Peta dari KL ke Cameron Highland

Peta dari KL ke Cameron Highland – Saya teringat pula masa pergi berjalan bersama keluarga ke Cameron Highland. Kenangan pada masa tu saya masih tinggal lagi di Kuala Lumpur. Dengan aircond rosak masih mampu mendaki bukit yang bersimpang-siur itu. Huhu, kiri kanan kadang-kadang berselisih dengan penduduk orang asli yang menjual petai. Hendak ke Cameron Highland ni mudah saja. Masa saya pergi tu pada waktu malam. Kurang juga lah kereta pada masa tu. Ditambah dengan cuaca hujan dan sejuk. Kami bertiga, saya, anak lelaki ku dan isteri.

Jauh Cameron Highlands dari Kuala Lumpur ialah 300 km atau 3.5 jam perjalanan melalui lebuhraya PLUS. Pengunjung akan melalui susur keluar Tapah, selepas membayar tol, sila belok ke kiri pada lampu isyarat pertama dan teruskan perjalanan untuk ke Cameron Highlands. Jauh perjalanan dari Tapah hanya 60km, tetapi ingat disitulah cabaran sebenar. Jalan bengkang bengkok, licin dan sempit. Sesiapa tak tahan boleh mabuk, walaupun begitu, pengunjung boleh berhenti rehat di Lata Iskandar untuk menikmati kecantikan air terjun sebelum meneruskan perjalanan. Perbagai pemandangan cantik disepanjang perjalanan, orang asli menjual petai dan hasil hutan lain, pastinya menjadikan perjalanan anda amat menarik. Sebelum sampai Tanah Rata, pengunjung akan sampai dahulu bandar Ringlet. Bila dah sampai situ, lega sikit kerana udara dah mulai sejuk. Dari situ jika memandu perlahan, anda boleh sampai dalam masa 1.5 jam sahaja.

Ini satu peta diambil daripada sumber Google yang anda boleh buat rujukan (Sila klik pautan di bawah gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas):

peta dari kl ke cameron highland

Peta Google

Jangkaan masa terpantas yang dijangka diambil dari jarak destinasi KL ke Cameron Highland adalah seperti berikut:

1. Kereta: 2 jam 59 min (206.0 km) menerusi Lebuhraya Utara – Selatan/E1 dan Laluan 59
2. Jalan Kaki: 47 jam (203.5 km) melalui Laluan 1 dan Laluan 59

PESANAN UNTUK PEMANDU:

i. Sila bawa beg plastik jika tak tahan mabuk

ii. Jika berselisih dengan lori atau bas, beri laluan dulu, jangan main redah masuk terus, ingat kiri atau kanan laluan anda ada jurang yang sayup mata memandang ke bawah.

iii. Pandu perlahan jika hujan kerana jalan licin.

iv. Pengunjung Muslim boleh berhenti di Stesen TNB ditengah perjalanan untuk rehat kerana ada kemudahan surau dan tandas.

V. Biar lambat asal selamat. Ingat orang yang tersayang.

Leave a Comment