Contoh Resume Terbaik dan Lengkap Bahasa Melayu

Contoh Resume Terbaik dan Lengkap Bahasa Melayu – Percaya atau tidak, tidak ramai yang tahu cara membuat resume lengkap sekiranya tiada pengalaman mengenainya yakni berhadapan dengan proses menapis resume, walaupun tahu berkemungkinan ianya kurang lengkap dan jauh daripada kategori terbaik. Kenapa saya berkata demikian? Kerana amat berbeza mereka yang membuat resume berbanding individu yang memeriksa resume yang menepati ciri-ciri serta kriteria yang dikehendaki. Dengan kata mudah saya ibaratkan seperti bandingan di antara kertas peperiksaan subjektif yang ditulis oleh calon peperiksaan dengan pemeriksa itu sendiri. Anda rasa siapa lebih berpengalaman? Anda fikir siapakah calon-calon yang mendapat tempat di mata pemeriksa untuk layak mendapat markah tinggi?

Mengapa anda perlukan contoh resume terbaik? Untuk menghasilkan atau membuat resume yang lengkap penuh dengan kriteria yang dikehendaki, maka anda perlu rujuk kepada mereka yang biasa yang ahli dalam urusan resume dan dapatkan contoh resume terbaik untuk anda jadikan sebagai panduan dan rujukan yang digunakan resume. Bahkan sebaiknya bukan setakat merujuk pembuat resume tetapi pastikan kena dan bersesuaian dengan bidang pekerjaan anda yang diceburi. Walaupun asaas resume lebih kurang sama namun ada kelainan dari segi penambahan data dan nilai yang perlu dititik beratkan dalam isi kandungan resume. Jadi sekiranya anda seorang jururawat, maka cari resume jururawat, dan begitu juga dengan kerani cari resume dalam bidang anda, dan jangan pula sebaliknya.


Melalui artikel ini saya akan kongsikan kepada anda dua jenis resume, pertama contoh resume lengkap Bahasa Melayu dan kedua sumber bagi anda mendapatkan contoh resume terbaik pelbagai bidang yang bersesuaian dengan anda (Bahasa Inggeris).

Contoh Resume Terbaik dan Lengkap Bahasa Melayu

Muhammad Bin Abdullah
No. 1, Lorong Gunung Jerai,
Taman Gunung Jerai,
45000 Kuala Muda,
Kedah Darul Aman

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh: Muhammad Bin Abdullah
Umur: 25 tahun
Tarikh lahir: 14 Jun 1989
Bangsa: Melayu
No. K/P: 89mmdd-aa-ssss
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Pertama dengan Kepujian
Tamat: Julai 2011
Institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2008
Institusi: Maktab Mahmud Alor Setar
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2006

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

  • Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2005
  • Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2003
  • Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 2001
  • Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 2001
  • Mewakilli sekolah, catur, 2001

KEMAHIRAN

  • Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
  • tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik

Contoh Resume Terbaik dan Lengkap Bahasa Melayu 2

Nama anda:
Alamat Surat Menyurat Anda:
No Tel Rumah & Tel Bimbit Anda:
No Kad Pengenalan:

OBJEKTIF

Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar.

PENDIDIKAN

Memperoleh ………………………… .

KERJA KURSUS YANG BERKAITAN

Mekanik Tanah ………………………… .

KEJAYAAN

Ahli Pertubuhan Pelajar Antarabangsa
Pelajar Terbaik Anugerah ………………………… .

KEKUATAN

Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dsb …………………..

LOKASI

Malaysia/Sanggup untuk bertugas diluar negara tugasan sementara.

TARIKH BERMULA

Dengan Serta Merta

GAJI

RM _______ (Boleh di runding)
RUJUKAN

Kepilkan yang berkenaan


Contoh Resume Terbaik dan Lengkap Bahasa Melayu 3

Ali Bin Man
10, Jalan Bukit Naga 9/12,
Taman Bukit Naga,
81100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh: Ali Bin Man
Umur: 28 tahun
Tarikh lahir: 20 Mei 1986
Bangsa: Melayu
No. K/P: 860520-xx-xxxx
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Julai 2009

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2005

Institusi: Sekolah Datuk Abdul Ghaffar
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2003

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2008
Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2002
Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 2001
Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 2000
Mewakilli sekolah, catur, 1998

KEMAHIRAN

Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik.

Contoh Resume Terbaik dan Lengkap Bahasa Inggeris

Di bawah ini pula adalah sumber bagi mendapatkan contoh-contoh resume lengkap English untuk semua bidang kerjaya yang selalu ditawarkan samada oleh sektor swasta mahupun kerajaan. Anda boleh rujuk pautan di bawah untuk melihatnya:

~ http://career-advice.monster.com/resumes-cover-letters/resume-samples/sample-resumes-by-industry/article.aspx

Bidang pekerjaan zaman sekarang memang mencabar, jadi buatlah resume anda sebaik mungkin dan sediakannya lebih awal agar anda dapat memperbaiki dan menambah apa saja maklumat berkaitan sekiranya diperlukan. Semoga maklumat yang dikongsikan di atas berguna kepada anda. Sekian.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *