Cara mudah pos barang – antara Pos Malaysia dan Skynet

July 20, 2011 | 5

Hrm, hari ini asyik melayan posting-postingan di dalam satu group Facebook, memang bagus join Facebook group, tertamanya yang mengenai online marketing, internet business, dan sewaktu dengannya, aku akan join. Sama ada menjadi silent reader atau pembaca aktif, sekurang-kurangnya dapat menambah ilmu mengenai perniagaan internet. Di group kita dapat berbincang disamping bertukar-tukar idea mengenai bisnes online. Sambil-sambil berborak dapat juga bergurau-senda merapatkan silaturrahim, aku suka. :)

Antara perbincangan yang menarik perhatian aku adalah tentang satu post mengenai cara mudah pos barang. Kepada sesiapa yang membuat perniagaan produk fizikal, mesti tidak lari dari pejabat post, terutamanya yang buat eBay, boleh dikatakan setiap hari berjumpa kerani pejabat pos. Huhu, itu lah bisnes. Jadi, untuk menjimatkan kos dan untuk mendapatkan perkhidmatan yang bagus, sebagai penjual aka buyer hendaklah membuat pemilihan yang betul syarikat pos barang mana yang ingin diguna khidmatnya, ini penting kerana harga service yang murah bukan menjadi pilihan utama, pilihlah yang service terbaik supaya tidak ada sebarang masalah semasa pos nanti terutamanya dari segi kecepatan barang yang dihantar serta kondisi barang tersebut setelah sampai ke tangan pembeli. Jika service murah tapi perkhidmatan hempeh pun tak guna, lebih teruk lagi sekiranya service mahal tapi service teruk, seperti barang hilang dan sebagainya.

Tentang cara pos barang, aku ada ambil screen shot berkenaan post yang dibincangkan dalam group Facebook tersebut iaitu KKIM (Kedai Kopi Internet Marketer). Aku ambul screen shot sahaja, sebab agak panjang perbincangan mereka, tidak sesuai rasanya untuk aku copy dan paste ke dalam artikel aku nih.

Cara mudah pos barang

Cara mudah pos barang

Cara mudah pos barang

Untuk memudahkan lagi, cadangan aku anda sendiri kena pergi survey dan bandingkan. Antara elemen penting untuk pos adalah tentang berapa kos dan masa penghantaran, survey melalui internet pun boleh. Hal ini untuk mengelakkan anda menanggung kerugian. Yalah, kos tinggi berbanding harga barang, tidak berbaloi. Kadang-kadang pengalaman orang lain juga boleh diambil sebagai rujukan. Jadi aku harap post aku ini seperti biasa dapat memberi manfaat kepada anda. Sekian.



Facebook comments:

Comments (5)

  1. dua-dua aku suka, dan dua-dua aku puas hati. :)

  2. to Titan: Aku Pos Malaysia selalu guna, Skynet belum pernah.. :)

  3. ermm tak pernah tengok kat sini skynet, tempat tertentu je kot..

  4. Tasha D

    Hai admin,terus terang sepanjang hidup saya tak pernah pos barang ke mana2 tempat,maksudnya tak pernak pergi ke pejabat pos untuk urusan sebegitu. So sampai skg saya tak tau camna cara nak pos brg. Then baru2 ne kawan Malaysia saya yg belajar kat Mesir tiba2 ada viber (sms) saya nak minta tolong pos barang ke Mesir. Mana satu perkhidmatan yg boleh dipercayai sepenuhnya? (maksudnya brg tu confirm sampai tanpa ada sebarang kekurangan dan masalah) Dan bagaimana caranya untuk berurusan mengenai cara-cara penghantaran ini. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih :)

  5. Tasha – Dulu masa saya study di Kaherah, Mesir, ayah saya pernah post barang 2 kali dari Malaysia ke Mesir, 1 kilo dekat RM100 guna Pos Malaysia Biasa. Dekat sebulan juga la baru sampai. Tu cerita tahun 2005-2007 punya cerita lah. Sekarang tahun 2012 tak pasti harga barang, boleh cek kat web Pos Malatsia di sini ~> http://www.pos.com.my/pos/personal/rates.aspx

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge