0

Penanda Buku Kreatif – Contoh Penanda Buku Kreatif Comel

Penanda Buku Kreatif (Creative Bookmarks) – Contoh Penanda Buku Kreatif Comel. Anda mencari contoh penanda buku kreatif. Melalui post ini saya akan kongsikan beberapa gambar koleksi penanda buku yang kreatif dan comel yang boleh dijadikan idea penanda buku anda.

Mengenai penanda buku ini, baru-baru ini saya ada belikan buku cerita keluaran Ana Muslim kepada dua orang anak saya di kedai buku. Seorang perempuan berumur 5 tahun dan seorang lagi lelaki 7 tahun. Pada waktu itu jugalah merupakan kali pertama saya ajarkan anak saya bagaimana membaca buku menggunakan penanda buku.

Penanda Buku Kreatif

Penanda buku selain daripada berfungsi menanda halaman atau mukasurat yang sudah dibaca, ia juga dapat membantu terutamanya kanak-kanak membaca dalam susunan beris dan perenggan dengan teratur dan tidak tersilap ulang baca perenggan atau baris ayat. Ia juga dapat mengelakkan daripada pembaca melangkau baris bacaan, caranya letakan sahaja penanda buku mengiring selari di bawah baris ayat yang dibaca. Cara ini juga saya ajarkan kepada anak saya setelah saya uji 1 muka bacaan, saya dapati bahawa mereka dengan tidak sedar telah melangkau bacaan dan kadang-kala mengulangi baris bacaan yang sudah dibaca. Erm, saya juga pernah mengalaminya dan saya pasti dikalangan pembaca lain juga begitu.

Berbalik kepada tajuk, di bawah ini saya kongsikan beberapa koleksi penanda buku buat tatapan anda:

Contoh Penanda Buku Kreatif

penanda buku kreatif

Penanda buku ini direka sebagai penanda yang diletakkan di bahagian bucu mukasurat. Walaupun pada mulanya agak sulit untuk memasukkan hujung kertas halaman, naman lama kelamaan ia menjadi biasa dan anda akan dapat ia senang digunakan.

Penanda buku jenis klip ini lebih mudah digunakan kerana ia tidak memakan ruang. Dengan klip sesuai untuk anda dapat menanda mana-mana halaman buku rujukan dalam skala yang banyak. Orang perempuan sukakan jenis ini.

Penanda Buku Comel

penanda buku comel

Penanda buku ini memudahkan anda menanda baris di halaman bacaan yang anda baca. Ia membantu anda untuk merujuk semula bacaan, kreatif bukan?

Penanda buku berbentuk “tunas pokok” atau anak pokok ini menjadi trending di Jepun, bahkan ada rakyat jepun menjadikannya sebagai fesyen dengan meletakkan di atas rambut. Huhu.

Demikian 4 gambar koleksi penanda buku. Antara keempat-empat gambar, yang manakah menjadi pilihan anda?

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.