Jom Terjah Blog – Earncent.com Edisi 2 (Video)

Jom Terjah Blog – Earncent.com Edisi 2 (Video) | Alhamdulillah, akhirnya ada juga ruang masa untuk saya update blog, dan salah satu update saya di pagi Ramadhan yang Mulia ini adalah berkenaan dengan Terjah Blog EarnCent.com/blog Edisi ke-2. Kalau anda belum baca lagi edisi pertama maka dengan kacaknya anda boleh baca di SINI. Seperti yang saya beritahu dalam artikel sebelum ini, untuk sambungan edisi kedua ini adalah dalam bentuk video.

Melalui video ini saya akan tunjukkan secara lebih detail tentang bahagian-bahagian yang telah saya review sebelum ini. Ini bermakna, anda dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang blog Earncent.Com dan siapakah Titan ini di persada maya ini melalui video-video tersebut. Saya juga membuat 1 bahagian tambahan dalam review video ini, ada di bahagian bawah sekali dalam artikel ini. Saya tulis semula headline bahagian-bahagian yang saya sebutkan di dalam review saya sebelum ini agar dapat memudahkan anda untuk memahami apa yang sebenarnya yang hendak saya sampaikan. Ok, kita mula sekarang.. JOM TERJAH!!

Bahagian 1: Bagaimana saya menjumpai blog EarnCent.Com..

Bahagian 2: Langganan Artikel Baru VS Artikel Lama

Bahagian 3: HOT Product

Bahagian 4: Antara Tersurat dan Tersirat

Bahagian Tambahan: Earncent.Com & Titan di persada Maya.

Semua penerangan pada setiap bahagian sudah saya terangkan melalui video di atas, jadi tak perlulah saya taip sekali lagi apa yang saya cakapkan dalam video tu. saya harap video-video review yang saya hasilkan itu dapat memberi maklumat kepada anda tentang blog earncent dan tuannya. saya amat sarankan agar anda pergi sendiri ke blog Earncent.com/blog untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut dan dalam masa yang sama saling tegur sapa dengan pemilik blog iaitu saudara Ahmad Faizal. Itukan lebih baik?

Oleh kerana saya sendiri tak pernah bertemu dan bersua kenal secara live dengan pemilik blog earncent.com jadi review saya hanya setakat pengenalan saya melalui alam maya saja, jadi ada keterbatasan di situ. Tentang warna rambut, tinggi dan berat badan saya tak dapat nak beri detail apatah lagi nak meneka meneki. Mungkin ada di antara anda lebih mengenali beliau? Ada tak?

Ok, setakat ini dahulu review saya tentang blog Earncent, 2 edisi saja.. tiada edisi lain dah selepas ini. Hehe, saya rasa cukup dan memadai 2 review saya nie buat bacaan dan pengenalan kepada anda terutamanya yang masih belum mengenali blog earncent dan tuannya. Sekian, adios n yosh!

PS: 1-2 minggu nie saya sibuk dengan projek baru. Jarang saya update blog, review nie salah satu dari projek saya, alhamdulillah, berjaya juga siapkan. Semoga bermanfaat. 🙂

PSS: Pertandingan Earncent Review 2011 yang dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Titan, PanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com, AnakDunia dan Ohcikgu.com.

Leave a Comment