0

Cara promosi blog – cara nak promosi blog dengan berkesan

Cara promosi blog – cara nak promosi blog dengan berkesan. Bagaimana dan apakah cara nak promosi blog dengan berkesan? Erm, blog dah ada artikel pun dah ada, cuma tak tahu macamana cara promote blog untuk dapatkan traffic atau pelawat. Jadi macamana, anda ada idea? Ok, melalui artikel ini saya nak berikan satu idea berkesan untuk promosi blog. Kenapa satu je? Kedekut betul.. sebenarnya kalau saya cerita semua jadi semakin panjang nanti artikel saya. Seperti biasa, saya mahu anda fokus! Buat dan guna cara promosi blog yang akan saya terangkan ini dahulu sebelum menggunakan cara lain.


Kini boleh dikatakan setiap orang ada Facebook kan? dan kebanyakan mempunyai beribu kawan di Facebook. Sekiranya blog atau website anda ialah bertemakan peribadi, menceritakan hal blogger anda seharian.. maka anda boleh menggunakan platform Facebook sebagai salah satu cara promosi blog. Itu jika blog peribadi, sekiranya blog anda ialah blog yang menggunakan niche tertentu atau menumpukan pada niche tertentu, senang cakap khas untuk perniagaan la. Anda boleh membina Fan Page berdasarkan niche yang sama. Saya beri contoh beberapa blog yang menggunakan platform Facebook Page untuk promosi service di web mereka:

– Baju Busana Pakaian Wanita Import & Softlens (mempunyai fans hampir 30K) >> Fanpage (LINK), Web Jualan (LINK)

– Kedai Kreatif (fans melebihi 10K) >> Fanpage (LINK), Web Jualan (LINK)

– Nuffnang (syarikat pengiklanan maya mempunyai hampir 30K fans) >> Fanpage (), Web Service (LINK)

Bagaimana? Ramai bukan?

Tahukah anda bahawa konsep atau cara promosi blog atau web jualan turut diguna pakai oleh artis-artis Malaysia untuk mempromosi diri dan filem baru mereka? Sebagai contoh ialah artis KRU, mereka sendiri mempunyai Facebook Fan Page khas untuk peminat mereka, dan menggunakan Facebook Fan Page secara Percuma untuk mempromosikan filem-filem keluaran mereka. Tak kah itu amat menjimatkan kos pengiklanan?

Fan Page KRU >> LINK, Website KRU >> LINK

Terkini KRU menjual T-Shirt pun melalui Fan Page! Anda boleh melihat di Fan Page salah satu filem mereka bertajuk Hikayar Merong Mahawangsa di SINI

Screnshoot:

Hikayat Merong MahaWangsa

Ok, mungkin ada antara anda yang akan merungut: “Aduh, ada web pun susah nak promosi, nak kena buat pula Facebook Fan page, nak kena promosi Fan Page pula”

Huhu, senang saja sebenarnya untuk promosi Fan Page, anda boleh menjemput rakan anda untuk melawat Fan Page anda. Selain itu anda juga boleh promosi fan page anda itu di fanpage orang lain. Eh, tu bukan SPAM wall ka? Ok, anda pernah melawat Fan Page “mengarut” yang mempunyai Fan beribu-ribu tak? Dalam setiap fan page itu mereka saling mempromosi page mereka, dan ada di antara fan page itu menggunakan platform Facebook Page mereka untuk mempromosi blog mereka! Di bawah saya berikan buktinya:

>> Kerana penangan filem hantu Kak Limah Balik Rumah, maka wujudlah fanpage “mengarut” seperti ini:

– Biar aku hapuskan angin hitemmm itu dahulu bkn bayarannya yg aku kejari (Lebih 13K Like). >> LINK

– ~Kiter Backup Kiter Backup~ (Lebih 60K Pengguna FB Like) >> LINK

– Begitulah flashback saya~ (Lebih 30K FB User Like) >> LINK

>> Kerana penangan program Maharaja Lawak, maka wujudlah fanpage “mengarut” seperti ini:

– Yang ko nak rabaknye macam durian kenape? (Lebih 25K User Like – Ini salah satu FB Page yang promosi blog, anda boleh lihat sendiri di sini –>) >> LINK

– Pakcik.cancel cendol~~ (Lebih 12K Peminat) >> LINK

– Alamakk Die nie kene makan gak arini (Lebih 32K Peminat) >> LINK

Ada banyak lagi Facebook page seperti ini, mereka menggunakan Quote atau ayat yang terdapat di dalam filem atau program TV dan dijadikan Facebook Page. Buat pengetahuan anda, saya juga menggunakan teknik promosi blog melalui Fan Page “mengarut” untuk menarik traffic dan pelawat ke blog saya yang lain. Hehehe

Bagaimana teknik dan cara promosi blog melalui Facebook Page. Anda nampak potensi dan kebersanannya tak? Haa.. kalau anda nak bina Facebook Fan Page, anda boleh pergi ke SINI untuk “Create Page”.

Ok, saya harapkan artikel saya kali nie dapat memberi manfaat kepada anda. Artikel tentang cara nak promosi blog yang lain akan saya sediakan dari masa ke semasa. Nanti panjang tak larat pula anda nak baca. ok, adios amigos.

PS: Jangan lupa like FB Page Afiffuddin.Com kat SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


nine × 8 =