Trik tulisan terbalik FB – Cara membuat tulisan terbalik di Facebook

July 12, 2011 | 0

Trik tulisan terbalik FB - Cara membuat tulisan terbalik di Facebook
Aha! Itu lah tajuk kita hari ini.. hehe, sebenarnya aku dah cuba tulis tulisan terbalik nih dalam blog Afiffuddin.Com, tak tahu kenapa tak jadi pula, seperti tulisan arab pun sama juga…so terpaksa aku crop gambar letak di baris pertama atas tu, ok sila terbalikkan komputer anda untuk membaca ayat di atas tu. Boleh teka? Sebenarnya tiada trik yang tersembunyi, semua orang boleh buat kalau tahu cara.. apa pun yang penting ia menarik dan kreatif! So, macamana hendak buat tulisan terbalik nih?

Ok, dah..dah, aku tau ada yang siksa nak baca tulisan bergambar tu sampai terpaksa pusing kepala 180 darjah. Tajuk terbalik tu sama sahaja dengan tajuk artikel nie. Cara membuat tulisan sebegini adalah mudah sahaja, caranya anda hanya perlu kunjungi laman sesawang Flip Text Generator.

Trik tulisan terbalik FB - Cara membuat tulisan terbalik di Facebook

Seterusnya anda masukkan atau taip sahaja apa-apa ayat, kemudian secara automatik web itu akan generate dan ubah tulisan yang anda taip tadi tu. Mudah kan.. tak ada rahsia pun..

Kemudian anda tulis ‘copy’ tulisan terbalik yang terhasil itu tadi dan ‘paste’kan ke wall Facebook anda. Sambil-sambil tu tag juga beberapa kawan anda. Pasti meriah! Sebab tak ramai yang tahu.. kemungkinan akan ada orang mula bertanya anda.. “eh, cmne ko buat tulisan cmtu?”. Kalau anda mahu jual mahal pun boleh, jawap je “meh aku tolong buatkan”, tanpa memberitahu caranya… hehehe!

Trik tulisan terbalik FB - Cara membuat tulisan terbalik di Facebook

Ok, itu sahaja tips yang ‘amat berfaedah’ yang ingin aku kongsikan sebelum masuk waktu subuh. Sekian~



Facebook comments:

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge