Home Makanan & Minuman Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

by Admin
resepi kuih seri muka pandan

Resepi Kuih Seri Muka – Perkongsian terkini Resepi Kuih Seri Muka. Aplikasikan resepi kuih seri muka ini untuk jadikan juadah di meja makan anda sekeluarga.

Kuih Seri Muka merupakan salah satu kuih tradisional Malaysia. Kuih ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, tambahan pula jika Kuih Seri Muka yang ‘kena gaya’ dimana stuktur pulutnya yang lembut dan lapisan santannya pula berlemak manis berkrim, pastinya mendatangkan kepuasan hati yang tak terkata. Satu sahaja pasti tidak cukup, bahkan kalau tinggal baki saja pun membuatkan penggemarnya menjilat jari.


Ramai di kalangan peminat Kuih Seri Muka ini kalau boleh nak belajar buat sendiri, usah khuatir kerana melalui artikel ini ada dikongsikan cara mudah untuk membuatnya melalui Resepi Kuih Seri Muka Simple!

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan Lapisan Bawah (Pulut)

  • 2 cawan beras pulut – dibasuh bersih
  • 1 cawan perahan santan
  • 1 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan bersesuaikan ikut tahap manis tersendiri)
  • 1/2 cawan air kisaran daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK


(Rujuk juga gambar di atas)

  1. Cara menyediakan lapisan bawah kuih seri muka:
    • Satukan kesemua bahan lapisan bawah ke dalam loyang yang bersesuaian dan gaul hingga rata. Kemudian kukus selama 20 minit.
    • Setelah pulut masak, tekan pulut sehingga padat.
  2. Penyediaan lapisan atas:
    • Campurkan semua bahan untuk lapisan atas dan kacau hingga sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  3. Tapis adunan lapisan atas dan tuang ke atas pulut (lapisan bawah). Kukus sekali lagi selama 30 hingga 40 minit.
  4. Sejukkan seketika kuih. Kuih Seri Muka anda sudah sedia dimakan, sila dipotong ikut saiz yang sesuaian sebelum dijamah.

Selamat menjamu selera..

PAUTAN RESEPI KUIH SERI MUKA


Related Articles

Leave a Comment