About

Jantina: Dilahirkan sebagai seorang anak lelaki.

Tarikh Lahir: Waktu itu, genap June 14, 1986 aku dilahirkan ke dunia ini. Hari Sabtu, ya itulah harinya.

Adik-beradik: Termasuk aku berjumlah 5 orang semuanya. Aku pula anak ke dua alias abang besar. Aha

Nor Hafizah Mohamad Sukri (kakak sulung yang nakal)
Ahmad Tarmizi Mohamad Sukri (big bro yang ala arab)
Nurul Amali Mohamad Sukri (cute sis yang perasan sebab mesti dia perasan kalau baca nih. Ahaha)
Amirul Basiir (adik bongsu yang tinggi dariku, jeng)

Anak: Yeah, saya ‘pernah’ berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Syukur tidak terhingga kepada Allah dan terima kasih kepada si dia.

Anak lelaki pertamaku, namanya diberi ex-wife: Ahmad Fahim Akhyar, baru 6 umurnya, lahir di kampung halaman si dia, Perak.

Anak perempuan pertamaku, namanya dipilih olehku sendiri: Nurul Nuha, genap 4 tahun umurnya, dilahirkan di kampung halamanku, Perlis.

Pendidikan

Afiffuddin dilahirkan di Arau, Perlis. Mendapat pendidikan awal rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Juara, Cherok To’kun, Pulau Pinang. Kemudian di peringkat menengah menuntut ilmu di Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau Perlis yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Al-Maad. Selama 6 tahun di sana dari PMR sehingga ke peringkat STAM.

Kemudian menyambung pengajian Ijazah Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir selama 2 tahun sebelum menyambung semula ijazah Syariah di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah selama 3 tahun sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Syariah di KUIN pada Januari 2014.

Beliau mula bergiat secara aktif sebagai Internet Marketer (IM) hmpir sepenuh masa sejak 2009. Pendapatan Utama dan Pertama beliau datang dari program pengiklanan Google AdSense dan Affiliate tempatan.

Kini beliau aktif di dalam Blogging dan Pengiklanan. Anda boleh menemui Afiffuddin melalui rangkaian social seperti Google +, Facebook, Twitter, Youtube dan Wang Cyber.

Mengenai Blog Afiffuddin.Com

Blog Afiffuddin.Com dilancarkan pada tahun 2009. Ia dihasilkan khas untuk berkongsi bersama pembaca mengenai maklumat-maklumat terkini program-program jana wang online yang beliau sertai disamping beberapa maklumat yang berkaitan dengan perniagaan lain yang turut di kongsi bersama.

Dikemaskini pada: 4 Julai 2014 (Hari ulangtahun kelahiran anak lelakiku).

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.