Contoh CV – Contoh CV yang baik

Contoh CV Yang Baik | Tahukah anda apa itu CV? CV ialah singkatan daripada curriculum vitae, dan jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud kurikulum vitae atau lebih difahami sebagai “keterangan tentang kerjaya seseorang”. (Sebut sahaja pasal kerjaya maka saya masukkan artikel ini sebagai kategori kerjaya). Jadi apakah sebenarnya kegunaan CV ini?


Secara umumnya di dalam memohon suatu pekerjaan, anda memerlukan surat memohon pekerjaan. Selain itu anda perlu tahu bahawa dalam memohon pekerjaan, juga memerlukan CV. Namun ramai orang yang tidak tahu bagaimana membuat CV yang baik dan bagus. Sebelum anda membuat CV, saya sarankan ada baiknya anda mempelajari daripada contoh-contoh CV yang baik milik orang lain sebagai bahan rujukan dalam proses menghasilkan CV versi anda sendiri. Berikut ini adalah contohnya:

MAKLUMAT PERIBADI

Tempat, tarikh lahir : Arau, 14 Julai 19**
Jantina : Lelaki
Status : Berkahwin
Agama : Islam
Kewarganegaraan : Malaysia
Alamat : 2*, Lorong Alma Jaya 1*, Taman Alma Jaya 14***, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No. Telefon : (012) 4074**7, 04-66783**
Alamat e-mail : afiff***@gmail.com

BIDANG KEAHLIAN

Pengurus Pemasaran


PENGALAMAN KERJA

2002–Sekarang UDA Holdings Kepala Batas, Pulau Pinang

National Sales Manager

  • Meningkatkan penjualan sebanyak 50% dari RM400 juta menjadi RM850 juta.
  • Meningkatkan penjualan per agihan sebanyak 50%.
  • Membuka wilayah pemasaran baru di bahagian wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang memberikan sumbangan terhadap kenaikan penjualan nasional sebesar 20%.

1999–2002 Syarikat Impian Jaya Enterprise Georgetown, Pulau Pinang.

District Sales Manager

  • Meningkatkan penjualan di Bandar Georgtown dari RM25 juta per tahun menjadi RM35 juta per tahun.
  • Menyelaras 250 agen pengedar di Bandar Georgtown.
  • Implementasi kursus dan pelatihan mengenai teknik dan strategi menjual yang efektif bagi karyawan baru, yang terbukti dapat meningkatkan penjualan secara lebih cepat.


1997–1999 PROTON AUTOMOTIVE SDN BHD Shah Alam, Selangor.

Senior Sales Representative

  • Meningkatkan penjualan produk mobil per individu agen sebanyak 20% dalam tempoh 2 tahun.
  • Menyelaras agen-agen jualan di Shah Alam dan Serdang.
  • Mengembangkan kumpulan agen penjualan daripada 10 orang menjadi 45 orang dalam tempoh 2 tahun.

PENDIDIKAN

1992–1997 UKM Bangi, Selangor
Sarjana Ekonomi, Jurusan Pengurusan Pemasaran, lulus tahun 1997 dengan Gred 3.78.

KURSUS DAN PELATIHAN

2002 EXECUTIVE TRAINING CENTER Kuala Lumpur
Effective Selling Strategy

1997 COSMOPOINT Kuala Lumpur
Aplikasi Komputer Untuk Perniagaan


HOBI

Mengembara, olahraga, membaca, melayari internet.

Berpandukan contoh tersebut, anda reka CV anda sendiri dengan kreativiti anda. Jangan anda ambil sebijik-sebijk daripada ayat yang ditulis, cuba olah sedikit dengan menggunakan ayat anda sendiri dan susun mengikut kesesuaian. Jika anda pernah ikut atau menghadirkan diri ke seminar tentang membuat CV, Pembentang tidak akan memberi contoh CV kepada anda kerana jika ditunjukkan maka kreativiti peserta akan menjadi jauh berkurang serta malas berusaha untuk memperbaiki CVnya. Setiap orang adalah unik, dan tiada salahnya jika berbeza. Membuat CV itu adalah ilmu dan seni. CV itu menjadi penghubung antara anda dengan penerima iaitu pengurus sesebuat institusi pekerjaan. Hal ini penting kerana tidak semua contoh CV bersesuaian dengan institusi pekerjaan.

Maklumat Tambahan

Pada pendapat saya, LinkedIn adalah contoh website yang baik yang menyediakan format CV. Formatnya ringkas dan straight to the point. Untuk mengubahsuainya pun mudah, anda cuma tinggal untuk mengisi form sahaja. Selain itu, anda juga dapat menjalankan hubungan profesional kerana adanya fungsi social networking seperti Facebook. Dengan memperhatikan contoh-contoh yang ada di LinkedIn, anda mungkin boleh belajar membuat CV anda sendiri. Ini adalah salah satu contohnya >> Profile LinkedIn

Leave a Comment