Pin It

Pecah geran tanah – prosedur pecah geran tanah

December 15, 2010 | 0

Pecah geran tanahprosedur pecah geran tanah. Salam sejahtera. Artikel ini saya sediakan khas kepada anda yang mempunyai tanah dan ingin dibahagikan. Hal ini selalunya muncul apabila berlakunya pembahagian tanah pusaka, sebagai contoh: Abang dan adik mewarisi tanah pusaka daripada ayahnya dan dibahagikan kepada dua, dan mereka ingin mengasingkan geran tanah tanah tersebut kepada 2 geran masing-masing. Untuk melakukan proses pecah geran tanah ini beberapa prosedur harus diikuti.

Berikut adalah beberapa prosedur pecah geran tanah yang dimaksudkan:

1. Jika tanah pertanian, biasanya minima 1 ekar untuk 1 geran selepas pecah tanah. Boleh convert ke tanah bangunan jika nak pecah.

2. Jika terdapat bangunan sedia ada atas tanah tersebut, biasanya perlu buat survey untuk ambil detail dahulu. Ini supaya bila bahagi nanti, tiada bangunan atau struktur kekal yang terbahagi dalam geran berbeza.

3. Kiraan Fee ini adalah anggaran sahaja dan bergantung kepada lokasi tanah dan beberapa faktor lain. Fee untuk survey detail adalah dalam RM2000 – jika survey detail perlu. Fee untuk pecah bahagian termasuk pre-computation adalah bergantung kepada jenis kegunaan tanah. Tapi lebih kurang RM2500 maksimum. Sekali lagi saya nyatakan, fee ini adalah anggaran kasar sahaja.

4. Bayaran kepada pejabat tanah adalah minimum kecuali jika mahu tukar syarat kegunaan tanah. Penukaran syarat akan melibatkan premium yg dikira berdasarkan nilai semasa tanah.


Info tambahan: Sedikit penjelasan mudah tentang pengurusan hakmilik terma tanah. Penjelasan penuh sila rujuk KTN

1. Penyatuan Tanah
– 2 atau lebih lot tanah yang bersebelahan yang dipegang oleh satu pemilik dicantumkan menjadi 1 lot.

2. Pecah Sempadan Tanah
– Tanah dipecah sempadan kepada 2 atau lebih bahagian. Tiap-tiap bahagian dipegang oleh pemilik atau pemilik-pemilik mengikut bahagian dalam geran asal sebelum Pecah Sempadan. Pemilik sama, geran banyak.

3. Pecah Bahagian Tanah
– Tanah dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut seperti bahagian yg dinyatakan dalam hakmilik. Tiap-tiap lot baru akan dipegang mengikut bahagian. Pemilik-pemilik dapat geran ikut bahagian. Biasanya dalam pembahagian harta dan nak geran individu.

Sumber: Putra-Mahkota.Com

Info Tanah: Tahukah ANDA??

1 ekar berapa meter? >> 1 ekar = 4046.86 meter persegi atau lebih kurang 4 km persegi (64m x 64m).
1 ekar berapa kaki persegi? >> 1 ekar = 43560 kaki pesegi = Luas (Panjang x Lebar)
1 ekar berapa hektar? >> 1 ekar = 0.4047 hektar

1 hektar berapa ekar? >> 1 hektar = 2.471054 ekar

1 relung berapa meter? >> 1 relung = 53.6448 m atau 176 kaki
1 relung persegi = 2.8 km persegi

Untuk melakukan perkiraan atau menukar nilai ukuran tanah sila rujuk link ini >> Convert-Me.Com

Saya harap artikel mengenai prosedur pecah geran tanah ini dapat membantu anda. Sekian

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


two − 1 =