Pin It

Surat rayuan saman – sample dan format surat rayuan

July 29, 2011 | 0

Surat rayuan samansample dan format surat rayuan. Siapa yang pernah dapat surat saman kompaun trafik? Kadang-kadang ada yang sampai 4 saman sekaligus! Kalau dah kumpul banyak-banyak saman maka duit pun banyak-banyaklah untuk dilaburkan. Hehe, pernah sekali kakak aku kena 4 saman sekaligus. Dekat RM600 juga kalu tak silap aku, kalau nak kurangkan kena jumpa Ketua Polis Trafik di IPD. Apa lagi terus pergi jumpa dan alhamdulillah dapat potongan diskaun 50%. Lepas tu serik terus.

Kat bawah nie hanya contoh surat rayuan untuk mengurangkan saman trafik anda. Diambil daripada pejabat polis trafik, boleh la gunakan sample dan format rayuan ini untuk urusan pembayaran saman anda nanti, ada dua contoh yang aku letak, anda pilihlah mana-mana yang berkenan:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sample dan format surat rayuan I
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nama & Alamat

Tarikh:

Kepada
Ketua Cawangan Trafik,
Ibu Pejabat Polis Daerah
Seberang Perai Utara,
Polis Diraja Malaysia,
Jln. Heng Choon Thian
12000 Butterworth,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Tuan,

Rayuan Dikurangkan Kadar Kompaun Kesalahan Saman Trafik

Saya seperti nama diatas ingin memohon jasa baik tuan agar dapat mengurangkan kadar kompaun saman trafik atas kesalahan —————— yang dilakukan oleh saya ke atas saman nombor—————–, kenderaan nombor —————.

2. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini dan diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

——————————–
Nama & tandatangan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sample dan format surat rayuan II
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nama,
Alamat sendiri.
__________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Padang Besar,
Ibupejabat Polis Daerah
Padang Besar
Polis Diraja Malaysia,
02100 Padang Besar,
Perlis 19hb September 2011

Tuan,
Rayuan Mengurangkan Kadar Saman, No Saman XXXXX, No Kenderaan ABC XXX.
————————————————————————————-

Murujuk kepada perkara di atasm saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan ke atas saya.

2. Saya merayu agar kadar saman yang dikenakan ke atas saya dikurangkan kerana:-
i) Masalah keewangan, bebanan keluarga yang tinggi.
ii) Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya di masa hadapan.

3. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik pihak tuan.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

______________
(Nama Penuh)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mendapatkan alamat Ibu Pejabat Daerah (IPD) kawasan anda, boleh rujuk pautan ini ~ Alamat, E-mel & Telefon PDRM

Bagi kesalahan seperti tidak memakai tali pinggang keledar / letak kereta di atas garis kuning, saman dikurangkan daripada RM70 kepada RM50. Manakala untuk kesalahan seperti memandu melebihi had laju, saman dikurangkan daripada RM150 kepada RM100. Pandu cermat, wang selamat. Tumpu pada pemanduan.

Ok, semoga info serta maklumat tentang sample dan format surat rayuan saman yang aku masukkan di atas tu dapat membantu anda. Tidak perlu pergi Balai terus, boleh draf terlebih dahulu kemudian baru pergi Balai untuk dapatkan RM100 diskaun. Sekian.

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


three + = 9