eBaki MARA – Cara Semakan Baki Pinjaman MARA Online

eBaki MARA – Cara Semakan Baki Pinjaman MARA Online. Kepada siswazah yang pernah membuat pinjaman MARA, anda boleh melakukan semakan baki pinjaman dan biasiswa MARA anda secara atas talian.

ebaki mara

Dengan adanya kemudahan e-baki MARA ini membolehkan pengguna samada pelajar atau ibu bapa menyemak baki Biasisiwa & Pinjaman Pelajaran, Pinjaman Komputer, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA serta penyata bagi tahun semasa hanya dilakukan secara online.

Cara Semakan Baki Pinjaman MARA Online

  1. Kepada pengguna baru sistem eBaki, sila daftarkan diri anda terlebih dahulu di pautan daftar pengguna berikut: Daftar eBaki
  2. Untuk lakukan semakan baki pinjaman dan dapatkan penyata biasiswa klik pautan berikut: Semak eBaki

Soalan Lazim Sistem e-Baki MARA

Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 17hb (contoh), tapi sekarang sudah 25hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.
Jawapan: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

S: Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup dan yuran, tetapi kenapa di akaun bank hanya ada bayaran elaun sara hidup.
J: Sila semak dengan pihak kewangan kolej/universiti masing-masing sama ada pihak kewangan kolej/universiti ada menggunakan kemudahan auto-debit/direct debit dengan pihak bank bagi potongan yuran.

S: Saya lihat di e-Baki MARA ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM3,600 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,000 (kurang RM600)?
J: Amaun potongan RM600 adalah merupakan bayaran balik pendahuluan pinjaman pelajaran yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).

Lain-lain soalan lazim yang berkaitan sila muat turun fail PDF di SINI

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *