Home Makanan & Minuman Resepi Nasi Goreng Mudah

Resepi Nasi Goreng Mudah

by Admin
resepi nasi goreng mudah

Resepi Nasi Goreng – Perkongsian Resepi Nasi Goreng Mudah, Simple dan Cepat. Jom praktikkan Resepi Nasi Goreng Mudah hari ini.

Perkongsian resepi kali ini adalah berkaitan dengan makanan asasi rakyat Malaysia iaitu nasi. Ya, nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia yang dimakan setiap hari.

Nasi Goreng adalah salah satu daripada resepi nasi yang terkenal yang sering menjadi kesukaan ramai tanpa mengira usia dan peringkat umur. Hal ini kerana cara membuat Nasi goreng adalah mudah dan cepat.


RESEPI NASI GORENG

Melalui artikel ini admin akan kongsikan resepi nasi goreng mudah yang sesuai dimakan untuk 2 orang makan. Jadi kalau nak goreng untuk 3-4 atau lebih, anda boleh tambahkan kuantiti bahan-bahan. Ok, mari kita mulakan.

Untuk memasak apa jua masakan, perkara penting adalah penyediaan bahan, jika tiada bahan nanti masakan kurang ‘umph’. Apapun usah risau, kerana bahan untuk resepi nasi goreng mudah ni tidaklah banyak.

BAHAN-BAHAN RESEPI NASI GORENG

  • 1 1/2 sudu makan, cili kering yang ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh belacan (pilihan)
  • 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh
  • Sayur-sayuran (pilihan), sawi atau kangkung
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk menumis
  • Nasi putih yang telah ditanak


CARA MEMASAK NASI GORENG

  1. Tumbuk satu persatu bahan masakan bermula dengan cili kering, bawang merah, bawang besar, belacan dan ikan bilis. Ikan bilis cukup ditumbuh sekadar untuk melembutkan saja.
  2. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali, tumis sehingga naik bau dengan api sederhana. Masukkan nasi putih yang diramas lembut supaya berderai dan bercampur bersama sayur pilihan anda.
  3. Untuk masukkan telur, terlebih dahulu buatkan lubang di bahagian tengah nasi dan pecah kan telur ke dalamnya. Tunggu ia masak dan kemudian gaulkan dengan nasi.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, sesuaikan dengan rasa nasi goreng anda dan tadaa! nasi goreng anda sudah siap untuk dihidangkan.

Fuh, sambil kongsi resepi nasi goreng ni pun dah terliur. Jadi setakat ini dahulu, admin nak gi masak nasi goreng. Hehe.

PAUTAN RESEPI NASI GORENG


Related Articles

Leave a Comment