1

Pokok Halau Nyamuk – Jerimin Pokok Penghalau Nyamuk

Pokok Halau Nyamuk – Jerimin Pokok Penghalau Nyamuk. Statistik tahun 2015-2016 merekodkan peningkatan kes demam denggi yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, bahkan naik mendadak dua kali ganda dari tahun 2014 dan ke bawah. Hal ini mendatangkan kebimbangan kepada rakyat Malaysia. Pelbagai iklan mengenai bahaya nyamuk aedes dan cara mencegahnya bagi memupuk kesedaran di kalangan awam. Namun, ‘serangan’ Aedes seolah-olah tidak berkurangan!

Seperti yang kita ketahui, demam Aedes berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes. Tindakan awal setelah mengesan wabak ini mampu mengelakkan ianya menjadi lebih teruk dan boleh diubati. Namun, bagaimana pula dengan pencegahannya samada di dalam rumah mahupun di luar rumah kita sendiri. Bila disebut mengenai pencegahan daripada serangan nyamuk, dengan sekilah pasti akan muncul di dalam fikiran kita (termasuklah saya): Ubat Nyamuk atau Penyembur Nyamuk yang popular iaitu Redsect!

Tahukah anda, terdapat cara pencegahan lain yang turut berkesan dan paling penting semula jadi yang tidak mengandungi bahan beracun? Bahkan, cara ini boleh anda gunakan berulang kali tanpa perlu berbelanja besar dan sentiasa boleh digunakan dengan tempoh masa yang lama.

Pokok Halau Nyamuk

pokok halau nyamuk

Pokok Jerimin atau lebih popular dengan nama jolokan Pokok Halau Nyamuk adalah tumbuhan yang pada masa kini menjadi trend dan laris digunakan untuk tujuan menghalau nyamuk! Tanaman ini terbukti mujarab untuk menghalau pelbagai jenis nyamuk termasuklah aedes dan sekaligus menjadi alternatif pilihan orang ramai sebagai pencegahan denggi.

Di pasaran atau gerai-gerai menjual pokok, pokok penghalau nyamuk Jerimin ini mendapat sambutan luar biasa di kalangan rakyat Malaysia sehingga ada diantara penjual tumbuhan ini kehabisan stok bekalan. Dengan harga sekitar RM15 hingga RM10, pokok ini menjadi tanaman yang paling dihendaki.

Daripada maklumat yang admin perolehi, tanaman penghalau nyamuk ini memang sering digunakan sebagai cara tradisional oleh masyarakat pada zaman dahulu kala untuk menghalau nyamuk sebelum kewujudan ubat nyamuk.

Pokok Penghalau Nyamuk

Nama saintifik atau botani bagi pokok Jerimin adalah pelargonium radula, jadi bagaimankah pokok Jerimin ini dikatakan boleh berfungsi menghalau nyamuk? Untuk pengetahuan anda, tumbuhan ini akan bertindak balas mengeluarkan bau yang kuat seakan penyembur serangga sekiranya daunnya disentuh. Istimewa pokok ini berbanding pokok hiasan lain kerana ia membebeaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang unik dan amat diyakini mampu menghalau nyamuk yang berada di dalam rumah pemiliknya.

Cara menjaga pokok Jerimin – Penjagaan pokok ini tidaklah sesukar yang disangka kerana anda tidak perlu memberi perhatian khusus seperti pokok hiasan lain. Hanya letakkannya di dalam bekas pasu dan perlu disiram dua kali seminggu selain mendedahkannya kepada cahaya pancaran matahari sekali sehari sudah memadai bagi memastikan pokok halau nyamuk ini terus hidup.

Advertisement

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.