JOM Terjah Blog – RajaKamil.Biz

Yosh! Edisi seterusnya.. tak sampai 5 hari dah keluar entri baru pasal JOM Terjah Blog, hehe.. ok, blog yang akan diterjah oleh kali ini ialah RajaKamil.biz. Saya hampir menambah abjad ‘i’ menjadi bizi di belakang domain disebabkan kecepatan jari-jemari saya menaip setiap kekunci keyboard. :p.. Kenapa saya memilih blog RajaKamil.biz? Hal ini kerana wujudnya win-win situation bainani wa bainahu. Haha speaking english + arab. Anda cari sendiri maknanya kalau betul-betul nak tahu.

Sebelum saya memulakan sesi terjahan sebenar, agak molek dan bersopan sekiranya saya mulakan dengan sesi ta’aruf dahulu sebagai pengenalan awal dan ringkas tentang blog RajaKamil.Biz, tak baik main redah sahaja. Kena ada langkah demi langkah. Step ini saya akan turut gunakan dalam artikel JOM Terjah Blog saya yang seterusnya juga nanti. Semua info di bawah adalah berkadar langsung dengan tarikh artikel ini ditulis:

raja kamil raja rosli rk

  1. URL Blog – http://rajakamil.biz/
  2. Tajuk Blog – Blog Perniagaan Internet
  3. Pemilik Blog – Raja Mohd Kamil bin Raja Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan RK
  4. Google PR – 2/10 (Sumber – PRChecker.Info)
  5. Alexa Ranking – 357,330

Siapa tak kenal Raja Kamil sila angkat tangan!! Eh.. xder langsung yang angkat. Maka, saya dengan yakinnya buat kesimpulan bahawa anda semua memang kenal benar dengan empunya blog ini iaitu Raja Kamil. Sebenarnya apa yang saya nak terjah bukan setakat blog beliau sahaja, sekali dengan beliau dan produk-produk beliau sekali, hehe. Nanti saya akan ceritakan satu per satu.. sabar.

1. Bagaimana saya mengenali RajaKamil

Saya mengenali Raja Kamil bukan seperti saya kenali Titan melalui blog beliau, Raja Kamil saya kenal melalui Wang Cyber atau singkatannya WC. Kemudian menjadi rakan FB beliau bertanyakan maklumat pasal produk-produk beliau. Tentang produk kejap lagi saya ceritakan, kalau anda mahu mengenali Raja Kamil, boleh tambah beliau sebagai rakan di Facebook melalui link ini – http://www.facebook.com/rajakamil, banyak ilmu yang beliau kongsikan terutamanya dalam perniagaan internet ini. Menurut pemerhatian saya, sejak kebelakangan ini, beliau lebih suka take action sesuatu perkara dan kongsikan kepada orang lain. Yalakan, nanti dikata makan sorang tak mau kongsi pula. Hehe, pernah orang kata beliau begitu.

2. Produk-produk Raja Kamil

Ada banyak produk yang dihasilkan oleh Raja Kamil, produk yang saya maksudkan ialah berbentuk digital samada ebook, video, audio dan lain-lain. Saya masih ingat lagi produk yang pertama saya beli daripada Raja Kamil, iaitu berkaitan dengan AdSense. AdSense adalah program jana wang online pertama yang saya ceburi pada masa awal-awal saya bergiat menjana wang internet, jadi macam-macam produk yang saya beli semata-mata untuk pelajari mengenai selok-belok AdSense, banyak produk AdSense yang dihasilkan oleh Internet Marketer Malaysia, dan produk Raja Kamil ini berkaitan dengan AdSense maka saya sambar terus. Hehe, produk beliau dinamakan “Panduan AdSense for Domain” atau dalam singkatannya AFD.

Melalui produk tu anda akan diberikan 1 ebook dan video yang akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana nak setup domain untuk adsense dan cara-cara nak tarik traffic ke website AFD anda dengan betul. Ini link web jualannya – http://www.panduanafd.com/, hehe, kalau anda buka link tu memang tak masuk ke web jualan, tetapi dah jadi website AFD, so, kalau anda mahu produk nie, saya sarankan anda hubungi Raja Kamil. Saya jumpa Panduan AFD nie pada bulan September 2009, saya dah semak ada maklumat langganan melalui email. Kemudian saya beli produk tersebut pada Mei 2010. Masa tulah 1st time saya mesej dengan Raja Kamil melalui FB. Ada semua rekod dalam email saya. Hehe

Baiklah, itu mengenai produk pertama.. setelah saya berpuashati dengan produk beliau sebelum ini maka saya pun membeli produk beliau yang seterusnya. Produk kedua beliau yang saya beli ialah berkaitan dengan cara-cara jana wang online melalui Mudah.my. Produk digital ini dinamakan Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my. Rekod dalam email saya menunjukkan bahawa saya beli produk ini pada 23 September 2010. Ramai orang beli produk ini, sebab masatu belum ramai lagi orang tahu pasal Mudah.my. Anda boleh melihat web jualan panduan tersebut di sini: Panduan Mudah.my, sekarang jika anda lihat laman web jualan ia bukan lagi dijual oleh Raja Kamil tetapi hak milik produk ini sudah dijual kepada Hafizi Zain. Namun sekiranya anda melihat testimoni-testimoni ada disebut tentang RK iaitu Raja Kamil.

Ada banyak lagi produk-produk beliau sebenarnya, bukan setakat yang saya beritahu tu sahaja. 2 produk di atas tu adalah produk utama yang saya beli dan amat membantu saya dalam menjana wang online. Kalau anda nak tahu produk-produk beliau yang lain, mudah sahaja, search di Google keyword Raja Kamil. Nanti akan keluar maklumat-maklumat tentang RK, kalau saya cerita detail memang akan jadi panjang berjela-jela.

3. Raja Kamil dulu, kini, dan selamanya.

Hehe, tajuk ketiga nie nampak macam saya ni “kipas susah mati” (hard die fans) Raja Kamil. Haha.. walaupun saya ada Folder Khas Raja Kamil dalam laptop saya tapi maksud saya yang sebenarnya yang hendak saya beritahu adalah tentang perbezaan Raja Kamil dahulu masa saya pertama kali kenal dan sekarang. Ya, ada bebeapa perbezaan yang saya dapat lihat dan kesan. Dulu kerap juga saya terima email perkongsian teknik-teknik jana wang online daripada beliau, tapi sekarang dah kurang. Nak tahu kenapa? Hehe, sebab sekarang Raja Kamil berinteraksi melalui Facebook, jadi apa-apa tips dan perkongsian beliau akan kongsi melalui wall Facebook beliau serta bersama member Group-group niche tertentu beliau. Jadi, kalau anda nak tahu teknik-teknik atau tips-tips jana wang online terkini, boleh la tambah beliau sebagai rakan di Facebook sekarang. Linknya anda scroll balik ke atas. Saya ada letak link FB beliau dalam bahagian 1.

Ok, demikian beberapa maklumat hasil terjahan Blog RajaKamil.biz, Raja Kamil, serta produk-produk beliau yang dapat saya kongsikan bersama pembaca blog Afiffuddin.Com, saya harap kepada anda yang masih belum mengenali Raja Kamil apabila membaca artikel review saya ini sedikit sebanyak dapat mengenali Raja Kamil melalui kacamata saya (walaupun saya tak pakai kaca mata tapi RK pakai) sendiri. Sekiranya anda mahu maklumat lanjut mengenai Raja Kamil, anda boleh lihat di bahagian About dalam blog RajaKamil.biz beliau. Pautan pantas anda klik SINI.

Sekian dahulu edisi ke-2 terjahan blog saya kali ini, erm..blog siapa yang akan saya terjah selepas ini ya? hehe, nantikan edisi seterusnya akan keluar. Insya-Allah.

Leave a Comment