Rahsia buffered earning Nuffnang – Cara dapat buffered earning

August 14, 2011 | 20

Nuffnang. Macamana anda sebut? Nuffnang atau Nuffneng? Apa sajalah, asalkan anda sendiri tidak tergeliat lidah. Anda perasan tak ramai blogger-blogger tempatan aku lihat selalu update post mereka mengenai buffered earning Nuffnang atau dalam singkatannya di sebut BE. Meriah betul aku lihat pada setiap post mereka mesti ada komen membina bertanyakan bagaimana dan apa rahsia buffered earning Nuffnang yang mereka dapat, dan setiap kali itulah juga aku menjumpai pelbagai tips-tips yang dikongsikan tentang cara nak dapat buffered earning.

Bila aku check kembali mengenai buffered Nuffnang nie rupanya dah lama aku dapat. Hehe, cuma aku tak ambil kisah sangat, sebab aku lebih kisahkan tentang klik, lagipun earning dari buffered Nuffnang aku ciput ja. Tapi..tupa-rupanya penting juga buffered Nuffnang nie, jadi aku akan kumpulkan tips-tips blogger lain tentang macam mana nak dapat buffered earning Nuffnang nie dalam artikel aku kali ini, supaya dapat memudahkan aku merujuk pada masa hadapan.

Seperti yang aku beritahu tadi, ada banyak tips buffered earning Nuffnang, tetapi tak semua tips-tips tersebut menjadi, kemungkinan kepada sesetengah blogger menggunakan kaedah itu berjaya dan ada yang tidak, antaranya ada yang mengatakan:

Pendapat Pertama: Traffic Tinggi – Untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, anda memerlukan traffik tinggi dan ramai pelawat ke blog anda untuk mendapatkan BE dan Metered Earning. Traffik ini mestilah daripada Malaysia kerana anda mendaftar di Nuffnang Malaysia, jadi iklan yang keluar di ads anda nanti adalah iklan dari syarikat di Malaysia yang memerlukan pelawat juga dari Malaysia.

Pendapat Ke-2: Traffic Rendah – Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yang trafficnya sekitar bawah 300 visitor sahaja sehari. Jika pelawat atas 300 sehari memang susah dan tak akan dapat BE.

Pendapat ke-3: Susunan Iklan (Ad Placement) – Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang dilihat oleh pelawat. Ada 3 jenis unit iklan bagi Nuffnang. Contohnya: Iklan Leaderboard sepatutnya di letakkan di bahagian HEADER bukan di footer, iklan Skycraper pula diletakkan di bahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain, akhir sekali iklan Large Rectangle sepatutnya diletakkan betul-betul di bawah post pertama anda. Jika anda tidak mengikut garis panduan yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Pengiklan.

Pendapat ke-4: Kemaskini Survey – Ini semua orang tahu, setiap kali hendak daftar blog baru di akaun Nuffnang anda kemudian akan disuruh menjawap survey yang berkaitan dengan blog anda. Jawaplah dengan sebaik-baiknya dan jangan main tanda sahaja. Di bahagian description blog anda ialah bahagian survey yang paling penting. Tulis description mengenai blog anda dengan lengkap, jangan 15 patah perkataan sahaja, sebaiknya guna semua 100 patah perkataan.

Pendapat ke-5: Backlink kepada Nuffnang – Ada juga mengatakan antara Rahsia dapat buffered earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang seperti ini >> Nuffnang Malaysia paling kacak. Buat satu entri khas pasal Nuffnag dan beri backlink kepada mereka.

Pendapat ke-6: Tulis entri dan post yang berkaitan dengan iklan Nuffnang – Yang nie ada sesiapa pernah buat? Aku tak pernah, tapi ada juga berjaya dengan cara ini. Lebih berkesan lagi, buat blog khusus yang berkaitan dengan niche iklan Nuffnang. Nak tahu niche apa yang sesuai mudah sahaja, anda lihat di bahagian Survey ada di bahagian kategori, buatlah blog atau subdomain menggunakan kategori-kategori itu dan tulis artikel yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh: Jika blog anda guna kategori fesyen, buat artikel mengenai fesyen sahaja, jika blog anda guna niche bisnes, tulis perihal bisnes. Itulah maksud aku. :)

Pendapat ke-7: Email Pihak Nuffnang – Sekiranya anda merasakan bahawa blog anda sudah layak mendapat BE, hantar email kepada pihak Nuffnang untuk claim dan memberitahu bahawa blog anda sudah bersedia dengan kacaknya untuk menerima BE. Haha, macam nak pegi meminang anak orang pula kena minta kebenaran ibu bapa. Yalah, ingat senang ke diorang nak bagi. Tulislah blog anda dah letak iklan pada kedudukan yang sebetulnya, traffic dah banyak, backlink ke Nuffnang pun dah beri, so nak claim lah BE. Rasa-rasa blog anda layak tak dapat BE?

Erm, aku rasa itu sahaja kot 7 tips-tips yang sempat aku kumpul. Lepas nie jika aku temui lagi tips berkenaan dengan cara dapat buffered earning aku akan tambah dalam entri ini. Kalau dilihat balik 7 tips yang aku taip kat atas tu, rasa banyak pula tips nak pilih, yang mana satu sebab ada juga yang bertentangan terutamanya pendapat pertama dan ke-2 tentang traffik tu. Kalau aku mudah sahaja, traffik tinggi memang penting, kalau tak dapat BE sekurang-kurangnya dapat klik, dan kemudian baki pendapat 3-7 memang wajib diikuti untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang.

Nasihat aku, buat dulu pendapat 1,3,4,5 dan 6 kemudian baru buat pendapat yang ke-7. Jangan main redah je, hehe. Owh, bagaimana pula dengan pendapat ke-2? Salah ka? Bagi aku ada juga kebenarannya sebab ada blog aku yang amat rendah traffiknya turut mendapat BE! Kenapa?.. tak percaya? Hehe, cuma BEnya rendah je la. Apapun bab traffik itu bukanlah syarat utama, anda tumpukan 3,4,5,6 dan 7. Itu penting.

Ok, setakat itu dulu entri aku kali ini, seperti biasa sekiranya anda ada pengalaman dan rahsia mendapatkan buffered earning, sila nyatakan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Semoga artikel aku ini dapat membantu anda dalam aktiviti menjana wang dengan Nuffnang.

Sekian, wassalam.

PS: Aku sendiri pun belum buat pendapat 3 sampai 7 tu, hehehe.. patutla blog Afiffuddin.Com tak pernah dapat BE, tup..tup, blog lain yang traffic rendah pula dapat.

Facebook comments:

Comments (20)

  1. memang banyak tips Buffered Earning. rasa teringin juga nak dapat hehe :P
    JOM baca post terbaru dari kopisoda ..minggu kedua Ramadhan 1432 Hijrah

  2. Pendapat ke-4 dan ke-7 pernah buat.

    Pasal bagi backlink/ tulis advertorial berkaitan Nuffnang tak pernah lagi, sebab tak sesuai dgn blog (blog saya bukan satu sahaja, dan kebanyakan bukan jenis personal blog)
    JOM baca post terbaru dari muhammad fakhruddin ..Outliers:Malcom Gladwell

  3. pendapat ke-7…..emel jer~

  4. paling mudah sekali, gi minta kat diorang. haha..

  5. to kopisoda – memang banyak, sebab tu aku kumpul dalam artikel nie. Hehe, buat rujukan di kemudian hari.

    to muhammad fakhruddin – aku pun sedang apply tips2 yg aku kumpulkan tu. :)

    to Harfiz@Bizstudent – Betul tu. Aku tengok ramai blogger guna teknik nie.

    to titan – Haa.. kan aku dh kata, ramai guna pendapat ke-7 nie, walaupun aku sendiri belum pernah buat lagi. hehe.
    JOM baca post terbaru dari Afiffuddin ..Tips elakkan Facebook di hack

  6. NCA

    Tak pernah buat pon ape2 tips..tiba2 dpt BE..memang terkejut..papepn thankz for da information…
    salam eidulfitri…
    JOM baca post terbaru dari NCA ..KAD RAYA GUA UNTUK LU

  7. informasi yg berguna untuk aku ni bro yang masih terkapai2 ni | nak tanya ni bro..links in..mcmna nak tmbh tu,aku tak faham pasal tu…blog aku xda data site linking in ni..bantu bro?
    JOM baca post terbaru dari anjung maya ..iPhone 6 atau iphone7 released 2012?

  8. to NCA – Aik tak pernah buat? Kalau dah letak iklan maksudnya dah buat pendapat ke-3. hehe.

    to Anjung Maya – 1st of all. Blog bro memang lawo. Site linking in nie kalu bro nak dapat mudah je. Pegi comment atau blog walking di blog orang lain. Mcm bro komen kt post nie. Pastu letak link blog bro. Contoh site linking in blog aku, bro bleh tengok di Alexa ~ http://www.alexa.com/site/linksin/afiffuddin.com , semoga jawapan aku dapat membantu. :)
    JOM baca post terbaru dari Afiffuddin ..Metered Earnings Nuffnang Pertama Afiffuddin.Com

  9. aku baru dapat BE hari ni dari nuffang..tekejut gak…memamg btol tips2 di atas ni..kebanyakkannye aku buat..
    JOM baca post terbaru dari kedaikasperskyonline ..|..HOT!!! HARGA HILANG AKAL| Activation Code Kaspersky Antivirus & Internet Security 2012 Serendah RM15 Seunit

  10. menarik ni..
    JOM baca post terbaru dari Azekzk ..Nilai seorang manusia atau insan

  11. Wahhh, tips nuffnang yang bagus ni untuk newbie mcm saya.. thanx admin kongsikan tips2 ni..
    JOM baca post terbaru dari TontonTV ..Jom Tonton : Mini TV Sayer…

  12. nur

    thankz..nice info.. :)

  13. salam. afif. aku tak paham la pasal nuffnang ni pasal aku masih baru lagi. aku da letak ad kat page aku cam yang die suruh. tapi die tulis kat situ tak dapat ape2 campaign lagi pun. unique visit meningkat. earning lak tak bergerak lgsung. boleh tak kau explainkan dengan lebih mendalam? hehe (muke tak malu)

  14. Info ringkas dan menarik. dapat buffered earning pon x byk….

  15. info yang sangat menarik..terima kasih
    JOM baca post terbaru dari Syahrulzaman ..The Poison Garden: Taman Botani Narkotik

  16. kalau yang update survey tuh,. menjadi kot sebab pernah sekali update survey trus dapat BE .. hehe
    JOM baca post terbaru dari jaerul ..Persaingan contest Eyriqazz vs Denaihati semakin sengit

  17. ann

    akak x kisah… hehehe… tp curios la jugak tgk org2 muda berebut nk BE ni. thanks for the info anyway…

  18. woww !sangat berguna untuk newbie macam saya.
    thanks for the info :D
    JOM baca post terbaru dari Crafty Nieya ..Video-What Makes You Beautiful by The Piano Guys !

  19. Good info utk newbie nuffnang mcm saya. Saya nak share tips ni.
    JOM baca post terbaru dari kraken villa ..Why Backlinking Is Important For Getting On To The First Page Of Google

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry

CommentLuv badge