Metered Earnings Nuffnang Pertama Afiffuddin.Com

Metered Earnings Pertama Afiffuddin.Com – Yosh! Alhamdulillah.. akhirnya blog Afiffuddin.Com berjaya mendapatkan metered earning pertama daripada Nuffnang. Buffered Earnings Afiffuddin.Com pula sampai sekarang baru dapat 4 buffered earning. Hehe, gembira betul saya. Teknik Rahsia Buffered Earning Nuffnang sebelum ini berjaya!! Saya guna Pendapat ke-3, ke-5, dan ke-6. Anda boleh baca artikel saya pasal Buffered Earning Nuffnang di SINI.

Baiklah, kat bawah ni saya letak gambar buffered earning pertama dari Nuffnang yang baru saya dapat. Saya masih tunggu lagi satu blog “traffic tinggi” saya untuk dapat Buffered Earning dan Metered Earning. Entah bila bleh dapat tak tahu. Mungkin saya belum praktik pendapat ke-6 lagi kot. Saya nak tunggu dulu 1 bulan, pastu kalau tak dapat juga baru saya guna pendapat ke-6 untuk blog “traffic tinggi” saya tu. Jangan tanya blog saya apa, rahsia beb.. hehehe!

metered earning nuffnang pertama

Cuma bahagian dekat Metered Earning tu ada kolum Start Date 19 Sept 2011 tu saya tak berapa faham. Saya boleh dikatakan hari-hari jugalah semak akaun Nuffnang, nak tengok statistik dan earning. Earning memang dikemaskini 1 minggu sekali, cuma nak tengok bahagian Buffered Earning dan Metered Earning. Ada sesiapa boleh jelaskan pada saya? Ermm.

Tentang cara nak dapat metered earning Nuffnang nie yang pastinya anda mestilah berstatus Glitteri. Selain tu anda mesti dapat Buffered Earning dulu baru dapat Metered Earning. Selalunya macam tu lah. Cara yang lain saya tak pasti. Traffic tinggi pada saya tak jadi masalh samada tinggi atau rendah, sebab blog traffic rendah saya yang lain pun dapat juga Buffered dan Metered earning. Rendah tu iaitu bawah 10 pelawat setiap hari.

Saya rasa setakat itu dulu perkongsian saya kali ini. Jika ada lagi Metered Earning saya update kemudian, insya-Allah. Saya dalam sebulan ni sibuk sikit dengan study dan blogging lain. Nak update blog Afiffuddin.Com pun jarang. Maaf lah ya kepada pelawat setia blog saya (ada ke?) sebab lama tak update entry baru. Ok, kepada anda yang masih belum dapat metered earning boleh try teknik dan petua-petua rahsia buffered earning yang saya tulis aitu. Rujuk pautan kat perenggan pertama atas.

Sekian.

PS: Saya baru saja langgan TheBestSpinner, selalunya harga USD77 setiap tahun, sekarang dia ada offer USD47 setahun, hari ini 7 Oktober hari terakhir offer tu! Terbaik! Lepas nie saya nak post banyak-banyak dalam blog-blog niche English saya. Traffic dan link dah hidup kat search engine. Hehe! Tunggu review saya pasal software the best spinner nie nanti. Belum cuba lagi macamana nak review.. hehe!

Leave a Comment