Advertisement

0

Tips Memasarkan Produk di Facebook

Tips Memasarkan Produk di Facebook – Facebook adalah social network yang pesat membangun, pada masa sekarang sebut sahaja Facebook mesti ramai orang tahu, dalam iklan dan rancangan di TV ada sebut mengenai Facebook. Bahkan kebanyakan produk yang diiklankan dalam TV mesti ada perkataan “find us on Facebook” atau temui kami di Facebook. Di dalam radio juga demikian. Boleh dikatakan kebanyakan stesen Radio mempunyai Facebook page mereka sendiri. Mereka berinteraksi dengan peminat menerusi Facebook.

Kalau saya nak disebutkan semua contoh memang banyak. Jadi terbukti bahawa Facebook memang tempat yang sesuai untuk memasarkan produk anda. Saya pernah sebut di dalam artikel saya di SINI tentang cara saya promosi blog melalui Facebook. Cara yang sama juga anda boleh terapkan dan gunakannya untuk memasarkan produk anda di Facebook.

Itu beberapa pengenalan tentang pemasaran di Facebook. Baiklah apa bila dikatakan produk, ia tidak menjurus kepada produk anda sahaja, bahkan produk orang lain dimana sekiranya anda menjual produk mereka maka anda akan memperolehi komisyen pada setiap jualan yang terhasil. Di dalam pemasaran internet ia disebut Affiliate dalam Bahasa Melayunya Agen Jualan. Ada beberapa sahabat Facebook saya yang bertanya kepada saya bagaimana nak jana wang di internet. Saya jawap: Cara yang paling mudah ialah Affiliate, dan cara promosinya ialah melalui Facebook! Untuk memudahkan mereka memahami tentang teknik jana wang melalui affiliate di FB, maka saya buatkan satu video KHAS 3 teknik memasarkan produk di Facebook. Anda boleh melihat video tersebut di bawah.

Tips Memasarkan Produk di Facebook

Itu 3 teknik mudah yang anda sendiri boleh lakukan serta merta, selain itu ada pelbagai lagi teknik dan tips memasarkan produk di Facebook, saya nak kongsi tips-tips berkenaan bersama anda.. Sharing is Caring:

Tips 1: Facebook adalah tempat bersosial.

Ingat bahawa Facebook ialah tempat untuk bersosial. Jadi anda hendaklah memasarkan produk anda seolah-olah kelihatan seperti bersosial. Teknik ini dipanggil soft selling, iaitu menggunakan ayat yang lebih kepada ingin berkongsi. Contohnya seperti yang saya lakukan seperti dalam video di atas.

Tips 2: Sertai Group-group berdasarkan niche produk anda.

Jika anda menjual baju bayi, sertai group-group yang berkaitan dengan bayi, mudah sahaja, anda search di Facebook perkataan bayi, nanti akan disenaraikan pelbagai group yang berkaitan dengan bayi. Kemudian tambah rakan (add friends) dari group tersebut. Selain untuk menambah kenalan, mereka juga akan dapat melihat info profile FB anda. Jangan terus promote produk anda di group tersebut, sekurangnya mulakan dengan pengenalan serta tips-tips percuma dan linkkan ke produk anda.

Tips 3: Guna fungsi di Facebook semaksimum mungkin

Jika anda lihat video di atas, saya menggunakan teknik Ayat Soft Selling + Tag Rakan, Upload Gambar + Tag Rakan dan Event. Fungsi yang Facebook sediakan seperti Tag, Photo dan Event perlu anda guna semaksimum mungkin. Selain itu anda juga boleh menggunakan fungsi lain seperti Upload Video dan Notes.

Tips 4: Buat Group dan Page Anda sendiri

Selain sertai group dan Fan Page mengikut niche anda, anda juga boleh membuat group dan fan page anda sendiri di Facebook. Untuk cipta Group, pergi ke Facebook Homepage, lihat di sebelah kiri sidebar dan klik Create Group. Lihat gambar di bawah:

Tips memasarkan produk di Facebook

Untuk create Fan Page pula, sila ke SINI.

Tips 5: Interaksi dan Kreadibiliti.

Wujudkan hubungan dua hala antara anda dan rakan-rakan anda, sentiasa bertegur-sapa sama terutamanya di Group. Selain itu anda juga boleh mengucapkan selamat hari lahir kepada rakan-rakan Facebook anda. Ini dapat merapatkan hubungan anda dengan rakan anda. Gunakan bahasa yang sesuai. Elakkan penggunaan bahasa pasar dan SMS jika perlu. Cuba menjadi yang terawal menjawap soalan rakan-rakan anda, kerana dengan ini anda mampu membina kreadibiliti anda bagi menarik minat rakan anda seterusnya bertukar kepada pembeli produk anda.

Tips 6: Fungsi Chat

Gunakan Fungsi Chat sebaik mungkin, anda boleh bahagikan Rakan-rakan anda kepada list-list tertentu untuk memudahkan anda memasarkan produk anda. Selain daripada fungsi Chat anda sendiri, di Group juga disediakan Chat khas. Ini bermakna anda boleh berinteraksi dengan semua member sesuatu group dengan lebih mudah.

Tips 7:Pengiklanan di Facebook

Tahukah anda bahawa dengan beriklan di Facebook dapat menjimatkan masa anda, anda cuma perlu keluarkan sedikit modal pengiklanan bahkan jika kena cara kos pengiklanan Facebook dapat dikurangkan 120% daripada kos asal. Potensi pengiklanan Facebook atau Facebook Ads amatlah berkesan di dalam memasarkan produk anda. Anda boleh melihatnya di SINI atau klik banner di bawah ini.

Demikian 7 tips memasarkan produk di Facebook yang ingin saya kongsikan bersama anda. Saya harap semoga tips di atas dapat membantu anda semua untuk memasarkan barangan anda. Siapa tahu mungkin disebabkan tips saya ini tiba-tiba timbul idea untuk anda jalankan bisnes di Facebook. Sekian dahulu. Wassalam.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *