Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Alhamdulillah, kelmarin saya berjaya habiskan final exam dengan jayanya. Maka nya hari ini saya ada lebih masa lapang, jadi awal-awal lagi lebih kurang pukul 9:30 pagi tadi saya keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan penting, sampailah pada pukul 9:30 malam saya balik barulah saya dapat buat karangan artikel ini untuk berkongsi sesuatu bersama Anda. Antara urusan yang saya lsayakan siang tadi ialah ambil duit dari Adsense di Western Union melalui cawangan Bank Rakyat, Mergong, Alor Setar.

Lepas saya dapat duit Adsense tu, sebelum saya pergi buat urusan seterusnya saya belek-belek kejap flyers atau pamplet yang ada di bank tersebut bertujuan untuk mengetahui maklumat terkini tentang Bank Rakyat, mana tahu ada offer best ka, hehe. Dalam banyak-banyak pamplet yang saya ambil tu, antara yang menarik perhatian saya adalah pamplet yang berkaitan dengan tajuk artikel saya nie iaitu pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Pamplet yang saya maksudkan ialah 2 pamplet yang berkaitan dengan skim pinjaman iaitu MUsk (Skim Pembayaran MIKRO-i) dan Aslah (Pembiayaan Peribadi-i 1Aslah). Oleh sebab penerangan 2 pamplet nie ringkas sangat dan saya tengok macam sama saja sebab tak terang mana satu pinjaman peribadi, maka saya pun sambil mengerut dahi terus ke kaunter untuk bertanya untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan.

Antara soalan yang saya tanya:

1) Yang mana satu pamplet pinjaman peribadi?
2) Apa beza antara dua pamplet nie, Aslah dan Musk?
3) Ada tak jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat yang full version punya?

Menurut Puan (saya tak tau nama dia) yang jaga kaunter pertanyaan tu, kalau pamplet pinjaman peribadi tengok yang Islah punya. Beza antara pamplet 2 pamplet tu, kalau yang Musk tu untuk pinjaman perniagaan, manakala yang Aslah tu macam yang saya baru gitau tadi lah, untuk pinjaman peribadi.

Lebih kurang 5 saat saya belek pamplet Aslah, kemudian saya minta jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat yang lengkap punya, sebab macam yang saya kata tadi, ringkas sangat, kat bawah ni saya saya letak gambar pamplet Aslah tu kedua bahagian depan belakang.

pinjaman peribadi bank rakyat

Kemudian Puan tu pun selak kertas yang bertimbun di sebelah kirinya mencari jadual yang saya minta tu ambil sehelai kertas ukuran A4 dan berikan kepada saya. Haa!! Yang nie baru betul, jelas pemandangan terbuka pemikiran. Dalam kertas nie di bahagian depan siap ada penerangan pakej-pakej Aslah lagi, kalau pampet memang tak ada. Di bahagian belakang kertas tu pula adalah jadual yang saya minta tadi, lebih detail dari jadual pamplet. Walaupun penerangan yanag diberikan atas kertas biasa sahaja, cuma hitam putih tiada warna seperti pamplet dalam gamabr di atas tu, ianya boleh dikatakan lengkap.

Terdapat 3 Pakej Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat 1Aslah (Personal Loan Bank Rakyat) yang menarik ditawarkan:

1. ASLAH MEGA
2. ASLAH PLUS
3. ASLAH PRIMA

Setiap pakej nie ada kelebihan masing-masing khas bagi memenuhi keperluan pelanggan. Ketiga-tiga pakej ini masing-masing menerangkan tentang ciri istimewa, tempoh bayaran, kelayakan, cara bayaran balik dan lain-lain maklumat lagi. Saya terang secara ringkas sahaja tentang maklumat daripada kertas yang saya dapat tu, kalau anda nak yang detail lagi anda boleh download terus gambar kertas yang telah saya scan dan upload melalui pautan di bawah perenggan ini.

Pautan Download:

1. Pamplet depan belakang Pinjaman Peribadi Bank Rakyat:
Link download 1: ShareCash.
Link download 2: Ziddu.

2. Kertas A4 maklumat lengkap Aslah (depan) dan jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat (belakang):
Link download 1: ShareCash (Depan) + (Belakang)
Link download 2: Ziddu (Depan) + (Belakang)

Soalan terakhir yang saya tanya adalah tentang pinjaman perumahan Bank Rakyat. Puan tu kata, kalau yang tu memang tiada pamplet disediakan, kena jumpa pegawai yang bertugas aka orang atasan.

Kalau anda nak tanya saya lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi bank rakyat ni saya minta maaflah sebab yang saya tahu sekadar apa yang tahu sahajalah daripada pertanyaan saya di kaunter dan daripada pamplet. Jadi untuk pertanyaan terperinci dan terkini saya sarankan anda pergi ke kaunter Bank Rakyat. Baiklah, saya rasa setakat itu dulu, saya nak sambung buat artikel lain pulak. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat Anda yang membaca. Sekian.

Leave a Comment