JOM Terjah Blog – EarnCent.Com Edisi 1 (Artikel)

contest earncent

JOM Terjah Blog – EarnCent.Com Edisi 1 (Artikel) | Hari ini satu artikel khas di bawah kategori review blog ingin saya kongsikan bersama anda. Kali pertama saya review blog orang jadi saya letakkan tajuk khusus JOM Terjah Blog – NamaBlogAnda.Com Edisi 1 (Artikel). Kali ini blog yang ingin saya terjah ialah blog Earncent.Com. Kepada IMers Malaysia di luar sana mesti familiar dengan blog Earncent yang dimiliki oleh saudara Ahmad Faizal bin Abi Setama aka Titan/Titanium Hijau nih. Antara blogger ‘otai’ tempatan yang gigih menjana wang online dengan blogging melalui medium atau platform BLOG .com!

Sebenarnya Edisi 1 ini hanya pengenalan sahaja, nanti ada Edisi 2 kemaskini yang akan saya buat dengan lebih menarik dan ‘ngeri’, hahaha! Melalui Edisi 1 ini saya akan pecahkan kepada beberapa Bahagian, Bahagian 1: Bagaimana saya jumpa blog Earncent, Bahagian 2: Langgan Artikel baru VS artikel lama. Bahagian 3: HOT Produk! Bahagian 4 (Akhir): Antara Tersurat dan Tersirat. Sebelum anda baca semua Bahagian tersebut mari kita lihat maklumat ringkas mengenai blog nie:

  • URL Blog: http://earncent.com/blog/
  • Tajuk Blog: Blog Buat Duit dari Planet Bumi | Affiliate Hunter | Hidup Berani Untuk Gagal
  • Alexa Rank (7 Ogos 2011): 132,940 (LINK) PS:Kalau anda lihat pada badge Alexa dalam blog Earncent kadang-kadang tak sama sebab badge tu lambat update
  • Google Page Rank: 2/10 (Rank_1:1:2)
  • Tarikh lahir Blog: 11 November 2007

Bahagian 1: Bagaimana saya menjumpai blog EarnCent.Com..

Ceritanya bermula apabila satu ketika semasa saya masih lagi menetap di KL, masa tu saya memang struggle ‘gila’ mencari wang secara online, dan dalam pencarian saya tulah saya menjumpai blog EarnCent nie. Bila ya tarikh keramat tu?, jap saya nak check balik.. Ok, dah jumpa, tanggal 9 Oktober 2009 hari Jumaat. Lama dah, sekarang dah 2011 lebih kurang 2 tahun. Masa tu filem Papadom pun belum release lagi rasanya. Bagaimana saya boleh pasti tarikh tersebut dengan tepat? Mudah sahaja saya check email saya balik masa saya buat langganan feed blog beliau. Ok, settle bahagian 1. Kita masuk bahagian seterusnya..

Bahagian 2:Langganan Artikel Baru VS Artikel Lama

Kenapa saya letak VS aka Versus nih? Sebab saya nak beritahu sekiranya anda baru memasuki dan menjadi pembaca blog EarnCent nih, jangan sekadar baca artikel baru dan terkini sahaja, selak dan belek sama artikel lama di blog tersebut. Ada Rahsia purbakala yang tersembunyi kalau anda nak tahu. Nak tahu ada rahsia apa, pegi tengok sendiri. Haha..

Rugi sebenarnya saya katakan jika anda tidak subscribe feeds blog beliau. Kadang-kadang ada update program jana wang baru yang akan anda jumpa, bro Titan nie kalau dia jumpa sahaja program jana wang baru mesti dia kongsikan bersama pembacanya di bawah tajuk “Edisi Siasat Program BlaBlaBla”. Dia bukan sekadar beritahu info mengenai program jana wang online sahaja, tetapi turut menjana wang dengan program tersebut.

Tujuannya? Adalah untuk memastikan samada program tersebut membayar atau tidak! Itu point penting, tapi saya tak tunggu dulu keputusan ujikaji dia, saya join sama.. haha! Bukan apa, kalau anda buat acuh tak acuh sahaja, nanti program tu akan tutup pula pendaftaran atau jika tak tutup pun akan jadi super susah untuk daftar kerana syarat-syarat baru yang ketat. Saya pun pernah terlepas program seperti yang saya beritahu tu. Kalau anda nak tahu program apa, seperti yang saya katakan tadi, pegi tengok sendiri. Hehe.

Ok, sekiranya beliau berjaya dalm ujikaji beliau maka akan keluarlah satu artikel yang bertajuk “Komisyen Pertama daripada program BlaBlaBla”, sehingga saya pun terikut-ikut dalam penulisan tajuk blog saya, hehe. Tidak kiralah sama ada program tersebut membayar 1sen atau 100 dollar tetap akan beliau kongsikan. Sebab itulah nama blognya Earncent.Com!! Antara program evergreen yang sehingga kini masih lagi kacak membayar beliau ialah program pengiklanan TNX. Tak percaya anda tengok sendiri maklumat latest blog beliau tentang komisyen dari program tersebut. Jadi, kalau anda ingin tahu bagaimana dia menjana wang dengan TNX, saya ulangi sekali lagi, pegi tengok sendiri artikel lama di blog beliau. :p Baiklah, saya cantas ayat merapu siap-siap sebelum saya tersasar lebih jauh. Kita masuk Bahagian 3 pula.

Bahagian 3: HOT Product

Produk apa yang hot sangat tu? Haha, anda nie.. kalau yang baru menjadi subscriber beliau mungkin tak perasan produk nie, tapi kalau yang lama mesti perasan. Saya beri clue melalui soalan: Apakah program evergreen yang saya sebut dalam part 2 tadi? Kalau anda mahu lihat produk sebenar boleh pergi ke SINI. Selepas saya jadi subscriber blog beliau dan mengetahui mengenai panduan tersebut, terus sahaja saya beli tanpa ragu-ragu, yelakan.. penulisan dalam blog dah reveal berbagai-bagai program serta tips-tips hebat takkan produk beliau buat cikai-cikai pula.. betul tak? jadi saya pun grab terus! Lagipun bukannya mahal, produk digital beliau nie termasuk dalam kategori produk mampu milik. Pastu ada update version pula tu. Saya beli produk tu pada hari Selasa 12 Januari 2010, masatu dah Versi 2.0. Ok, itu tentang hot produk.. tamat Bahagian 3.

Bahagian 4: Antara Tersurat dan Tersirat

Apa yang tersurat? Apa yang tersiratnya? Suspend plak.. hehe, ok.. apa yang anda baca dalam blog earncent nie anda jangan baca sekali lalu sahaja.. cuba perhatikan ayat-ayat beliau tu.. kadang-kadang ada tips yang tersurat dan kadang-kadang ada tips yang tersirat. Tips yang tersurat seperti yang diberitahu dalam artikel lah, dan tips yang tersurat anda perlu kaji sikit.. itupun kalau anda perasan. hehehe! Saya sebagai pembaca setia blog Earncent, saya bukan sekadar buat sahaja apa tips yang dia beritahu.. saya buat apa yang beliau buat! Beza tu sebab antara buat apa yang guru ajar dengan buat apa yang guru buat impaknya berbeza. Apa yang tersirat tu nanti saya akan revealkan dalam Edisi 2 nanti. Hehe..

Demikian 4 bahagian yang selesai saya garapkan. Jadi setakat ini dulu review blog saya untuk edisi 1 blog EarnCent.com, kita jumpa kembali dalam edisi seterusnya tak lama lagi. Insya-Allah..

PS: Saya sebenarnya cuba buat review ini dengan gaya dan lenggok tulisan Titan di blog Earncent, haha.. ada persamaan tak?
PSS: Artikel ini adalah khas untuk Pertandingan Earncent Review 2011 yang dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Titan, PanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com, AnakDunia dan Ohcikgu.com.. Anda baca review yang saya tulis nie rasa-rasanya ada potensi untuk menang tak? Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *