0

Cara Mengatasi Leverage Browser Caching Blogger dan WordPress

Cara Mengatasi Leverage Browser Caching Blogger dan WordPress – Melalui artikel ini saya ingin kongsikan bagaimana cara mengatasi Leverage Browser Caching di Blogger dan WordPress.

Cara Mengatasi Leverage Browser Caching

Sebelum itu, kepada anda yang tidak mengetahui apa itu Leverage Browser Caching atau singkatannya disebut LBC, secara umumnya LBC merupakan satu cara untuk pelayar web ingat sumber-sumber atau bahan yang dimuatkan dalam sesuatu masa pada sistem tertentu. Dengan LBC anda dapat mempercepatkan pelayaran laman web anda.

Baiklah, untuk memudahkan anda memahaminya saya berikan contoh: Anda sekarang sedang melayari laman ini bukan, maksud saya laman artikel mengenai Cara Mengatasi Leverage Browser Caching yang sedang anda baca ini, saya namakan LAMAN 1. Kemudiannya, selepas anda habis membaca, anda pergi ke halaman artikel yang lain, katakan artikel Cara buat website percuma, saya namakan LAMAN 2. Sekarang dari ‘LAMAN 2’ jika anda pergi semula ke ‘LAMAN 1’ sumber atau bahan seperti gambar tidak dimuatkan sekali lagi kerana ia telah dimuatkan sebelum ini (semasa anda pertama kali layari LAMAN 1).

LBC membantu halaman web memuat naik laman dengan lebih cepat. Ia membantu pelayar anda “ingat” sumber-sumber yang dimuatkan sebelumnya – menyimpan dalam ingatan (dipanggil cache). Hal ini membantu mengingati bahan yang mempunyai kapasiti visual-berat seperti logo, grafik, gambar dan skrip dan pada masa yang sama dapay mengurangkan masa loading laman web.

Hasilnya menyebabkan pelayaran menjadi lebih lancar dan lebih cepat selepas kali pertama anda melawat sesebuah laman web. Kali pertama pelayar ‘melihat’ dan merebut sumber dalam cache. Apabila anda kembali melawat laman web ini pada hari atau minggu yang lain, laman tersebut akan memuatkan lebih cepat kerana pelayar tidak perlu memuat turun sumber cache lagi.

Semak Kelajuan Blog untuk Ketahui Leverage Browser Caching

Anda boleh ketahui kelajuan laman web anda melalui mana-mana laman web di bawah:

Pada setiap laman web di atas anda boleh masukkan url laman web anda dan anda akan diberikan laporan mengenai laman web anda dalam masa beberapa minit. Anda juga akan diberitahu beberapa cadangan dan saranan mengenai perkara-perkara teknikal yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan prestasi laman web anda – untuk tutorial ini, cari dan lihat pada perkataan leverage browser caching. Anda akan melihat gred atau cadangan seperti dalam gambar di bawah yang memberitahu sama ada anda perlu memanfaatkan cache pelayar atau tidak.

Cara Mengatasi Leverage Browser Caching

Cara Mengatasi Leverage Browser Caching Blogger/Blogspot

Masukkan kod di bawah dalam template blog anda di Blogger, dan letakkan selepas kod <head> atau sebelum kod tag </head>

<include expiration='7d' path='*.css'/>
<include expiration='7d' path='*.js'/>
<include expiration='3d' path='*.gif'/>
<include expiration='3d' path='*.jpeg'/>
<include expiration='3d' path='*.jpg'/>
<include expiration='3d' path='*.png'/>

Cara Mengatasi Leverage Browser Caching WordPress

Untuk WordPress, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu sedikit perubahan dengan menulis kod berikut dalam fail .httaccess blog anda:

<IfModule mod_expires.c>ExpiresActive On
#this will remeber the images for 1year.ExpiresByType image/jpg "access 1 year"ExpiresByType image/jpeg "access 1 year"ExpiresByType image/gif "access 1 year"ExpiresByType image/png "access 1 year"
#this will remeber the .css for 1 month.ExpiresByType text/css "access 1 month"
#this will remember the .html for 1 month.ExpiresByType text/html "access 1 month"
#this will remeber the .pdf for 1 month.ExpiresByType application/pdf "access 1 month"ExpiresByType text/x-javascript "access 1 month"
#this will remeber the flash file for 1 monthExpiresByType application/x-shockwave-flash "access 1 month"
#this will remeber the favicon for 1 monthExpiresByType image/x-icon "access 1 year"
#if access is not mention then default is this.ExpiresDefault "access 1 month"</IfModule>

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.