Tips Elakkan Facebook di Hack

tips elakkan facebook di hack

Tips Elakkan Facebook di Hack atau Godam – Bagaimana cara untuk elakkan FB kita dari dihack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Salam sejahtera, hari ini saya nak kongsi mengenai aktiviti Facebook, ramai yang selalu update mengenai kenaikan harga emas di Facebook, sedikit sebanyak menggugat keimanan saya untuk membuat pelaburan emas pula, hehe.. insya-Allah akan tiba masa. Tapi bukan pasal emas yang hendak saya ceritakan kali ini tetapi mengenai tips elakkan Facebook di hack. Sejak 2 bulan kebelakangan ini banyak berlakunya aktiviti hack aka godam di Facebook. Tips ini adalah yang terbaru saya temui apabila saya terlihat satu post daripada rakan Facebook, lantas terlintas di fikiran untuk kongsikan dengan mengikut tips rakan saya yang berkenaan.

Untuk perkongsian ini, kalau saya tulis tutorial ianya ringkas sahaja, dan mudah untuk dibuat. Oleh sebab saya suka letak gambar dalam artikel, maka saya crop terlebih dahulu gambar yang berkaitan. Saya juga ada buat video mengenai tajuk ini. Lagipun video yang saya buat bukan saja-saja atau membuang masa, ada kelebihan dari segi Optimasi Enjib Carian (SEO) dan kemasukan pelawat terutamanya. Saya lebih suka artikel yang walaupun nampak ringkas tetapi padat dan berisi dari segi berkualiti. Baiklah, saya potong di sini.. nanti lain yang sepatutnya dicerita, lain pula yang saya taip.. haha.

Tips elakkan Facebook di hack

Tips terkini elakkan Facebook anda daripada mudah untuk di Hack iaitu dengan tukar http ke https acc Facebook anda. Mari kita lihat tutorial di bawah nie:

tips elakkan facebook di hack

Berpandukan gambar di atas anda hanya perlu ikut langkah-langkah mudah ini:

1. Pergi ke -> Tetapan Akaun (Account Settings) di sebelah kanan atas.
2. Kemudian pilih Keselamatan (Security)
3. Lihat pada baris pertama perkataan tertulis Secure Browsing dan klik link Edit di sebelah kanannya.
4. Tandakan Right dalam kotak Browse Facebook on a secure connection (https) when possible dan klik butang Simpan (Save Changes).

Ok, siap.. sekiranya anda tidak faham dan rasa langkah-langkah di atas amat rumit untuk diikuti, sila lihat video yang saya rakamkan khas untuk anda, insya-Allah akan mudah difahami. Video ni panjangnya dalam 1 minit 30 saat sahaja.

Sekiranya melalui video itu pun susah untuk anda fahami, sila ikut tutorial mudah tentang bagaimana nak delete terus tanpa balas kasihan akaun Facebook anda itu dengan secepat mungkin. Hehehe.

Baiklah, sekiranya anda sudah berjaya maka sekarang URL facebook anda sepatutnya sudah bertukar daripada http:// ke https:// yang membawa maksud more secure atau lebih selamat! Ada effect juga nak guna macam kalau anda suka main aplikasi games, nanti masa buka aplikasi tu nanti akan keluar tab kecil bertanya sama ada nak terus masuk aplikasi tersebut atau tidak. Hal ini berlaku kerana fungsi aplikasi itu sendiri yang tidak menetapkan setting Secure URL Tab dalam developer. Sekiranya ia ditetapkan maka tidak akan keluar tab seperti itu. Apabila keluar tab amaran seperti itu anda boleh cancel atau bermain aplikasi tersebut dengan klik pada butang “continue”. Biasalah, bila dah secure ala darurat nie nak buka link pun nanti dia akan tanya. Bagusla terutamanya kepada mereka yang suka sangat klik link bukan-bukan dalam Facebook tu.

tips elakkan facebook di hack godam

Itu baru satu cara, ada banyak lagi cara nak bagi secure terutamanya privacy maklumat kita di Facebook, bab tu nantilah ada masa saya kongsikan lain kali, tips nie saja pun saya rasa dah agak panjang. Apapun, ikut dulu tips yang diberikan ini. Jadi sekian dahulu penerangan dan perkongsian artikel mengenai tips elakkan Facebook di hack. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *