Pin It

Contoh dan format surat berhenti kerja

December 13, 2010 | 0

contoh dan format surat berhenti kerja. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera! Adakah anda bercadang untuk berhenti kerja dan hendak meletak jawatan atau mendapat pekerjaan yang lebih baik? atau nak jadi boss sendiri? Tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk menulis surat berhenti kerja tersebut. Di sini saya ada tips bagi mereka yang ingin menulis surat resignation atau berhenti kerja. Format surat berhenti kerja juga lebih kurang sama dengan surat lainnya yang terdiri dari 3 komponen penting, iaitu Pendahuluan, Isi dan Penutup.

Dibawah ini adalah contoh dan format surat berhenti kerja yang dimaksudkan, sebelum itu saya ingin berkongsi beberapa maklumat serta panduan berguna kepada Anda tentang pekerjaan:

1. Rahsia Resume Kerja
2. Teknik Menjawap Soalan Temuduga

Format Surat Perletakan Jawatan atau Berhenti Kerja

Maklumat untuk Hubungi Anda
Nama Pertama dan Terakhir Anda
Alamat
Bandar, Negeri, Poskod
Nombor Telefon
Alamat Email

Tarikh

Maklumat Hubungi Majikan
Nama
Tajuk
Organisasi
Alamat
Bandar, Negeri, Poskod

Salam
Tuan / Puan. Nama Terakhir,

Perenggan Pertama
Surat anda harus mengatakan bahawa anda mengundurkan diri dan nyatakan bilakah masa pengunduran diri anda yang sesuai.

Perenggan Kedua (Pertengahan)
Bahagian (pilihan) berikutnya dari surat pengunduran diri anda harus berterima kasih kepada majikan anda diatas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada anda selama anda bekerja dengan syarikat.

Perenggan Terakhir
Sertakan bersama surat perletakan jawatan (juga pilihan) dengan menawarkan untuk membantu peralihan.

Penutup

Dengan segala hormat,

Tanda tangan / Cop

Tulisan tangan

Nama Penuh

Contoh Surat Berhenti Kerja

Afiffuddin Bin Mohamad Sukri
Facebook User
28, Lorong Alma Jaya 12,
Taman Alma Jaya,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
012-XXXXXXX
alamatemail@yahoo.com
14 Jun 1986

Mark Zuckerberg
CEO/Presiden Facebook
Facebook Inc
1601 S. California Ave
Palo Alto, CA 94304

Mr Mark Zuckerberg:

Tujuan dari surat ini adalah untuk mengumumkan pengunduran diri saya dari Facebook Inc, sebaiknya dua minggu dari tarikh ini.

Ini bukan keputusan yang mudah untuk dibuat, di pihak saya. Dalam 10 tahun terakhir sudah sangat bermanfaat. Saya gembira bekerja untuk anda dan menguruskan pasukan yang sangat berjaya yang didedikasikan untuk produk berkualiti dihasilkan dan dihantar tepat pada masa.

Saya telah menerima kedudukan sebagai Pengurus Besar, Google Inc di Mountain View. Peluang ini memberi saya peluang dan kesempatan untuk berkembang secara profesional dan saya hanya akan berada beberapa batu sahaja dari keluarga saya.

Saya berharap anda dan syarikat semua yang terbaik. Saya berharap kita dapat berkerjasama lagi di masa depan.

Dengan segala hormat,

mysignature Contoh dan format surat berhenti kerja
Afiffuddin Bin Mohamad Sukri

Contoh Surat Berhenti Kerja 2

Sumber – pandangankritikanpembinaan.blogspot.com

Berikut adalah contoh surat berhenti kerja yang saya karang sendiri. Gunakanlah ia sebaik mungkin :-

Siti Norhayati Bte. Jamalan
No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,
Bukit Serampang,
85210 Jementah, Ledang,
Johor Darul Takzim.

Tuan Hj. Khalil Bin Jali
Sek. SRI Seremban
Jalan Dato’ Kelana Maamor,
70200, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh

Tuan,

Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban

Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _________________(tarikh).

Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.

Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Semoga tuan menerima baik notis ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..
(Siti Norhayati Bte. Jamalan)

Demikian 2 contoh surat berhenti kerja. Semoga Contoh dan format surat berhenti kerja di atas dapat membantu anda.

Sekian,
Best regards,
Afiffuddin

PS: Sekiranya anda sedang mencari pekerjaan baru, di sini saya sertakan 2 cadangan kerja yang boleh anda lakukan secara offline dan online yang terbukti mendatangkan hasil yang memberangsangkan, sila layari link dibawah untuk melihat buktinya;

1. Bisnes Printing >> LINK
2. Bisnes T-Shirt >> LINK

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


8 − four =