Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Rumah Selama 6 Bulan TNB

Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Rumah Selama 6 Bulan TNB – Ketahui cara bagaimana nak Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Rumah Selama 6 Bulan TNB.

Seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 yang lalu, menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional, satu inesiatif bantuan tambahan iaitu pemberian diskaun tambahan kepada pengguna elektrik domestik di Semananjung Malaysia turut diberikan.

Peruntukan kira-kira RM530 juta disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membolehkan diskaun sebanyak 15 peratus hingga 50 peratus untuk diberikan kepada pengguna.

Tempoh masa pemberian semua kadar diskaun ini adalah selama 6 bulan untuk penggunaan elektrik bermula dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020.


Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Rumah Selama 6 Bulan

Bahagian ini yang perlu anda tahu untuk memastikan anda layak untuk mendapat diskaun elektrik 50%, caranya adalah apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan. Di bawah adalah rajah atau gambaran yang lebih jelas mengenai kadar diskaun elektrik yang ditawarkan di bawah Pakej PRIHATIN Rakyat.

diskaun elektrik 50 peratus

Namun bagaimana jika penggunaan elektrik rumah anda melebihi 200kWh? Usah bimbang, walaupun penggunaan elektrik melebihi kelayakan untuk mendapat diskaun 50%, namun sebagai pengguna anda masih layak untuk mendapat kadar diskaun lain iaitu sebanyak 25%, 15% dan 2%. Bagi memudahkan pemahaman anda, di bawah adalah maklumat mengenai pengiraan kadar diskaun bil elektrik yang boleh anda perolehi setiap bulan:

  • Sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 200 kWh ke bawah sebulan, pengguna akan terima kadar diskaun 50%
  • Sekiranya penggunaan elektrik mencapai antara 201 – 300 kWh sebulan, pengguna akan terima kadar diskaun 25%
  • Sekiranya penggunaan elektrik antara 301 – 600 kWh sebulan, pengguna akan terima kadar diskaun 15%
  • Sekiranya penggunaan elektrik lebih 600 kWh sebulan, pengguna akan terima kadar diskaun 2%


Cara Nak Tahu Penggunaan Elektrik Bulanan

Untuk mengetahui kadar penggunaan elektrik rumah anda setiap bulan, anda boleh semak melalui kertas bil elektrik terbaru. Dalam kertas bil elektrik ada dipaparkan berapakah jumlah kWh penggunaan elektrik, rujuk gambar di bawah (lihat bacaan dalam kotak merah) untuk paparan yang lebih jelas.

diskaun bil elektrik

Dalam gambar tu adalah bil elektrik bulan April 2020, tarikh 16hb. Jadi diskaun bil sudah dikenakan secara automatik untuk separuh bulan hingga 16 April. Nota: Diskaun mula diberi 1 April.

Jadi mari sama-sama kita jimatkan penggunaan elekterik untuk mendapat maksimum diskaun 50%.

Leave a Comment