Home Makanan & Minuman Resepi Nasi Minyak Mudah & Simple

Resepi Nasi Minyak Mudah & Simple

by Admin
resepi nasi minyak

Resepi Nasi Minyak Mudah & Simple – Perkongsian Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Simple. Jom praktikkan resepi nasi minyak ini.

Sebenarnya untuk membuat nasi minyak tidak sesukar yang disangka, dengan berpandukan resepi ini akan membantu anda memasak dengan mudah, selamat mencuba.

Masa penyediaan: 15 MInit
Masa memasak: 60 Minit


BAHAN KEPERLUAN

  • 4 cawan beras Basmathi
  • 6 cawan air
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 4 biji bawang putih dihiris/ditumbuk
  • 1 cawan susu cair Ideal
  • 100 ml minyak sapi untuk menumis
  • 2 helai daun pandan
  • Rempah tumis secukup rasa
  • Pewarna kuning secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kismis kuning, bawang kering dan gajus sebagai hiasan


CARA PENYEDIAAN/MEMASAK

  1. Beras hendaklah dicuci dan direndam selama 10 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
  3. Panaskan periuk, didihkan air. Masukkan bahan yang ditumis (dengan minyak sekali) ke dalam periuk. Kemudian masukkan juga beras Basmathi, garam secukup rasa dan daun pandan.
  4. Masak sehingga nasi menjadi kering dan hampir masak, kemudian masukkan pula susu cair. Biarkan sampai masak.
  5. Bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3 bahagian. Kemudian gaulkan dengan perlahan.
  6. Hidangkan dengan hiasan kesukaan Anda.

Mudah dan simple saja kan? Jangan lupa cuba nanti.

PAUTAN RESEPI NASI MINYAK


Related Articles

Leave a Comment