Cashout Pertama Churpchurp

Cashout Pertama Churpchurp – Buat Duit Internet percuma dengan Churpchurp. Alhamdulillah, hari ini Isnin 27 hb Jun 2011, buat pertama kalinya saya dapat Cashout duit Churpchurp. Hehe, liat betul! Mana tidaknya setiap hari saya login akaun Churpchurp untuk melihat update terkini pendapatan Churpchurp saya. Ya, saya tahu.. melalui pembacaan saya daripada blog-blog lain, program Churpchurp nie lambat sikit update earning dan klik yang terhasil berbanding program Says. Namun, hari ini akhirnya diorang update. Mengikut kiraan saya, dekat seminggu juga saya tunggu update Churpchurp nih.

Sebelum ini baki akaun saya dalam RM83++. Hari ini meningkat dan peningkatan tersebut membolehkan saya cashout baki duit dalam akaun Churpchurp saya. Saya tersenyum sebentar. Tunggu cek sahaja la untuk sampai ke rumah. Erm.. sebenarnya saya mula perasan setelah saya buka akaun Nuffnang saya, ada update earning. Kemudian serta-merta saya semak sekali lagi (yang entah ke berapa kali saya check) akaun Churpchurp. Mana tahu ada kemaskini earning. Ternyata, terdapat kemaskini terbaru! Ia membuatkan saya tersenyum sebentar.

Seingat saya, saya join program Churpchurp nie baru sebulan lebih. Berbanding program Says yang 2 tahun dah saya join. Hehe, tapi kedua-dua program ini saya baru sahaja aktifkan diri. Jika digabungkan, saya jangka boleh menjana wang dengan kedua-dua program ini lebih dari RM250 sebulan! Erm.. memang berbaloi, teknik eksploitasi saya menjadi.

Jadi dengan gembiranya saya menunjukkan bukti melalui video 2 minit yang sempat saya rakam kepada anda mengenai cashout pertama kali saya nih.. semoga dapat memberi inspirasi untuk anda menjana wang online. 🙂

Cashout Pertama Churpchurp – Jom Jana Wang Online from Afiffuddin Mohamad Sukri on Vimeo.

Maka dengan ini bertambah satu lagi program jana wang online yang saya jangka dapat membayar saya setiap bulan, insya-Allah. Sekurang-kurangnya dapat juga menampung kos-kos online dan offline saya yang semakin bertambah. Pada masa yang sama dapat juga menambah simpanan saya. Yalah, sebagai seorang ayah, saya perlu membahagikan masa dan wang ringgit. Tambahan pula saya kini masih menuntut. Mungkin dikalangan anda juga begitu.. jika bukan sekarang, pada masa akan datang. Betul tak?

Sekarang saya hanya perlu menunggu check daripada Churpchurp. Nanti bila dah dapat cek tu saya akan update dan kongsikan pendapatan pertama saya daripada program Churpchurp nih dengan anda semua. Insya-Allah.

Mengenai cara-cara buat duit dengan Churpchurp serta teknik bagaimana saya jana wang dengan program Churpchurp nie, tiada yang lain adalah dengan promote link yang diberi di dalam wall Facebook, Twitter, dan Blog.

JOM sertai Churpchurp, anda boleh join di SINI

Baiklah, saya rasa itu sahaja perkongsian saya kali ini. Sekian daripada saya untuk update Churpchurp.

PS: Lepas saya Cashout tadi, selain dapat email dari Churpchurp, kemudian saya dapat email bertajuk “[SAYS.my] Your cash-out request is verified!”

Leave a Comment