saving Account dengan baki semasa. Untuk melihat maklumat terperinci seperti transaksi keluar masuk wang. Klik pada tanda yang ada 3 titik kemudian klik View Detail. (Rujuk gambar di bawah)
Langkah 3:
Sepatutnya sekarang sudah berada di halaman Account Details (gambar di bawah) yang memaparkan maklumat akaun anda yang lebih lengkap seperti current balance, One-day float, Two-day float, dan Late clearing/Outstation cheque float. Melalui halaman ini juga anda boleh semak sejarah transaksi keluar masuk duit melalui akaun anda samada transaksi hari ini atau sebelum ini yang terletak di bahagian bawah halaman yang sama.
Anda juga boleh muat turun penyata akaun anda melalui pautan View Statement
Penerangan:
M2U History: Sejarah transaksi keluar masuk secara online.
Today’s Transaction: Aktiviti transaksi yang dilakukan hari ini samada online atau offline.
Transaction History: Sejarah aktiviti masa lepas yang pernah dilakukan samada secara online (contoh: transfer duit) atau offline (ATM transfer)
Sekarang anda sudah tahu bagaimana cara untuk melakukan semakan baki akaun Maybank anda. Anda boleh terus logout dari akaun anda atau melakukan transaksi seperti penghantaran wang secara online ke akaun lain, topup handphone anda, bayar bil dan sebagainya melalui Maybank2u. Proses-prose semua tu jika ada masa saya akan kongsikan pada post yang akan datang.
Sekiranya anda masih tidak jelas melalui penerangan bergambar di atas, boleh juga rujuk video yang saya buatkan ini: https://www.youtube.com/watch?v=vOpRN-1MBK0
Semoga maklumat melalui artikel Afiffuddin.com kali ini dapat membantu urusan online anda dengan Maybank2u. Sekian.