Penanaman Cili

Penanaman Cili (Chilli Cultivation) – Informasi tentang penanaman cili di Malaysia. Ketahui teknik penanaman cili melalui perkongsian artikel di bawah.

Terdapat dua pilihan untuk anda membuat keputusan tentang cara bagaimana hendak menanam cili anda sendiri; samada bermula daripada benih atau anak pokok.

Dalam siri penanaman cili ini terdapat tiga artikel yang saya akan kongsikan bersama anda, dan artikel pertama ini kita akan bermula pada peringkat yang paling awal dalam penanaman cili iaitu – memilih benih cili anda. Jika anda berhasrat untuk membeli anak pokok dan menanamnya maka anda perlu melangkau ke artikel kedua, Penyesuaian & Pemindahan Anak benih anda.

Isi Kandungan

Penanaman Cili

Mendapatkan Benih Cili

Terdapat dua sumber bagi anda untuk mendapatkan benih melainkan anda cukup bertuah kerana dapat hidup di lokasi di mana cili tumbuh liar. Saya akan membincangkan kedua-dua ini di bawah dan memberikan anda cadangan saya.

Ditanam Sendiri

Sumber pertama benih yang terlinta di fikiran semestinya daripada benih yang telah anda tanam sendiri, atau jiran anda.

Ini adalah cara yang betul dan boleh diterima pakai untuk mendapatkan benih anda selagi anda menetapkan jangkaan anda pada tahap yang betul, bermakna, anda tidak terlalu cerewet tentang cili jenis apakah yang anda akan tanam, apa yang penting anda berjaya mendapatkan benihnya.

Mengapa memilih sumber seperti ini? Sebabnya adalah kerana cili merupakan tumbuhan yang boleh tumbuh secara pendebungaan silang (cross-pollinators). Ini bermakna jika anda membawa benih komersial atau anak pokok dan tanam berhampiran antara satu sama lain, pokok-pokok ini pada mulanya memang akan mengeluarkan buahnya sebenar mengikut jenisnya untuk tahun pertama tetapi selepas itu, apa yang akan dihasilkan akan buah campuran daripada jenis cili berhampiran. Memang jarang sekali melihat pekebun mengasingkan sepenuhnya jenis cili untuk mengelakkan pendebungaan silang.

Walaubagaimanapun, jangan terus menganggap bahawa benih yang ditanam sendiri seperti ini tidak sesuai digunakan untuk anda. Jika anda mendapat benih daripada tumbuh-tumbuhan yang anda sendiri tanam atau daripada rakan anda, tanam sebahagian kecil daripada benih-benih tersebut kerana anda mungkin mendapat kepelbagaian tumbuhan hibrid (campuran) yang anda benar-benar suka!

Dihasilkan Secara Komersial

Benih yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat benih tumbuhan termasuk cili adalah lebih cenderung untuk tumbuh dengan identiti sebenar jenisnya kerana mereka mempunyai kepentingan dalam mengekalkan kemurnian genetik kultivar. Bagi tumbuhan bukan botani, kultivar merupakan tumbuhan yang ditanam dan telah dipilih dan diberikan nama yang unik kerana ia mempunyai ciri-ciri wajar yang membezakannya daripada tumbuh-tumbuhan lain yang serupa daripada spesies yang sama. Apabila dibiakkan ia tetap mengekalkan ciri-cirinya. Istilah umum untuk kultivar adalah pelbagai/aneka ragam.

Syarikat-syarikat benih menggunakan beberapa penambahbaikan tanaman yang sistematik dan teknik proses benih yang semakin meningkat yang melibatkan kepelbagaian penghasilan secara konsisten selama beberapa generasi sehinggalah ianya disahkan. Setelah disahkan terdapat proses dalaman yang ketat digunakan untuk memastikan ketulenannya itu tidak terancam oleh pendebungaan silang atau pencemaran dengan jenis benih yang lain sebelum ke peringkat pembungkusan.

Namun tiada peraturan khusus yang mengawal kualiti benih dan pensijilan dan terdapat perubahan ketara tentang konsep-konsep ini di antara negeri-negeri. Ini meliputi proses pensijilan yang ketat untuk mencadangkan garis panduan ‘amalan terbaik’ pembenihan berdasarkan amalan antarabangsa.

Hasil daripada kekurangan kekonsistenan ini menyebabkan anda mungkin mengalami beberapa kepelbagaian dalam kualiti benih dan kebolehpercayaan apabila membeli benih daripada pengeluar kecil kerana bermungkinan bahawa mereka tidak dapat atau tidak mahu memperkenalkan proses yang ketat ini untuk menjamin ketulenan kultivar. Jika anda ingin membeli dari pengeluar yang lebih kecil, itu tidak mengapa, memadai dengan libatkan pembelian berdasarkan pengetahuan dan perspektif yang anda ada. Buat pembelian dalam skala kecil terlebih dahulu dan uji kualitinya sebelum anda bertindak membelanjakan terlalu banyak wang anda untuk mendapatkan benih cili.

Penanaman Cili

Memilih Benih

Ok, saya anggap sekarang anda sudah mempunyai rumah benih pilihan anda sendiri dan anda tidak sabar-sabar untuk menanamnya. Ops, sebelum itu, langkah setapak ke belakang untuk beberapa ketika dan teruskan bacaan kerana ada satu ujian yang ketara boleh meningkatkan keputusan anda pada peringkat ini.

Dapatkan semangkuk air dan tuangkan semua benih yang anda cadang untuk tanam ke dalam air. Pusarkan dengan baik menggunakan jari anda untuk memecahkan ketegangan permukaan air dan pastikan bahawa ia tidak menghalang mana-mana benih daripada tenggelam.

Sekarang, mana-mana benih yang masih terapung adalah sangat tidak sesuai untuk ditanam kerana ianya tidak mungkin untuk bercambah, disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kecacatan dan kekurangan embrio atau kernel. Buang benih-benih yang terapung dan kemudian tuangkan bakinya ke dalam penapis untuk menghilangkan air. Sekarang periksa benih, (dengan menggunakan kanta pembesar jika anda ada), dan buang mana-mana benih yang kelihatan terlalu kecil, cacat atau rosak.

Faktor Percambahan Biji Benih

Walaupun dengan keadaan yang bagus sekalipun, percambahan biji benih cili boleh menjadi satu proses yang lambat tidak teratur. Hasil daripada perkongsian pengalaman daripada kedua-dua pekebun kecil dan besar anda boleh menjangkakan percambahan boleh mengambil masa satu hingga enam minggu, walaupun di kawasan tropika. Peringatan yang ingin saya beritahu kepada anda di sini adalah; jangan menyerah terlalu awal pada benih anda.

Sama seperti kebanyakan tumbuhan lain, biji cili memerlukan kehangatan, oksigen, dan kelembapan sebelum percambahan berlaku.

Di bawah, saya bincangkan beberapa faktor-faktor lain yang boleh membantu anda meningkatkan kadar kejayaan penanaman biji benih cili anda:

  • Suhu Persekitaran

    Suhu yang sesuai untuk benih cili bercambah adalah 22 darjah Celsius ke suhu 28 darjah Celsius.

  • Kelembapan

    Dalam usaha untuk mendorong percambahan benih, medium yang benih perlukan untuk disimpan di dalamnya hendaklah lembap. Sebaik-baiknya ianya berselang-seli dengan air yang tidak terlalu berbeza dengan suhu sederhana untuk benih, tetapi jangan terlalu bergantung dengan hal ini.

  • Kematangan Buah

    Dalam laporan berkala bertajuk Capsicum and Eggplant (maksud: Cili dan Terung) yang diterbitkan oleh University Turin (Itali) terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 1986 di Texas pada benih dari cili tabasco dituai 150, 195, dan 240 hari selepas pemindahan. Apa yang saintis RL Edwards dan FJ Sundström perhatikan, seperti yang dijangka, benih daripada buah yang masak mempunyai peratusan percambahan yang lebih baik daripada benih daripada buah yang belum matang.

    Apa yang memeranjatkan lagi adalah bahawa peratusan percambahan menurun untuk buah yang lebih tua; selepas mencapai percambahan 81% daripada tumbuh-tumbuhan berumur 150 hari, peratusan percambahan menurun kepada 63% untuk tumbuhan berumur 240 hari. Untuk meringkaskan keputusan ini, kajian menunjukkan bahawa biji benih dari cili yang baru masak akan mempunyai peratusan tertinggi untuk percambahan benih yang berjaya.

    Beberapa kajian lain telah menunjukkan pengeringan benih untuk 2-4 bulan selepas penuaian nyata sekali meningkatkan peratusan percambahan, sama ada kering dalam cili atau secara berasingan.

  • Benih Dormant (Tidak aktif)

    Satu lagi faktor yang mempengaruhi percambahan atau pertunasan biji cili adalah satu mekanisme yang dikenali sebagai dormant (tidak aktif) yang biasa berlaku dalam kebanyakan jenis tumbuhan. Ini adalah satu mekanisme pertahanan diri yang jelas menghalang benih bercambah ketika dalam musim luruh dan mengelakkan daripada terdedah kepada risiko musim sejuk yang berkemungkinan menyebabkan kematian anak benih. Kebanyakan cili tidak mudah kering, melainkan jika anda tinggal di kawasan tropika, ianya akan bertindak secara tahunan dan sifat tidak aktif wujud dalam kedua-dua benih dan tumbuh-tumbuhan masing-masing berbeza-beza mengikut jenis.

OK, demikian penerangan untuk bahagian pertama ini. Dalam Bahagian 2 nanti, saya membincangkan mengenai medium pertumbuhan, jenis pasu, penyesuaian dan pemindahan.

Info: Tahukah anda, permintaan terhadap cili segar di pasaran tempatan adalah tinggi di mana harga pasaran cili adalah diantara RM12 dan RM18 sekilogram.

Leave a Comment