Pin It

Cara menukar password streamyx – tukar password wifi streamyx

August 14, 2011 | 0

Kenapa anda perlu tukar password WIFI streamyx? Buat pengetahuan anda baru-baru ini aku ada jumpa dalam satu post dalam sebuah group FB tentang satu perisian dan produk untuk hack kata laluan streamyx dan tarik aka curi line wifi streamyx orang lain. Aku rasa marah juga masatu sebab ada orang ambil kesempatan. Jual produk itu tak salah, yang salah adalah software hacking tu. Dari situ kita boleh nampak yang golongan ini tiada duit nak bayar bil Streamyx sehingga terpaksa mencuri line streamyx orang lain. Adakah sampai tahap darurat sehingga perlu mencuri? Kalau tiada streamyx tak boleh hidup kah? Ibarat anda membeli nasi ayam dan ada orang tetiba datang makan separuh tanpa minta izin, asal penuh, tinggal setengah. Apa perasaan anda?

Mengenai alat itu, yang aku tahu secara asasnya ia digunakan untuk menarik line streamyx, contohnya: Anda menggunakan streamyx di rumah, dan mahu menggunakan di tempat lain sama. Jadi anda boleh menggunakan alat tersebut untuk menarik line streamyx dari rumah anda, alat ini boleh menarik line sehingga 5 km jauhnya! Ada juga mengatakan sekiranya line di kawasan anda itu tidak laju maka anda boleh menggunakan alat ini untuk menarik line internet untuk melajukan streamyx anda (yaka? bukan streamyx pakai line telefon ke). erm, mana satu istilah yang betul aku tak pasti sebab aku tak pernah guna. Apapun ada pihak yang menyalahgunakan alat ini dengan menggunakan software tertentu untuk hack password wifi orang lain. Haa.. ini yang salah! Jual alat tarik line streamyx tak salah, cuma jadikan software hack sebagai pakej kombo nie yang salah. Seolah-olah sebagai pelaris jualan.

‘Ala kulli hal aku bersangka baik sajalah.. kepada siapa yang curi line internet aku, maka aku haramkan, bila dah haram tu jika dia guna line internet aku untuk jana wang online, maka pendapatan online dia juga turut haram. Bila pendapatan yang haram di bawa makan dan menjadi darah daging, maka tempat selayaknya untuk darah daging yang hasil dari benda haram ialah api Neraka. Mudah saja. Lain la kalau bukan penganut agama Islam, mereka tak kisah halal haram nie, sama saja. Hehe. (Sebutan haram kedengaran macam kasar pula, sebut tak halal? Ah, sama saja.)

Ok, cara nak tahu line streamyx anda kena curi atau tidak mudah saja, tanda pertama, penggunaan internet anda menjadi semakin lambat, tanda kedua pula apabila anda tutup laptop, lampu pada router tu masih berkedip-kedip, tu tandanya ada orang sedang berkongsi streamyx anda. Masalah akan timbul kerana ia berkaitan dengan IP address anda, sekiranya pengguna yang tidak bertanggungjawap itu membuat sesuatu yang tak elok dalam Internet, silap hari bulan anda yang kena dan dipersalahkan!

Jadi bagaimana sekarang? Antara caranya ialah kena selalu dan rajin-rajin tukar password streamyx anda tu. Buat sementara nie anda ikut langkah-langkah bergambar di bawah, jika ada masa aku akan rekod satu video khas tentang cara-cara tukar password WIFI streamyx nie:

1. Layari website TMNet Billing and Payment (MCM & B Selfcare) di SINI

2. Masukkan username TMNet Streamyx anda (tanpa @streamyx) dan kata laluan. Jangan lupa untuk pilih Service tmnet streamyx. Kemudian klik butang “Login”. Rujuk Gambar di bawah:

how to change streamyx wifi password

3. Klik link “Change Password” dibawah bahagian Account Management, rujuk gambar:

how to change streamyx wifi password2

4. Di dalam bahagian change password, pastikan anda meletak password lama anda dan letakkan juga password baru anda. Kemudian klik butang Update.

how to change streamyx wifi password

5. Jadi sekarang semua permohonan di bawah username anda seperti kata laluan email dan kata laluan iChoose sudah di ubah kepada yang baru. Sekiranya anda ingin menukar kata laluan tertentu mengikut perkhidmatan, sebagai contohnya, anda mahu tukar kata laluan TMNet Streamyx sahaja, tandakan pada kotak yang mengatakan: Individually change password for each service, rujuk gambar di bawah:

how to change streamyx wifi password

7. Ikut arahan pada halaman tersebut dan klik butang Update, gambar di bawah:

how to change streamyx wifi password

8. Tahniah! Sekarang anda sudah berjaya menukar password wifi streamyx anda.

Bagaimana? senang bukan? So tak perlu la aku video seperti yang aku beritahu tadi. hehehe. Demikian cara nak tukar katalaluan WIFI streamyx. Sebenarnya kalau setakat tukar password, masih boleh dihack, biasalah.. jika orang nak hack dia akan hack betul-betul. Ada lagi cara lain nak kasi kebal line aka melindungi WIFI anda daripada dicuri. Boleh guna WEP โ€“ Wired Equivalency Privacy (tetapi masih boleh ditembusi kalau kena cara), atau menggunakan WPA โ€“ WiFi Protected Access, ataupun cara MAC Address โ€“ Media Access Control Address (ia tak memerlukan password dan perlu pendaftaran). Cara-cara ini nanti lah kalau aku rajin aku taip. Buat masa ini kita belajar dulu cara nak tukar password. OK?

Sekian dahulu daripada aku, wassalam.

PS: Password itu katalaluan, kata laluan itu password. Diharap anda tidak pening semasa membaca artikel aku kat atas. Hehe..

Leave a Reply

Trackback URL | RSS Feed for This Entry


− one = 1