Buat duit dengan affiliate – Artikel Pertama tentang Affiliates

Sebenarnya sudah banyak kali saya sebutkan dalam artikel lepas tentang affiliate. Namun hanya sekadar sebutan bersama dengan program-program jana wang online yang lain. Saya sendiri sebenarnya tidak menghitung pun berapa kali perkataan affiliate yang telah saya sebut dalam artikel-artikel saya sebelum ini. Perlukah saya kira? Untuk blog ini, saya tidak kisah, tetapi ketika saya mengkaji blog orang lain, memang saya kisah dan ambil peduli. Kalau boleh saya ingin tahu berapa kali dia tulis perkataan affiliate berbanding perkataan lain. Kenapa saya kaji? Itu anda fikir sendiri atau kita bincangkan kemudian.

Pakar sangatkah saya ni dalam bidang affiliate sehingga nak tulis-tulis mengenai buat duit dengan affiliate? Jawapnya jika tunggu sampai saya jadi pakar atau dengan gelaran lain iaitu OTAI, yang memang bukan itu tujuannya dan entah bila, maka sehingga kini saya tidak berkongsi tentang topik ini, tambahan pula ilmu affiliate ini luas. Terdapat macam-macam teknik yang boleh digunakan untuk buat dan promosi affiliate. Saya berkongsi pengetahuan dalam masa yang sama saya belajar juga.

Sebelum saya terlanjur menceritakan pengalaman saya menjana wang dengan affiliate, terlebih dahulu saya mahu menerangkan secara ringkas apa itu affiliate berdasarkan pemahaman saya sendiri. Affiliate jika di dalam Bahasa Melayunya bermaksud “ejen jualan”. Eh, ejen ke agen? Sebenarnya “Agen Jualan”. Ini bermakna anda menjadi agen menjual produk barangan orang lain, bukan barangan sendiri, yang kemudiannya diberi komisyen untuk setiap jualan yang anda hasilkan. Sebagai contoh: Jika Produk A harganya RM100 dan anda menjadi agen jualan, maka sekiranya anda dapat menjual Produk A tersebut, maka anda akan dibayar komisyen seperti yang telah ditetapkan. Jika komisyen adalah sebanyak 50% maka, anda akan dibayar sebanyak RM50.

Bila disebut sahaja agen jualan, mesti anda terbayang, sesorang yang berpakaian kemas datang kerumah anda mempromosi barang seperti penapis air bukan? Hehe, itu juga dipanggil agen jualan. Tetapi agen jualan yang saya maksudkan ini konsepnya berlainan sedikit. Anda tidak perlu pergi dari rumah ke rumah untuk promosi produk. Agen jualan yang saya maksudkan ialah agen jualan secara online melalui affiliate. Sebagai persediaan apa yang anda perlukan ialah anda cuma perlu mempunyai sebuah komputer atau telefon pintar yang mempunyai sambungan akses internet sahaja untuk memulakan aktiviti affiliate anda.

Kemudian anda perlu mencari tips-tips buat duit dengan affiliate untuk mempelajari selok-belok menjana wang dengan cara yang betul dengan affiliate seperti artikel ini. Terdapat banyak sebenarnya maklumat tentang affiliate dalam internet. Cari saja di enjin pencarian Google, hasilnya berjela-jela maklumat tentang cara buat duit dengan program affiliate yang akan anda jumpa. Cuma masalahnya, adakah teknik-teknik yang mereka ajarkan itu betul-betul berhasil? Maksud saya, mungkin berhasil untuk mereka pada waktu tertentu, namun untuk anda belum tentu, dan mungkin mengambil masa yang lebih lama. Selain itu, adakah teknik-teknik itu masih releven atau boleh diguna pakai untuk masa sekarang? Dari satu artikel anda baca dan praktik tetap tak berhasil juga, dan akhirnya membuang masa anda begitu sahaja.

Jadi untuk mengelakkan hal seperti di atas berlaku ke atas diri anda, saya sarankan anda mengambil jalan selamat. Dapatkan panduan yang benar-benar berbaloi yang dapat ‘skip’kan masa anda. Kemudian melalui panduan tersebut, anda terus praktikkan untuk mendapatkan hasil pertama dari affiliate. Jika anda melihat di sidebar sebelah kanan blog saya, ada beberapa banner panduan affiliate yang boleh anda dapatkan. Namun, untuk artikel ini saya sarankan anda supaya mendapatkan panduan usahawan affiliate daripada seorang rakan IM saya (saya rekemen sendiri nih) iaitu Rahsia Income Affiliate. Panduan tersebut anda boleh mendapatkan di SINI atau melalui banner di bawah.

Untuk memberi semangat kepada anda buat duit dengan affiliate, seperti biasa di dalam artikel-artikel saya sebelum ini, dalam artikel ini juga saya selitkan beberapa komisyen atau pendapatan yang pernah saya perolehi daripada program Affiliate. Motifnya? Sebagai motivasi buat anda agar percaya dan yakin bahawa memang boleh buat duit dengan affiliate.

buat duit dengan affiliate

buat duit dengan affiliate

Di bawah ini pula antara komisyen affiliate yang bakal saya terima dalam sedikit masa lagi.

buat duit dengan affiliate

Baiklah, jadi setakat ini dulu artikel saya tentang buat duit dengan affiliate. Jangan lupa untuk dapatkan Pakej Usahawan Affiliate sekiranya anda betul-betul ingin menjana wang dengan affiliate seperti saya bahkan lebih baik daripada saya, insya-Allah. Sekian.

PS: Tiada apa ingin saya tulis di dalam baris akhir ini, hanya serangkap kata; “Saya doakan agar anda berjaya menjana wang di internet”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *