Komisyen pertama daripada eQurban

November 11, 2011 | 4

Komisyen pertama daripada eQurban. Alhamdulillah, pagi Khamis lepas aku terima SMS daripada CIMB beritahu ada kemasukan sejumlah wang ke dalam akaun aku. Bila aku tengok angka wang tersebut, eh! macam kenal. Yela, setiap hari juga aku semak akaun affiliate eQurban. Syukur.

Aku sebenarnya tak sangka dapat jana wang melalui Affiliate eQurban, aku cuma letakkan banner affiliate di dalam blog saja. Erm, mungkin niche blog turut mempengaruhi. Agak aku. Jadi lepas letak aku tinggal sajalah, memang sejak 1-2 bulan kebelakangan ini aku rajin juga join Affiliate, buat stok, hehe.

Tentang eQurban ini, mulanya aku sedar komisyen dapat apabila aku terima email daripada Admin eQurban tentang Komisyen aku yang sudah disahkan. Wah, memang gembira rasanya… kegembiraan aku bertambah apabila tetiba 1 hari itu aku terima lebih kurang 7 email pengesahan komisyen daripada eQurban! Email pengesahan komisyen pertama daripada eQurban aku dapat pada 27 Oktober. Kemudian 7 email bertalu pada 3 November 2011 baru-baru nie.

Alhamdulillah sekali lagi, rezeki daripada Allah yang aku terima berkat Hari Raya Aidiladha. Tentang komisyen eQurban nie ada beberapa peringkat, bergantung kepada bahagian lembu, dan bilangan ekor lembu dan kambing yang ditempah. Untuk setiap tempahan yang terhasil menerusi link affiliate agen, nilai komisyen seperti berikut akan diberikan:

1 Bahagian Lembu – RM 230 (Komisyen RM15)
2 Bahagian Lembu – RM 460 (Komisyen RM30)
3 Bahagian Lembu – RM 690 (Komisyen RM45)
4 Bahagian Lembu – RM 920 (Komisyen RM60)
5 Bahagian Lembu – RM 1150 (Komisyen RM75)
6 Bahagian Lembu – RM 1380 (Komisyen RM90)
1 Ekor Lembu – RM 1600 (Komisyen RM105)
1 Ekor Kambing – RM 500 (Komisyen RM 50)

Menerusi rekod jualan, aku dapat komisyen daripada tempahan 1 Ekor Lembu (x2) dan 1 Bahagian Lembu (x6). Jumlahnya anda kira sendiri lah. Hehe. Sekiranya anda nak join affiliate eQurban boleh lawati pautan ini ~ eQurban Affiliate

Ok, setakat itu dulu perkongsian jana wang internet daripada aku. Pukul 9.00 pagi ini adalah exam last paper aku. Lepas tu cuti sebulan lebih aku nak tumpukan jana wang online. Doakan aku. Sekian, wassalam.

Facebook comments:

Comments (4)

  1. Sentiasa mantap affiliate bro..

    Raya Haji dah lepas, x sempat nak join affiliate eQurban…hehehe :D
    JOM baca post terbaru dari Harfiz@Bizstudent ..Panduan Buat Duit Flippa-Rahsia Flippa (Review)

  2. pehh. terer..aku tak pernah dapat yang ni. hehe..
    JOM baca post terbaru dari titan ..Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!

  3. hehe otai affiliate afym… :D .. aku pun x

  4. Hehe, spy aku eh.. eQurban aku xpakai id afym

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge