7

Nama dalam tulisan Jawi – Tukar ejaan nama ke tulisan Jawi

Nama dalam tulisan Jawi – Tukar ejaan nama ke tulisan Jawi. Sebelum saya kongsikan tipsnya, ingin saya bawa satu kisah berkaitan saya dengan tulisan jawi ni.

Kisah yang ingin saya ceritakan ini bukan kisah rekaan berkaitan kasih kekasih, bukan juga kisah sahabat tapi kisah pendek mengenai nama jawi saya.

Saya mulakan dengan pengenalan diri saya terlebih dahulu. Nama saya seperti blog ini juga iaitu Afiffuddin, seperti yang diceritakan oleh ibu saya, nama saya ini diberi oleh seorang ustazah merangkap Pengetua Sekolah Agama Perempuan di Perlis. Namun berlaku sedikit ralat dimana dalam surat beranak lama saya ditulis Hafiffuddin dan kemudian ia diperbetulkan kembali.

Itu kisah pendek tentang pemberian nama saya, manakala tentang nama jawi saya pula ceritanya begini: Saya masih ingat lagi, pada waktu itu saya di sekolah rendah darjah satu, dalam kelas pendidikan Islam saya menulis nama mengikut seperti nama jawi berdasarkan imaginasi saya. Rujuk gambar di bawah:

nama dalam tulisan jawi

Tulisan sedemikian muncul dalam ilham saya disebabkan permikiran logik akal saya pada waktu itu mengatakan jika dalam rumi ada 10 huruf maka saya perlu tulis dalam jawi juga 10 huruf. Namun hakikatnya ianya salah, tetapi pada umur setahun jagung itu tidak apa yang perlu saya malukan kerana masih lagi di peringkat belajar.

Tidak lama kemudian semasa saya memasuki kelas pengajian agama KAFA, seorang guru ustazah kafa saya perbetulkan sikit ejaan nama tersebut, maka jadilah begini:

nama dalam tulisan jawi

Saya menggunapakai ejaan jawi tersebut sehinggalah saya UPSR. Kemudian bila memasuki tingkatan 1 di sekolah menengah agama di Perlis baru saya tahu bahawa ejaan nama saya dalam jawi sebelum ini kedua-duanya salah. Ya, tulisan sebenarnya adalah seperti gambar di bawah:

nama dalam tulisan jawi

Erm, saya juga tertanya-tanya kenapa salah dan dimana salahnya? Rupa-rupanya tulisan jawi ini merupakan gubahan tulisan Rumi daripada Bahasa Melayu yang ditulis dengan huruf Arab. Jadi setiap penulisan jawi selain daripada mengikut terma bahasa Melayu perlu juga mengikut terma bahasa Arab yang mempunyai maksud tersendiri terutamanya kepada nama,jadi saya perlu perbetulkan agar tidak hilang makna sebenarnya.

Saya berikan contoh nama anak saya, agar anda mudah faham:

Ahmad Fahim Akhyar/Nurul Nuha – Adakah kedua-dua nama anak saya itu asal dari Bahasa Melayu atau Bahasa Arab? Tentunya Arab dan bukan Melayu jadi perlu ditulis juga dalam tulisan jawi mengikut terma Arab.

1) Ahmad: Terpuji, Fahim: Yang Memahami, Akhyar: Yang Terpilih.
2) Nur (Nurul): Cahaya, Nuha: Kebijaksanaan.

Sekarang anda sudah nampak perbezaannya. Nampak remeh tetapi silap huruf sudah memberi bunyi berbeza dan hasilnya makna pun berbeza.

Jadi bagaimana cara nak tukar nama daripada tulisan rumi ke jawi? Untuk tukar ejaan nama Rumi anda kepada Jawi, anda boleh lakukan melalui software yang disediakan oleh ejawi.net melalui pautan di bawah:

http://www.ejawi.net/converter.php

Sila ikut langkah-langkah mudah menggunakan perisian ini yang saya kongsikan di bawah:

1.Download dulu file INI

2.Install file setup.exe

3.Masukkan teks

4.Tekan butang Convert

Mudah bukan? Saya harap dengan perkongsian artikel ini dapat membantu anda untuk tukar ejaan nama ke dalam tulisan jawi dan mendapatkan nama dalam tulisan Jawi anda. Sekian, selamat mencuba!

Advertisement

7 Comments

  1. Nama saya Zura, saya hendak tahu ejaan nama anak saya dalam bahasa arab.

    Muhammad Ammar Zafran

    Saya cuba download seperti yang dia ajar tapi tidak dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.