Pin It

Contoh surat kerja – contoh surat tawaran kerja

July 31, 2011 | 0

Contoh surat kerjacontoh surat tawaran kerja. Salam sejahtera. Berikut adalah contoh surat kerja atau contoh surat tawaran/lamaran kerja yang anda cari dan perlukan. Semoga post ini dapat membantu dalam pencarian anda. Sumber asal adalah daripada Skorcareer yang digubah semula oleh saya untuk kelihatan lebih unik dan bersepadan dengan masa serta berkaitan dengan apa yang anda cari dan perlukan.

Dibawah ini adalah format serta contoh surat tawaran yang dimaksudkan, sebelum itu saya ingin berkongsi beberapa maklumat serta panduan berguna kepada Anda tentang pekerjaan:

1. Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
2. Rahsia Resume Kerja
3. Teknik Menjawap Soalan Temuduga

Contoh surat tawaran/lamaran kerja:

Afiffuddin Bin Mohamad Sukri

IC: 860614-09-5XXX

Tarikh: 13 September 2011

Encik Afiffuddin,

Sukacita kami tawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir kepada anda dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. Tempoh kontrak

Tempoh kontrak adalah selama setahun, bermula dari 1 Oktober 2011 sehingga 31 September 2011. Penyambungan kontrak, jika perlu, akan dibincangkan sebelum tamatnya kontrak. Anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.

2. Gaji

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM800 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1000 sebulan selepas tempoh percubaan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.

4. Cuti tahunan

Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-rated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

5. Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda.

6. Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk merujuk kepada pihak pengurusan.



7. Penamatan kontrak

Sepanjang tempoh kontrak ini, kedua dua pihak boleh menamatkan kontrak melalui pemberian notis 1 bulan lebih awal.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi ini.

Yang benar,

…………………………………………..

Pengurus

Pengakuan dan penerimaan

Saya …………………………………………, nombor IC ………………………………. dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………..

Demikian contoh surat kerja atau contoh surat tawaran kerja. Semoga Contoh dan format surat berhenti kerja di atas dapat membantu anda dalam memantapkan lagi pengurusan serta organisasi syarikat anda.

Sekian,
Best regards,
Afiffuddin
http://kuntao-marketing.com/

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


four + 9 =